Thursday, March 17, 2011

TAKUT KEPADA ALLAH SWT

Tersebut dalam sebuah hadis,dari Rasulullah SAW,baginda bersabda:

' Sesungguhnya Allah menciptakan malaikat.sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur,yang sebelah lagi mencapai bumi sebelah barat.kepalanya di bawah arasy,kakinyadi dasar bumi ketujuh.ia mempunyai bulu sebanyak makhluk Allah.ketika seorang lelaki atau perempuan dari umat ku berselawat ke atas ku,maka Allah akan memerintahkan malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah arasy.malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitiskan setitis titisan nur.daripada titisan itu,Allah jadikan malaikat yang akan memohon keampunan bagi orang tersebut sehingga hari kiamat.'

Sesetengah hukama' mengatakan:keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan,keselamatan roh pada sedikitmya dosa.dan keselamatan agama pada membaca selawat keatas 'Khairul Anam'(Muhammad SAW)



Allah SWT berfirman:

'Wahai orang2 yang beriman,takutlah pada Allah!dan hendaklah(tiap2)orang memerhatikan apa yang diusahakan esok(hari kiamat).takutlah kepada Allah,sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan'

>Q.S Al-Hasyr:18< Sesungguhnya malaikat,langit,bumi,siang dan malam.pada hari kiamat,mereka sebagai saksi atas apa yang dilakukan oleh manusia.baik atau buruk,taat atau maksiat.bahkan ,seluruh anggota badan juga akan menjadi saksi.sebagaimana bumi menjadi saksi bagi orang mikmin dan zahid seraya berkata'dia telah menunaikan solat,berpuasa,berhaji dan berjihad di atas ku.'maka legalah orang mukmin dan zahid itu.bumi juga akan menjadi saksiatas orang kafir seraya berkata'dia orang musyrik,berzina,minum arak dan makan dari sumber yang haram.'bumi akan mengutuknya sehingga kiamat,nauzubillah... Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah,dan seluruh anggotanya.sebagaimana Abul-laits telah berkata:tanda2 takut kepada Allah itu hadir dalam tujuh perkara, pertama:pada lisannya.dia menghindarkan nya daripada dusta,ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong,dan banyak bercakap,tetapi dia suka menyibukkan dirinya dengan zikir,membaca quran dan muzakarah ilmu. kedua:pada hatinya.dia membuang rasa dendam,kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya,lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda:'hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu' ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat bahaya.tidak ada ubat untuk hati selain dari ilmu dan amal. ketiga:pada pandangannya.maka dia tidak memandang pada makanan,minuman,pakaian atau hal2 lain yang haram,dan tidak pula dia terpikat pada dunia.tetapi dia memangdangnya sebagai ikhtibar.Rasulullah SAW bersabda:'barang siapa yang memenuhimatanya dengan perkara haram,maka Allah akan memenuhinya dengan api pada hari kiamat.' keempat:pada perutnya.maka perutnya tidak di isi denagn makanan yang haram.itu dosa besar,sebagaimana nabi bersabda:'manakala sesuap daripada barang harammasuk ke perut seseorang,maka seluruh malaikat dilangit dan di bumi melaknatinya selama makanan itu berada di dalam perutnya.jika dia mati dalam keadaan demikian,maka tempatnya adalah di neraka' kelima:pada tangannya.dia tidak menggunakannya untuk perkara yang haram,tetapi dia hanya menggunakannya untuk ketaatan kepada Allah.dirawikan dari Ka'ab Akhbar,dia berkata: 'sesungguhnya Allah telah mencipta bangunan dari zabarjud hijau,di dalam nya terdapat tujuh puluh ribu aula.setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok.tidak ada yang boleh masuk ke situ melain kan mereka yang di tawar kan barang haram,namun menolak kerana takut pada Allah' keenam:pada langkah kakinya.dia tidak berjalan untuk maksiat,tetapi hanya berjalan untuk taat kepada Allah,mencari redha NYA serta untuk bergaul dengan para ulama' dan orang yang soleh. ketujuh:terlihat pada ketaatannya.dia menjadikan ketaatannya semata2 untuk mencari redha Allah,takut pada riak dan munafik. Barang siapa yang melakukan tujuh perkara tersebut,maka dia termasuk dalam orang2 yang di janjikan Allah syurga,sebagaimana firmanNYA:'sesungguhnya orang2 yang bertaqwadalam kebun2 dan mata air(syurga)' >Q.S Asy Syura:28

Tuesday, March 1, 2011

Rindu sheikh!!!!!!!!

Assalamualaikum..............


