Thursday, August 25, 2011

Salam Lebaran :)

Ramai yang berkata Malam Al- Qadar sudah berlalu. Jadi sekarang tinggal Malam Jaizah la pulak. Apa itu malam jaizah? Malam 'Jaizah' iaitu malam penganugerahan. Kita mendapat anugerah daripada Allah setelah sebulan berpuasa. Dan malam tersebut perlulah dihidupkan dengan amal ibadah. Sudah selesai berpuasa bukanlah ertinya tidak perlu beribadah pada hari-hari yang lain, hari-hari yang mendatang.

Sekiranya kita terlepas malam lailatul qadar tak apalah. Tapi jangan kita lepaskan peluang pada malam ini. Ramai orang yang mengabaikan malam ini kerana membuat persiapan raya. Seolah-olahnya ada perkara yang lebih penting daripada bertaqarrub kepada Allah. Tidak dinafikan ada yang tidak mempunyai masa yang mencukupi tapi sekurang-kurangnya kita bertakbirlah pada malam tersebut.


Apabila tiba malam Hari Raya Aidilfitri – malam itu dinamakan di sisi penduduk langit sebagai Lailatul Jaizah.
Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;


“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)

Terhasilnya menghidupkan malam itu ialah dengan bangun beribadah di kebanyakan malam tersebut sebagaimana bermalam di Mina. Namun menurut Ibnu ‘Abbas r.a.; sekurang-kurang yang dinamakan menghidupkan malam ialah mengerjakan solat Isyak berjamaah dan berazam untuk mengerjakan solat subuh berjamaah. Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari kiamat.



Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”.



Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.


Akhir sekali, ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Ana ingin menyusun dua puluh jari meminta segala kesalahan harap diampun sama ada yag di sengajakan mahupun tidak di sengajakan. (p/s : 0-0 yer)Satu jangan lupe puase sunat 6 hari yer hehehe. "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa tahun"
(Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164)



Wallahu a'lam. :D

Tuesday, August 23, 2011

Tahajjud dari segi perubatan

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.




TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian – tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti ‘berzikir’ dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

BARAT Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : ” The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.” Maksudnya ” Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.” “The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” – Longfellow Maksudnya ” Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. ” Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.




RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak
( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat – kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk – pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : ” Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar.”


Jom la same2 berkhalwat dengan Allah di malam hari :D

Friday, August 19, 2011

Iftar Jam’ie Bersama Sahabat-sahabt BBET =)

Alhamdulillah pada malam ke-20 Ramadhan, segala perancangan untuk mengadakan satu perjumpaan santai BBET students. Iftar ini bermula tercetus daripada idea dalam kalangan sahabat muslimat BBET sendiri. Walaupun pelbagai halangan dan kekangan dalam memastikan kelancaran majlis ini, namun kite tetap meneruskan majlis yg penuh barakah insyaaallah.

Perancangan asal sepatutnya bermula selepas Asar. Asif kathir sahabat-sahabat sekalian, ana terpaksa datang lewat sebab ana ade appointment dengan Pengerusi Masjid meminjam tikar untuk Program Malam Tarawih Perdana Ahad ni huhuhu. Akhirnye ana sampai jua dan dapat la tolong-tolong masak dan panggang ayam.

http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=1983709062498812470

peram ayam da



ayam panggang murah..murah...murah.....

Allahu Akbar Allahu Akbar!!!!


Azan Maghrib berkumandang bermaksud telah masuk waktu solat fardhu Maghrib. Actually it’s time for berbuka!!!!!!. Ape lagi melahap kami yang kebuluran dan kepenatan masak. Ayam Panggang menu utama serta disajikan mihun, telur dadar, dan pelbagai sajian yang disediakan. Wah, Sedap bangat dong!!!! Memang masakan yang disediakan yang diketuai oleh Shyda Yatim Sangat sedap!!! Tanya gak ape resepi masak sedap-sedap hihihi.


Menu makanan yang menyelerakan
Yum...yum...yum...


Wah, melantak ke bang???


