Tuesday, June 28, 2011

Malam isra mikraj utk umat islam

Wah, malam ni malam isra' Mikraj!!!!!!

Jom same2 kite hayati peristiwa bermakna bagi umat islam ni yer :D

PERISTIWA Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.

Dalam perjalanan tersebut diperlihatkan kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan pemandangan dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi pelbagai hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut dengan apa yang berlaku di alam zahir ini dari urusan dan kehidupan para hamba

Peristiwa Israk dan Mikraj penting untuk dihayati terutamanya manusia zaman kini yang semakin jauh dari dapat menyelami hikmah-hikmah Ilahi. Sesungguhnya Israk dan Mikraj menyimpan pelbagai rahsia dan membongkar pelbagai pengajaran, peringatan dan kelebihan terutamanya kedudukan Rasulullah SAW yang istimewa di sisi-Nya.

Pengajaran Tentang Solat

Antara pengajaran terpenting yang diperolehi daripada perjalanan Israk dan Mikraj ialah tentang solat. Di antara kefarduan solat dan mukjizat Israk dan Mikraj, terdapat hubung kait yang begitu mendalam dan erat, sehingga munasabahlah dinamakan solat itu sebagai al Mikraj al Ruhi.

Apabila Mikraj Nabi kita SAW dengan jasad dan rohnya ke langit sebagai suatu mukjizat, maka Allah SWT menjadikan bagi umat Muhammad SAW Mikraj Roh pada setiap hari sebanyak lima kali. Di mana roh dan hati mereka pergi menemui Allah bagi memastikan mereka bebas dari kekangan hawa nafsu dan menyaksikan keagungan Allah, kekuasaan serta keesaan-Nya, sehingga mereka menjadi orang yang mulia di atas permukaan bumi ini.
Kemuliaan yang diperolehi bukan dengan jalan penindasan, kekuatan dan kemenangan, tetapi dengan jalan kebaikan dan ketinggian, jalan kesucian dan kemuliaan serta jalan solat.

Tidaklah solat itu sekadar robot atau pergerakan alat-alat yang tidak mempunyai makna, tetapi ia adalah sebuah madrasah yang mendidik kaum mukminin atas semulia-mulia makna kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam menempuh kesesakan hidup, hiruk-pikuk dan kejahatannya.

Solat merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.

Allah SWT telah memfardukan solat ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman supaya ia menjadi penghubung dengan hadrat-Nya, peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya.

Ia merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: “Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain”. (Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam al Awsot juga disebut di dalam Majma’ al Zawaid (1/291)).
Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan. Sesungguhnya dengan melazimkan diri menunaikan solat secara sempurna dengan khusyuk dan khudhu’ kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah kepada-Nya.

Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya, bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya, berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji apabila berjanji, menunaikan amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19 hingga 23: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.

Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka daripada muraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya setiap solat itu menghapuskan kesalahan yang dilakukan di hadapannya”. (riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani).
Sabda Baginda SAW lagi: “Sesiapa mengetahui bahawa solat itu adalah hak yang wajib, maka dia masuk syurga”. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim).
Sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka dia diharamkan di dunia daripada memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan serta akan diazab selepas kematiannya dengan dihentakkan kepalanya ke batu.
Setiap kali kepalanya itu pecah, akan dikembalikan seperti keadaan asalnya. Dia juga akan datang pada hari kiamat tanpa cahaya, petunjuk keimanan dan diharamkan terselamat dari azab, kehinaan dan kerendahan.

Wahai kaum Muslimin! Bertakwalah kalian kepada Allah dan peliharalah solat serta tunaikanlah kerana Allah pada waktunya dengan khusyuk. Tiada yang menghalang kalian untuk menunaikannya walaupun disebabkan kesejukan dan juga pekerjaan.
Bermujahadahlah sehingga kalian tidak mengabaikan menunaikan solat Subuh pada waktunya tatkala kalian berseronok menikmati kelazatan tidur dan ketika malas. Begitu juga bermujahadahlah sehingga kalian tidak lalai menunaikan solat Asar kerana terlalu sibuk mendahulukan pekerjaan.

Berhati-hatilah kalian agar harta, perniagaan, kemegahan, takhta, pemerintahan dan kementerian tidak menyibukkan kalian dari menunaikan solat.

