Monday, December 26, 2011

Hujung Tahun 2o11

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Terhidar Allah daripada sifat yang cacat cela.

Pada cuti di bulan Disember ni terlalu banyak aktiviti dan program yang ana serta sahabat2 ana handle. Al- Maklum la nak isi mase yang diberikan Allah dengan benda yang bermanfaat. Tak kisah la program tu kat MAntin ke kat Kota BHaru ke kat Bukit Jenun, Pendang ke. Papepon ana sangat rindu kat korang sume n best bersama-sama korang. rindu sangat2 time kite bersama hihihi.

PAda bulan ini juga ana ingin mengucapkan tahniah wat dua pupu ana merangkap lecturer ana di MICET, Miss Ilhamiyah Yahya ooopppsss Madam Ilhamiyah Yahya yang melangsungkan perkahwinan di Pulau Sebang semoga mendapat barakah serta keredhaan Allah. sori la Madam lambat datang sebab jalan sesak la nak pi sana. Jam 3.30 petang baru sampai ke destinasi.



TIdak dilupakan juga wat ana buah ana (p/s: mak cik ana punye cucu) yang juge baru melangsungkan perkahwinan baru2 ni. Siap Mufti Nogori Sembilan datang tu. Nak dapatkan barakah punye pasal katakan.

Tak dilupakan gosip yang melanda wat sahbat sebatch ana di KISAS, Ali yang abru je melangsungkan perkahwinan dengan junior setahun KISAS juga. Wah tak sangka gosip nta tu betui2 terjadi. hahaha ni yang wat ana jelez tau hihihi. Papepon semoga berbahagia. Teringat kat UStazah ana dulu ape susah, kawen je ngan sesama KISASian kan senang.


Tak dilupakan pada saat ni tarikh 27/12 2o11 merupakan ulang tahun kelahiran sahbaat baik ana yang berada di Jordan. Semoga hapi selalu serta istiqomah dalam beramal. ni la sahabat sejati ana sejak sekolah rendah hinggalah ke Maahad HAmidiah Kajang form . Ukhuwwah fillah abadan abada :D Opppsss terlupa lak esok lak 28 Disember 2o11 adelah hari sahabat ana Nadzirah Ahmad. Semoga happy selalu. Ana panggil die aNA. Ntah la tak tahu la camna ana leh panggil aNA. huhuhuhu

Wednesday, December 14, 2011

Apakah kesan seruan azan kepada diri ku ini ???

Dengan lafaz basmallah daku mulakan warkah ini. Daku memohon kepada Ilahi agar setiap perkongsianku ini menjadi peringatan kepada diri ku ini serta sahbat-sahabatku yang lain. Daku hanya ingin tiru sikit-sikit sahaja sifat nabi iaitu tabligh. Siapalah daku ingin kedukut unutk berkongsi ilmu sedangkan semua ini milik Allah tiada satupun milikku.

Setiap hari kita mendengar lima kali seruan azan daripada masjid tetapi adakah kita mengetahui tentang sejarahnya. Tahukah kita dari mana asalnya perkataan yang diucapkan semasa azan dilaungkan?

Jika tidak, sama-samalah kita baca dan hayati sejarah seruan azan.


Azan mula disyariatkan di Madinah tahun pertama hijrah. Asal-usul azan terkandung dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Umar r.a. dengan katanya yang bermaksud:

"Semasa sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat dan tidak ada seorang pun yang menyeru untuk solat. Pada suatu hari mereka berbincang tentang hal itu. Berkata sebahagian daripada sahabat: 'Ambillah naqush (loceng) seperti naqush orang Nasrani (Kristian).' Berkata sebahagian yang lain pula: '(ambillah) trompet seperti trompet orang Yahudi."

Lalu berkata Umar:
"Tidakkah kamu boleh melantik seorang lelaki untuk menyeru kepada sembahyang?"
Bersabda Rasulullah S.A.W:
"Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk solat."
Hasil perbincangan tersebut terdapat beberapa cadangan seperti membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang Nasrani, meniup trompet seperti penganut agama Yahudi, mengibarkan bendera sebagai tanda masuk waktu solat atau menyalakan api diatas bukit di mana orang yang melihat api akan hadir ke masjid untuk solat berjemaah.

Namun semua usul itu ditolak oleh Rasulullah S.A.W. Kemudian Umar al-Khattab mencadangkan supaya diteriakkan kuat-kuat.

"Telah datang waktu solat."
Cadangan Umar ini diterima oleh Baginda S.A.W tetapi dengan sedikit modifikasi kepada"Assolatu jami'ah" yang bermaksud "Marilah solat berjemaah."
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Zaid r.a, beliau bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki.

Abdullah: "Wahai hamba Allah S.W.T, adakah kamu jual naqush itu?"

Pembawa loceng: "Apa yang engkau buat dengannya?"

Abdullah: "Dengan naqush itu, kami menyeru kepada solat."