Pastu kite sama-sama solat berjemaah. Wah, baru ukhuwwah fillah Abadan abada. Best..best…best. Kemudian sambung lagi round kedua makan. Sambil buat la sesi muzakarah santai anatra kite semua termasuk la sahabat yg bukan Islam, Saraswathy. Semoga diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam amiiiiiinnnnnnn. Pastu ada la pulak nyalakan pelita. Wah…wah….wah, semangat dah raye yer???? Ni baru je nak mula 10 malam terakhir untuk mencari Lailatul Qadar tau.


ni la Saraswathy tetap join muzakarah gak.


Muzakarah sambil makan sude!!!


pasang pelita depan rumah muslimat

Setelah itu, kite semua ambil gambar beramai-ramai. Ana rase la ni la first time kite sume bersama-sama tangkap gambar. Hahaha. Dah tiga semester dah baru nak tangkap gambar kite semua sekelas. Excited sudah. Paling ana tak sangka antum semua ucapkan gudlak to me untuk pertandingan MMU Ramadhan IV Debate Competition esok. Huhuhuhu. Insyaallah I will do my best. Semoga kite semua mendapat berkat serta keredhaan Ilahi selalu dan ukhuwwah filla kite berkekalan hingga ke syurga nanti insyaallah ^_^


Gambo kami kuarge BBET =)
Dari Kiri berdiri : Yahya, Saras, Bihah, Weeda, Hajar, Syamim
Dari Kiri duduk : Amin, Helmi, Gedegak, Shyda, Aini, Poji


BUAT MU SAHABAT.
Sahabat,
Hadirmu umpama malam disinari bulan,
Umpama siang disinari cahaya mentari,
Terkadang cahayamu suram,
Umpama awan mendung menutupi langit,
Tapi itulah nilai sebuah persahabatan...

Sahabat,
Kita sering diuji dan diduga,
Adakah kita bisa mengatasi segala ranjau?
Tapi semua itu pasti,
Kerana itulah warna-warni sebuah ikatan..

Sahabat,
Walau pun sakit untukku,
Berkata benarlah,
Andai aku tersilap langkah,
Jangan kau khianati erti persahabatan ini,
hanya kerana dendam dan penyakit hati....

Sahabat,
Rindu itu pasti,
Kita bertemu,
Dan kita pasti akan terpisah...
Biarlah segalanya berakhir dengan keindahan
dibawah keredhaan Ilahi,
Biarlah kita berjumpa kerana Allah,
dan berpisah kerana Allah.

Terima kasih sahabat,
Kerana sudi menjadi sahabat sejati...



Waallahu’Alam

Tuesday, August 16, 2011

Cintai Al-Quran! =')

(¯`v´¯) بسم الله الرحمن الرحيم


Malam ni Nuzul Quran. Jadi sama-sama hayati Sejarah di sebaliknya!!!!

Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang batil...” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Dan Allah juga berfirman:

إنا أنزلناه في ليلة القدر

Maksudnya: Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr. (surah al-Qadr: 1)

Erti Nuzul al-Quran

'Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.



Proses Penurunan Al-Quran

✿◕ Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke Lauh Mahfuz.

✿◕ Dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia.

✿◕ Kemudian, penurunan kepada Jibril a.s. secara beransur-ansur kpd Nabi s.a.w dlm tempoh 23 tahun.



Mutiara Kata

♫ Sabda Rasulullah yg bermaksud: "Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran. Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya."

♫ Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Jantung Al-Quran adalah surah Yasin. Tidaklah dibaca akannya oleh seseorang melainkan mengkehendaki keredhaan Allah dan keselamatan pada hari akhirat dan Allah mengampuni dosanya.

♫ Al-Quran mengandungi 114 surah al-Quran, 30 juzuk dan 6,236 ayat keseluruhan al-Quran.

♫ Wahyu pertama bermula pada bulan Ramadhan, malam Lailatulqadar ketika Jibril a.s dtg membacakan surah Al-A'laq,ayat 1-5 kepada nabi.

♫ Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan Al-Quran. Beriman dengan Kalam Allah ini merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

♫ Karatnya hati manusia itu seperti besi dan hanya dapat membersihkannya dgn membaca Al-Quran dan mengingati mati.