Jadilah kalian dari kalangan mereka yang tergolong dalam firman Allah SWT yang maksud-Nya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung. (al-Nur: 37 dan 38)

Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang solat dengan sabdanya: “Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf”. (riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima kali. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?” Sahabat menjawab, “Tidak ada suatu kotoran pun yang tinggal”. Sabda Baginda SAW, “Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan. (riwayat al Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi pengajaran yang terdapat dalam peristiwa Israk dan Mikraj terutamanya beberapa keistimewaan yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW bagi menunjukkan kepada kita tentang ketinggian martabat Baginda SAW.
Semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang celik mata hati sehingga kita dapat menghayati hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa agung, Israk dan Mikraj

Solat yang Allah berikan kepada kite hendak kite gunekan dengan sebaiknye kerana ia merupakan wasilah untuk berhubung terus dengan Allah tanpa hijab. wah istimewanye kite umat Nabi Muhamamd berbanding umat nabi yang lain terpakse melalui nabi mereka untuk berhubung dengan Allah. Namun berdasarkan statistik yang ana dapat daripada sahabat ana hanya 5% je daripada umat islam di dunia ni tunaikan solat lima waktu fardhu. Tak payah pelik la kalo umat islam dipijak2 kerana salah kite jugak kan

Sama2 la kite muhasabah diri. Moga Allah beri taufik hidayah kepada sume umat islam termasuk diri ini. waallahua'alam :(

Friday, June 24, 2011

YA ALLAH, BERILAH KEKUATAN KEPADA HAMBA INI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana masih lagi memberikan peluang kepada diri ini time untuk taubat. Namun diri ini masih lagi ego kurang beristighfar atas kesalahan yang dilakukan setiap hari ish2.
Ya Allah banyak nye amanah yang engkau berikan kepadaku. Ana tak tahu lah dapat ke tak memikul amanah yang diberikan ini? Insyaallah jike Allah izinkan. Bebanan menjadi seorang debater terpaksa berlatih siang malam meletihkan otak ini. Al maklm la pertandingan dah nak mula dah bak kate orang putih just around the corner la katekan. Tinggul seminggu je lagi. Ana harap dapat berikan yang terbaik!!!!!!!! Insyaallah. Mungkin wat kejutan kot walaupun tak de la sehebat mane pon sob3
Selepas tu pulak pegang amanah jadi fesi lak untuk junior yang akan masuk nanti. Wargh penatnye badan ni!!!!!!! Ana harap dapat berikan yang terbaik!!!!!!!! Insyaallah. I hope that I will have fun time during becoming a facilitator. Huhuhu. Pastu kene teruskan perjuangan dalam debate kat UKM lak . adoi nak wat camne dah tak de orang yang sudi nak pegi. Maybe this is the opportunity for me to increase my skill. Insyaallah. Only Allah know the benefit for me.


Pastu lak kene handle pengarah program ihya ramadhan. Nak wat pertandingan la. Khatam quran la. Iftar jam’i pulak. apepon semoga dan sahabat yang ana kasihi dapat menggunakan bulan ramdhan dengan sebaiknye dan mendapat rahmat serta keampunan Allah insyaallah :D




Dah tu selepas raya kene handle Program aman palestin plak. Kene pantau keje anak buah supaya the programme will be smooth insyaallah. Semoga shbt2 ana support benda ni dandapat amik iktibar serta aplikasikan dalan kehidupan seharian kite k.



Tapi nak banding ngan nabi sulaiman lagi hebat. Banyak amanah dan kuase yang Allah pikul kepada Nabi Sulaiman. Namun beliau tetap mampu berdakwah dan beramal kepada Allah. Hmmmmmmm, Ya Alllah berilah kekuatan kepada Hambamu ini Ya, Allah!!!!! AMIN!!!!!!!!!!!