Pembawa loceng: "Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu?"

Abdullah: "Ya."

Pembawa loceng: "Kumandangkanlah Allahuakbar...(hingga akhir azan)."

Keesokannya, Abdullah bin Zaid menceritakan kepada Rasulullah S.A.W mengenai mimpinya. Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya mimpi itu benar insya-Allah. Berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan kepadanya apa yang engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau."

Kemudian Abdullah bin Zaid berdiri bersama Bilal lalu mengajarkannya lafaz azan tersebut.
Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar bin al-Khattab berkata:

"Demi yang telah mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah S.A.W, sesungguhnya aku bermimpi seperti mana yang dimimpikan olehnya (Abdullah bin Zaid)."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Segala puji bagi Allah S.W.T."
Walaupun azan disyariatkan hasil mimpi Abdullah bin Zaid yang kebetulan sama dengan mimpi Umar al-Khattab, azan bukanlah ciptaan atau cadangan manusia. Sebaliknya ia diperkuatkan lagi dengan wahyu.

Al-Bazzar berkata:
"Nabi Muhammad S.A.W telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya diatas langit yang ketujuh ketika berlakunya Israk Mikraj. Kemudian malaikat Jibril mendatanginya, lalu Baginda S.A.W menjadi Imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s, Allah S.W.T menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi."

Akhir kalam, semoga dengan pembacaan sejarah azan ini dapat menyedarkan kita betapa tingginya darjat azan kerana di akhir zaman ini rata-rata umat Islam lansung tidak menghormati seruan azan ini malah menganggap azan itu sebagai bunyi cengkerik di tengah malam.

Tidak malukah kita sebagai hamba Allah S.W.T dapat menghormati lagu Negaraku dengan berdiri sebagai menghormatinya tetapi seruan azan langsung tidak dijawab dan dipedulikan walaupun seruan itu dikumandangkan di langit ketujuh. Semoga diri ini dapat beramal dan sama-sama lah kite sampaikan kepada sahabat-sahabat kite yang lain. Waallahuaalam.

Monday, December 5, 2011

Kenangan daku di KSP :D

Dengan nama Allah daku mulakan warakah ini. Tanpa keizinan Allah mana mungkin daku dapat mengarang warkah ni. Tanpa kekuatan yang dipinjamkan oleh Allah kepada daku mana mungkin daku dapat melakukan amalan yang baik mahupun buruk. Namun berapa kali daku sering kali mendustakan nikmat yang sering diberikan dengan gagal metaati perintah Ilahi. Moga semua umat NAbi Muhammad termasuk diriku sentiasa berada dalam rahmat serta keredhaan Ilahi.

Setelah bersama sahabat2 kendalikan program remaja bawah naungan Khalifah Institute di BAngi, daku diminta jadi fasilitator Kem Smart Success di PLKN Kem Seri Perkasa, MAntin . Masyaallah tak daku sangka berpeluang kembali dating ke kem ni setelah bertahun lamanye. Banyak Kenangan yang terpahat dalam minda ini mengenai KSP. ANtara entah bagaiman tiba2 mase pagi Maal Hijrah selepas Subuh ana tiba2 nak ke depan bagi tazkirah ringkas.

Kashmini……nama yang sangat unik. Diriku kebingungan seketika bile teringat KSP mesti nama yang pertama Kashmini menjelma. Kehebatan serta keazaman yang tinggi membuatkan diri ini malu semasa berada di KSP. Beliau adalah seorang muslimat yang mualaf baru masuk islam ketika di KSP. Ana begitu kagum dengan kesungguhannye dalam melakukan ibadah sbeagai seorang muslim.

aktivviti riadah semalam menyanyikan lagu BILA DIRI DISAYANGI
teringat lagu ni pada cikgu Jely yang selalu dendangkan mase PLKN dulu

Satu hari daku dalam perjalanan pi ke surau untuk siap2 solat subuh. Tiba2 daku lihat ade muslimat dalam perjalanan ke surau juge. Daku amati lembaga itu dan daku terkejut Kashmini rupenye. Daku melihat jam lagi sepuluh minit lagi baru masuk waktu subuh. Masyaallah begitu komited sekali beliau dengan agama Islam datang awal ke surau pada waktu SUBUH!!!!! Nak dibandingkan malu diri ini yang main-main dalam menjalankan ibadah kepada Ilahi. Tambahan pula ade muslimat yang katekan beliau tolong kejutkan subuh kat bahagian Muslimat.

Setelah habis kem, daku, ustazah, cikgu jely dan sahabat daku Arif Jusril pi melawat KAsmini. Daku terkesima bile sampai rumah beliau. Macam tak percaya ape yang diriku melihat dnegan mata kepala ini. Rumahnye di corner lot perumahan. Di kawasan halaman ade suatu kuil mini yang dibina. Semasa menziarahi beliau, keluarga Nampak tak berapa suke dengan kunjungan kami. Mungkin sangkaan daku salah. Aduan KAshmini beliau susah nak solat lima waktu sebab halangan daripada keluarga beliau. Beliau rindukan PLKN sebab beliau leh solat fardhu berjemaah berbanding kat umah. Beliau dilarang peluk agama Islam dan dilarang sambung belajar sebab takut “terjebak” masuk agama Islam.