Pada suatu hari Rasulullah s.a.w sedang bermuzakarah dengan para sahabat. Tibe2, Rasulullah terpana dan sedang mencari sesuatu yg tidak ade dalam majlis zikrullah itu. Lalu Abu Bakar as-siddiq bertaye kepada rasulullah,"wahai Rasulullah kamu sedang mencari ape??". Rasulullah bersabda,"Ana sedang mencari saudara-saudara ana". Abu Bakar as-siddiq berkata kepada rasulullah,"Bukankah kami ini saudara-saudaramu??". Rasulullah bersabda,"Kamu semua adalah sahabat-sahabat ana. Sahabat-sahabat ana ialah umat ana yg mane beriman kepadaku. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa dengan ku namun mereka tetap beriman, yakin, beramal serta memtasdiqkanku ". Para sahabat yang ade di situ semuanye menangis. WAh cinta nye Nabi kat kite!!!!! tapi kite????? sunnah nabi camne????


Wahai sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,


Ingat tak lagi definisi iman??? al-Iman wahuwa tasdiq biqolbi, taqrir billisani, wal amalu biljawarih. Jikalau kite benar cinte rasulullah aplikasikan sunnah nabi dalam kehidupan kite. Dalam akhir kalam nabi menyebut ummati, ummati, ummati menunjukkan cinte baginda. Nabi melakukan dakwah kerana fikir risau nabi terhadap umat yg akan datang setelah nabi melihat begitu ramai ahli neraka.Ingatlah apabile kite menghidupkan sunnah nabi pada akhir zaman ni akan mendapat ganjaran 70 kali pahala syahid. begitu banyak ganjaran kerana melihatkna kepayahan dalam mengamalkan sunnah apda zaman skunk ni.


Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,


Ana sedar ana ni sape mase ana kat skol. Nakal. Tak hebat pon macam antum sume yang begitu aktif dalam BADAR. Ingat tak 5 unique in KISAS???? hahahah tentu sume ingatkan. Namun ana tak penah rindukan KISAS yang berteraskan benda ni. Namun sahabat2, ana begitu rindukan sahabat yang meng"create"kan teras 5 unik ni!!!!!!! For me KISAS tak sehebat mane pon nak dibandingkan dengan pondok2 kat kelate. Bagi ana koraNG SUME yang terhebat. Ana begitu rindukan saat kite same2 pakai serban kat musolla saidina Ali, mase PREP, mase yg lain2. Ana harap kite sume ISTIQOMAH dalam pakai serban mase solat yer!!!!! Pada suatu hari rasulullah bersabda mafhumnya," Sungguh mulia kaabah itu namun darah seorang mumin itu lagi mulia daripada kaabah itu". Mulianya org beriman bukan bergantung kepada tempat tapi pada amalan seperti nabi buat !!!!!!!


Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,


Nak tahu tak kehebatan serban???? hebatnye pakai nabi ni insyaallah mendapat berkat dan menghidarkan kite wat maksiat. Cube kite lihat berape org yg pakai serban wat maksiat???? hahahaha ciput je kan. salah satu keunikan KISAS adalah biah solehah. bkn KISAS tu yg create biah solehah tapi kite sume kot. cube kat tempat kite masing create biah tu dengan aplikasikan sunnah nabi. Insyaallah kat mane2 ade biah solehah tu. Kat tempat ana insyaallah ana cube wat skit walaupun ana sorang je x-KIK kat sini. Alhamdulillah nampak biah yang ana rindukan dulu!!!! Nabi Muhammad berdakwah dalam keadaan yg tak der biah solehah namun nabi yang cube create biah solehah tu.


Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,


INgat moto KISAS???? fastakim kamaumirta. Beristiqomah lah seperti mana yg diperintahkan!!! ingat itu fiil amar menunjukkan perintah Allah kot huhuhuh. Maap jike tersalah kate. Ana harap kite dapat create keunikan KISAS kat mane kite berada dengan mengaplikasikan sunnah nabi. Jangan lupe amalkan serban tu mase solat dan solt jemaah!!!!!! Kalo mampu la. Insyaallah dengan sunnah nabi kite dapat syafaat daripada baginda insyaallah. papepon ana rindu bangat dengan antum sume yang create biah solehah dengan amalkan sunnah nye mase kat KISAS dulu. tak ade sunnah nabi yg perlu kite perkecilkan. semoga kite sume dapat beramal terutama diri ana yg lemah ini. Ana teringat kat mantan Ketua BADAR jike kite tak dapat amalkan sume jangan tinggalakn semua. Insyaallahn same2 kite amlakan kan sunnah nabi kerana nabi allah contoh ikutan yang terbaik.


waalahuaalam :)


drpd shbtmu

drpd shbtmu