Friday, June 17, 2011

Minggu ke-2 Rejab

Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah kerana kite sume masih lagi mempunyai nikmat Iman dan Islam. Ana rase tiade lagi nikmat yang dapat ditukar ganti dengan benda ni.
Baru-baru tuan syeikh Ali Soleh Ali Jabir dari imam masjid di Madinah datang ke Bandar Baru Bangi. Beliau berada di sini selama seminggu. Beliau bagi ceramah di hamper semua msurau dan masjid di sini. Kuarge ana tak ketinggalan cube ikut setiap program ceramah beliau. Bagi ana banyak input yang ana dapat sehingga dah tak tertulis. Ade gak input beliau berkaitan isra’mikraj, iman, kehidupan, cara nak hafal quran, dan sebagainye. Jumlah jemaah yang bersama dalam majlis ilmu juga sangat ramai. Kebanyakan ceramah banyak bagi tamsilan, kisah sahabat dan dan info fatwa terkini. Antara kata beliau yang membuat ana tertarik berbunyi, “ Besi akan berkarat, NAsi akan basi, manusia mesti lah akan mati”. Pergh menusuk di hati. Kiasan yang mudah tapi mempunyai maksud yang mendalam. Apa yang ana paham sume makhluk kat muke bumi ni sume tak kekal. Tapi Allah membuatkan dunia ni Nampak indah di mata manusia untuk menguji sape hambanya yang lebih baik amalanya ( surah al-mulk; ayat 2). Mafhum hadith nabi (kalo silap minte gitau yer), bermaksud “aku tak risau umatku dalam keadaan miskin tapi aku bimbang akan umatku yang dilimpahi kurnia dunia”. Ish3 ana tak tahu la ana yang mane satu. Harap dapat la amalkan ilmu syeikh tu. AMIN!!!!!!!


ni gambo ustaz sheikh ali soleh bersama pengerusi surau Al-Kauthar yer

Rabu lepas, ana dapat kol daripada sahabat PLKN ana pulak, Zila. Dia mengadu camne ni kakak die kene rasuk. Sampai ustaz cube ubat kakak die pon jin tu tak nak kuar. Ana pun cube la bagi nasihat sabar and tawakal kat Allah je (kalo ana kat situasi die tak tahu la camne diri ini). Tiba-tiba, ana teringat yang malam tu (14 rejab) gerhana bulan. Antara fadhilat yang ustaz gitau kat ana la dalam tazkirahnye baru-baru ni, ialah menunjukkan kekuasaan Allah. Ana pon gitau la kat die supaya solat gerhana bulan insyaallah pada tu doa sungguh-sungguh dan insyaallah Allah akan tolong dengan berkat kekuasaan nye. Jin dalam badan kakak zila tu tak de kuasa pon insyaallah Allah yang akan ubatkan. Ana selepas solat sunat gerhana jemaah di surau As Sobah, berdoa moga kakak Zila sembuh daripada hasutan jin tu. AMIN!!!!!!


Berkata mengenai solat gerhana pulak, kali terakhir ana wat mase ana di Kolej MARA Kulim, same-same ngan sahabat muslimin n muslimat . Sangat best!!!!!! Maklum la kitorang yang sanggup wat ramai-ramai di surau yang indah. Wah kenangan terindah. Rindu nye saat tu. Dalam khutbah solat gerhana bulan hari tu, tok imam antara isi sangat menarik (walopun ramai mengantuk tido), mengatakan gerhana menunjukkan kekuasaan Allah. Mohon la pada mase ni semoga Allah akan tolong kite walau ape pon keadaan. Satu lagi isi yang ana tertarik dalam surah ali imran kenapa Allah kate kite kene ajak makruf dan cegah kemungkaran dulu baru ade ayat beriman kepada Allah? Menurut ulama’ berkata dua perkara sangat penting baru la boleh kite dapat semai keimanan dalam diri ini. Pastu dapat lak makan nasi campur ngan ayam masak cili api. bersangat2 dapat sahur secara jamaah di surau ni.

Semoga ana dan sahabat sekalian berada dalam rahmat serta keredhaan nye kerana betapa banyak amalan pon yang kite wat tapi tak diredhai Allah ape gune nye.

Wallahua’alam.

Monday, June 13, 2011

Pengalaman yang berguna di Beijing :D

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan ijinNya, taqdirNya, Allah member peluang kepada diri ini untuk merantau melihat kebesaran Allah di Beijing. For me, having a trip with Surau Al-Kauthar’s members was not just for fun but also had many valueable things that I got from this trip. Sesungguhnye Allah tidak menjadi sesuatu itu sia-sia tapi ade hikmahnye yang perlu manusia itu fikir akan kejadian yang telah Allah tetapkan untuk hambanya. Mungkin untuk mengingatkan diri ini yang alpa? Mungkin untuk mendekatkan diri ini lebih hampir kepada Allah?

“Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS. Aali ‘Imraan, 3:191)


Pertamanye mesti la kami pergi makan dulu di mat’am islami. Al-maklum la amik mase 6 jam naik kapal terbang katekan huhuhu. Bila bi Beijing ni, ana sedar susahnye untuk mencari makanan yang halal hanya beberapa kedai je yang ade makanan halal. Hal ini menyedarkan ana betapa syukurnye kite kat Malaysia. Banyak makanan halal, bahkan kite boleh la cerewet memilih makanan yang kite cuke. Siap kate ni tak best yang ni best la. Kalo kat sane, mane ade pilihan. Makan je la ape yang disediakan sebab makanan halal terhad. Maklum la golongan muslimin minority kat sane.