Daku serta cikgu pernah adukan kat Persatuan Kebajikan Islam namun tidak diendahkan malahan terlampau banyak sangat prosedur yang menyukarkan serta membebankan. Pelik diri ini kenapa masuk Islam susah sangat berbanding agama Kristian yang begitu senang je tanpa perlu prosedur malah terus disediakan wang saguhati. Sehingga hari ini daku lost contact dengan beliau. Daku hanya mampu berdoa semoga Beliau dan semua umat Islam termasuk diri ini dapat kekal dalam Islam.


Pada hari ini umat Islam tak merasai kesusahan sebagai Muslim malahan amik enteng mengenai Islam. Disebabkan itu diri ini terutamanya tidak melasai halwatul Iman yakni kemanisan Iman dalam mentaati perintahNye. Daku ingin meneruskan warkah ini juge untuk menceritakan tentang seorang lagi sahabat daripada agama Buddha yang berminat tentang Islam. Mungkin Ceritanye ana bawa masa MAulidur Rasul bagaiman ia bermula pada saat Maulidur Rasul Disambut di KSP. Semoga diri ini dapat mengambil ibrah daripada lipatan sejarah hidup di KSP ini. Waallahuaalam. :D

Sunday, December 4, 2011

Puasa Sunat Assyura 9 dan 10 Muharram.....^_^

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))




كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))


عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ

“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)


اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ، وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal solat selepas solat fardu ialah solat malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))


سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

“Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)


MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ

“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:


لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
''Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.”
(HR. Muslim)

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata,

“Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa padanya, mereka menyampaikan, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Nashrani.’ Lalu beliau SAW bersabda, ‘Kalau begitu, pada tahun depan insya Allah kita berpuasa pada hari kesembilan’. Dan belum tiba tahun yang akan datang, namun Nabi SAW sudah wafat.” (HR. Muslim)

Berkata Imam al-Syafi’i dan para sahabatnya,

“Disunnahkan berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh secara keseluruhan, kerana Nabi SAW telah berpuasa pada hari ke sepuluh dan berniat puasa pada hari kesembilan.”

Hikmah Berpuasa Pada Hari Tasu’a

Imam al-Nawawi rahimahullaah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya shiyam hari Tasu’a:
Pertama, maksud disyariatkan puasa Tasu’a untuk menyelesihi orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.
Kedua, maksudnya adalah untuk menyambung puasa hari ‘Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jum’at saja. Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.
Ketiga, untuk kehati-hatian dalam pelaksanaan puasa ‘Asyura, dikhawatirkan hilal berkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan hitungan, hari ke Sembilan dalam penanggalan sebenarnya sudah hari kesepuluh.




Sebagai kesimpulannya, adalah disunnahkan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 di bulan Muharam.
^_^

Thursday, December 1, 2011

Kenangan terindah :D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang. Segala puji Allah yang mentadbir sekalian Alam. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad yang menjadi role model utama kite dalam mengharungi ujian dan cabaran di atas muke bumi ini untuk menggapai mardhotillah insyaallah. Dengan kite berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad insyaallah kite janji Allah akan selawat ke atas kite sebanyak sepuluh kali. Begitu beruntungnye kite sebagai umat nabi Muhammad.


Alhamdulillah baru-baru ni baru je habis final exam week yang mendebarkan. Pada minggu lalu sangat sibuk uruskan sebagai penolong pengarah program kem tautan hari 2. Alhamdulillaha dapat dijalankan dengan lancer denagn izin Allah jua. Tanpa nusrullah sape la ana sebagai penolong pengarah. Banyak aktiviti yang dapat mereleasekan tension selain dapat pengisian rohaniah diri ini huhuhu. Kenangan kem pastu bertakhta di hati ini insyaallah kerna Allah. Untuk tahu lebih lanjut link (kat http://www.iccunikl.blogspot.com/2011/12/kem-tautan-hati-2o11.html)


Pasni sibuk la pulak nak uruskan kursus kawen sem depan. Ni yang berdebar-debar menjadi pengarah program yang besar melibatkan orang luar gak ni. Namun insyaallah ana yakin dengan nusrullah Allah.

Papepon insyaallah sama-sama la kite isi kerohanian kite dengan pengetahuan fardhu ain. Sebelum tu ana nak ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1433H. Maap la kali ni ana x sempat wat artikel pasal Maal Hijrah. Sama sama kite hayati kisah di sebalik Maal Hijrah yang berasaskan hadith pertama Kitab hadith Arbain tentang niat yang berkisar maal Hijrah. Selamat kite beramal dan n beristiqomah hihihi. :D