Secoret kisah

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si Cucu yang melihat, juga meniru perbuatan datuknya itu. Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?"

Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.“Nah, kau pergi sungai, bawa air dalam bakul ni”. Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit." Si cucu mengeluh."Atuk,bakul ni kan berlubang-lubang, pasti airnya bocor dan mengalir keluar." Si Datuk mengarahkan cucunya melakukan perbuatan yang sama.

Tanpa berlengah,si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.“Tak boleh lah Atuk”. Si cucu mencuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak bolehlah”.“Tak ada gunanya.” bentak si cucu. Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak berguna ya? Cuba kau tengok bakul tu.”

Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.Terus si datuk menyambung,

“Macam itulah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan hati orang yg membacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Urusan Allah."



Musahabah iman

Alunan ayat suci Kalam Allah @ alunan lagu rekaan manusia yg mengetuk gegendang telinga kita?

Bacaan kitab suci Allah @ bacaan novel yg menjadi bualan di bibir kita?

Kalimah suci Allah @ perkataan lahir manusia yg menjadi getaran hati kita?

TePuK daDa..taNya ImaN kita

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada segumpal darah, apabila segumpal itu baik, maka baik pula sekalian anggota tubuhnya serta perbuatannya, sebaliknya apabila segumpal darah itu buruk maka buruk pula sek...alian anggota tubuhnya dan perbuatannya." ~Ketahuilah segumpal darah itu bernama hati~

Andai hati itu remuk,dapatkan kembali cantuman dari


i Pemiliknya..kerna bukan Allah tak tahu remuk hati kita,tapi Allah lebih mengetahui bahawa hati itu yg mudah luntur dgn kasihNya.


Jika sahabat-sahabat sekali ade tambahan ilmu, sila kongsi yer hehehe :D

Sunday, August 14, 2011

Aktiviti Hujung Minggu Ihya Ramadhan

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dengan limpah kurniaNya dan taqdir yang Allah tetapkan untuk kite masih lagi hidup untuk menggunakan mase di bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya.

Alhamdulillah masalah yang ana hadapi dengan kawan tu dah selesai dah. Syukran kepada sahabat yang concern and give very good advice. Actuaally I had slow talk with him and tell him what the problem occured. So it's ok. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan.

Pada hari ni ana nak cite sikit apa aktiviti Ihya Ramadhan yang ana dan Sahabat-sahabat ana dah wat mase Ihya ramadhan di sini. kami telah mengadakan pertandingan khat dalam kalangan student di sini. Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan . hhuhuhu. Bermula pada jam 9 pagi hingg 11 pagi. tapi maap la sahabat sekalian ana terpaksa blah dulu la mase pertandingan sebab ana ade debate training 9.30 pagi tu. Ana ucapkan tahniah kepada yang menang pertandingan tersebut . Mabruk alaik huhuhu

antara karya khat sahabat yg bertanding huhuhuhu.


khat pertama




khat kedua

ade lagi gambo khat tapi malas nak upload da hhuhuhu
Sekali lagi debate training diadakan sebagai persediaan untuk MMU Open minggu depan. Hahaha kebanyakkan kitorang berdebate sambil gelak la pulak. Ntah la. Mungkin tak nak tension berdebate kot. huhuhu. Most of us are new debaters. As the MMU is one step higher level that the President's Cup. huhuhuhu. Do our very best.

After that, ana wat meeting ngan Lajnah Ekonomi bersama Ajk Lajnah ekonomi yang lain. Walaupun antum sume datang lambat tapi ana tak kisah. Best sangat dapat berjumpe korang. korang memang sporting. Ana harap dapat kerjasama antum untuk bersama-sama memikul dakwah islamiah insyaallah. :D

Saturday, August 13, 2011

Tension Gilerrrrr!!!!!!!!!!!!!

Wargh!!!!!!!!!!!! Serius bengang nye. Argh!!!!!!!! Ah, tak tahu nak kate ape lagi. Sampai dah tak terkata dah. Camne nak luahkan perasaan ni. Rase macam diri ni terpinggir dan tak bermakna. ok, Fine ana tahu la diri ni sape bukannya berjasa pun. Tapi tolong la ajak sekali pergi sesuatu event yang dianjurkan.