Di Forbidden City pula mengisahkan mengenai pemimpin mereka. Dinasti Han, Dinasti Chin, Dinasti Min. Ingat lagi tak?? Ala mase kite belajar sejarah SPM kan de kan? Bile ana di sana menyebabkan ana hanyut ke imaginasi maharaja china dahulu. Jalan dari pintu masuk ke pintu keluar amik mase 4 jam kot. Pergh letih jiddan kot. Nak wat camne. Kat sane tempat gundik ade gak . 16 tahun wat istana bersandarkan 300000 kekuatan tentera. Wah banyak nye ilmu yang ana dapat. HUHUHUHUHU!!!!


Masjid di Beijing pulak sangat-sangat susah jiddan untuk dijumpai. Dah la susah nak jumpe masjid pastu masjid tu pulak macam bangunan China yang lain la pulak . Memang ana tak cam la mane satu masjid mana satu bangunan office. Suasana di dalam masjid sangat menarik dan unik. Salah satu masjid di Beijing ialah Masjid Niujie. Masjid ni berusia 1300 tahun.




Di sana ana jumpe dengan jemaah dakwah (khuruj fi sabilillah) dari Nizammuddin, India. Dengan mereka terpaksa la speak arab la yer . Ana kagum melihat kegigihan mereka dalam menyebarkan dakwah walaupun kat sane susah nak cari makanan halal dan golongan muslim yang minority di sana. Ana di Malaysia pon tak bersungguh dalam berdakwah walaupun ada pelbagai kemudahan dan golongan islam di sini majority berbanding yang lain. Ish3!!!!!!!!!!!


Kat sane ana melawat kelas mengaji di masjid tersebut. Kat sane silibus menggunakan kitab Iqra’ yang berasal dari Malaysia . wah bangganye hehehe.


Di Great Wall pulak, ana melihatkan keajaiban Allah. Mendaki Great wall sangat memenatkan namun melihat keindahan kejadian semasa berada di puncak. Cantik kobonar dong. Namun ana melihat kehebatan Allah memberikan ilham kepada mereka orang terdahulu untuk membina tembok yang bengitu besar dan sepanajang 1045km. Wah panajng tu. Asal bertujuan wat pertahanan daripada serangan Mongolia. Hal ini membuatkan ana ter”imaginasi” peperangan itu. Ana teringat kekejaman semasa Baghdad dibanjiri air darah apabila Mongolia menyerang di sana. Ish3


Di Airport lak mane ade kemudahan surau kat sane kot. Terpaksa la kami solat berjemaah di tepi airport ni. Pergh mujahadah kot. Dah la tandas kat sane x de kepala paip terpaksa la gune tisu dan botol air. Memang mujahadah betul maklum la kat sane x de kemudahan seperti di Malaysia.
The last point that I want to share, waktu kat sane tak same macam kat sini. Bayangkan solat isya’ sane jam 8:30 malam tapi subuh jam 2.30 pagi. Pergh kite yang selalu bangun kul 4.30 memang terkejut apalagi bangun jam 6 pagi. Waktu habis jam 5 pagi. Pergh nak tak nak kene bangun awal lain daripada kebiasaan . huhuhu. Maklum la musim panas katekan. Bile nak tahajud ana sendiri pun tak tahu hahaha. Paling manis 1 Rejab hari tu ana kat sane lagi. Ade la program kerohanian yang disusun oleh member surau huhuhu.


Kan Olimpik 2008 kat Beijing kan ?? haaaa ni stadium yang penuh unik berbentuk sangkat burung sebab tu la di panggil bird nest stadium.

Kesimpulannya, Ilmu dan pengalaman di sana membuat ana sedar bahawa banyak lagi ilmu yang belum ana terokai di muke bumi ini. Ana harap dapat mengamalkan ilmu yang Allah berikan kepada diri ini yang dhaif.
Waallahuaalam. :D

Wednesday, June 8, 2011

Bulan rejab dah tiba :D

Sekadar perkongsian dari insan yang biase2 jew

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Semoga fadhilat bulan rejab akan menambahkan keghairahan kite untuk wat persiapan menghadapai ramadhan yer