Pergh, alasan tak ajak kate," nta bukan ke sibuk sepanjang hari debate training." Adui, Pleaze la jangan bagi alasan tak munasabah langsung. Ridiculous la alasan tu. Ok, fine ana ade training debate untuk persiapan pi MMU Cyberjaya Competition minggu depan tapi itu siang la. Mane de training malam. At least pon cube taye ana free tak pi event tu malam ni. Ni tidak, tak tahu ape-ape pastu tak invite ana tak taye langsung terus wat assumption ana ade traning waktu malam. serius ana terasa siiiiihhhhhh. At least taye la ana free ke tak. Ana datang ke tak datang ke itu cerita lain la. Janji nta ade gitau ana. ni tak memeandai je wat assumption.

Argghhh, tak pela ana tak kisah tapi harap jangan la wat camni. Sahabat yang lain leh lak ajak yer pi event n ana tak ajak pulak. Ana harap tolong la jangan wat camtu lagi. Kite kan sahabat fillah abadan abada. Tolong la ubah benda ni yer. Assalam. Semoga amik iktibar k terutama untuk diri ini.



Wallahua'lam. :)

FIKIRKANLAH SAHABAT !!!!!! :(

Friday, August 12, 2011

Minggu yang penuh dengan meeting jeeeeeeee :P

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dengan izinnya ana dapat lagi meneruskan hidup ini dan menikmti dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah :D

Masyaallah sibuknye minggu niiiiiiiii!!!!!!!!
Asyik-asyik meeting. Meeting meeting meeting ish2.
Alhamdulillah pada Isnin yang lepas 8 Ogos telah berlangsung Annual Grand Meeting AGM) Islamic Civilization Club (ICC). Ana menjadi pengacara majlis secara spontan. Mana tak nye? Petang tu tiba-tiba je diminta jadi MC Majlis. Aiseh, terpaksa la jadi MC . Tapi mane ana reti jadi MC majlis kot huhuhu. Abih mase conduct majlis terus jadi macam orang bagi tazkirah kot hahaha. NAsib la sape minte ana jadi MC majlis hehehe. Papepon dalam meeting tu ana terpaksa memegang satu jawatan yang sungguh berat bagi ana. Nak wat camne. Rase macam diri ni tak layak je nak pegang jawatan tu. Hhhhhhmmmm Pasrah je la nak wat camne mungkin ade hikmah di sebalik nye.

Selepas perlantikan jawatan tertinggi, tibe la mase jawatan AJK Lajnah BADAR, ekonomi, Penerbitan, HELWA, dan Logistik. Perlatikan AJK ni berbeza sebab mereka dilantik melalui undi orang ramai manakala Majlis Tertinggi lak dilantik melalui syura’ Majlis Tertinggi yang lepas. Wah meriah bukan main diorang ni hahaha. Papepon ana harapkan sume Ajk Lajnah yang dilantik akan member sepenuh komitmen dalam kerja dan bekerjasama dalam jemaah untuk menyebarkan dakwah dan meng”CREATE” Biah Solehah di sini insyaallah. Amin!!!!!!

PAstu lak meeting debate club pulak!!!!! Adui yai sudah kene jadi Setiausaha pulak yer ish2. Papepon best la meeting kali ni sbb kitorang wat aktiviti debate secara tak formal. WAH bukan main meriah sume nak OBJECTION je bile orang deliver speech hahahaha. Best2 korang ni. Ana harap pasukan kite akan Berjaya menggempakkan bumi IPT di Malaysia ni hihihi :D

(p/s : insyaallah 19/8 ni akan diadakan Debate Competition MMU Cyberjaya
doakan kami wat yang terbaik yer al maklum la debate bulan pose kot
cabaran wat kami utk tak batalkan pose hihihi )

Pastu meeting raya la pulak sob3  nak wat camne tibe-tibe nama naik la pulak dipilih jadi ketua exco raya nanti ish3. Camne tu. Wah nak wat grand lak tu. Abih la ana sibuk la memanjang ish3. HArap-harap la Allah permudahkan urusan ana yer.

Alhamdulillah tadi ana dah wat meeting ngan lajnah Penerbitan. Best la ngan ajk baru penerbitan ni. Meeting asyik-asyik gelak. Tak tension tui nak wat meeting ngan diorang huhuhu. Tugasan jaga blog ICC dan cari artikel yang berkaitan untuk diberikan kepada sahabat-sahabat. Itulah objektif nye. HArap-harap perjuangan kite dalam menyebarkan dakwah diterima Allah dan menjadi asbab turunye hidayah Allaj ke seluruh Alam . Amiiiiiiiiiinnnnnnnn. Apepon korang besssssstttttttt!!!!!!!!!!!!! 






Ingat tujuan hidup kite menggapai……………………MARDHOTILLAH insyaallah :D

“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.



Monday, August 8, 2011

Muhasabah diri di Bulan Ramadhan :(

Assalamualaikum. Kaifa imanuka? Kaifa siyamuka? Adakah puasa kita benar-benar berkualiti untuk dipersembahkan kepada Allah kelak. Bukannya kite hanya Islam pada Identiti card kite jew tapi mesti la islam dalam kehidupan kite ni. Pada post kali ni ana nak kongsi mengenai muhasabah diri. Semoga kite semua dapat menjadikan bulan Ramadhan ni sebagai bulan untuk kita muhasabah diri k . hehehe

Orang mukmin memuhasabah dirinya tentang perlakuan yang telah dilakukannya. Kata Umar al-Khattab: “Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung”. Dia mesti bersungguh-sungguh melakukan muhasabah itu kerana Allah Taala sentiasa melSeihat dan memerhati gerak gerinya.

Sebaliknya, seorang yang tidak beriman tidak memuhasabah diri. Dia mementingkan penampilan di hadapan manusia. Dia takutkan manusia, tetapi tidak takutkan Allah Taala. “Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan”. (Surah an-Nisa’:108).


Maksud muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri. Muhasabah itu bertujuan mengislah diri dan membetulkan akhlak di dunia ini. Pintu taubat sentiasa terbuka sebelum kematian menjelma. Muhasabah akan diikuti taubat, dan tiada taubat selepas mati.

Muhasabah ini bukan pada material atau perniagaan, untuk mengetahui untung dan rugi. Sebaliknya, ia bertujuan untuk mengetahui untung dan rugi seseorang insan pada usahanya mentaati Allah atau melakukan maksiat. Ia juga bertujuan untuk mengetahui sejauh mana perbuatan dan amalannya bertepatan dengan kehendak syarak. Jika terdapat sebarang penyelewengan atau kecuaian, maka hendaklah dia segera bertaubat, kembali kepada Allah dan membetulkan hala tuju hidupnya.

Muhasabah ini hendaklah dilakukan selepas setiap amal yang dilakukan, agar hatinya tenteram bahawa dia tidak menyeleweng dari ketetapan Allah dan sentiasa mematuhi arahan dan laranganNya.
Ibnu Qudamah berkata: “Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat.”

Ibnul Qaiyim pula berkata: “Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali.”Dalil-dalil yang menyuruh melakukan muhasabah diri terdapat di dalam al-Quran, hadith dan kata-kata salafusoleh.

Firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah al-Hasyr:18).

Ayat di atas memerintahkan mukminin agar bertakwa kepada Allah Taala dan sentiasa memerhati dan mengawasi amal perbuatan mereka agar tidak menyalahi perintah Allah Taala. Setiap jiwa “diarahkan oleh Allah Taala agar memerhati amalannya untuk masa depan, sama ada baik atau jahat. Arahan itu merupakan amaran bahawa amalan yang dilakukannya itu akan dihitung sama ada baik atau jahat.

Tujuan pemerhatian itu ialah agar seseorang itu membuat persediaan yang sempurna untuk menghadapi hari yang dijanjikan dan mengemukakan amalan yang boleh menyelamatkannya dari azab seksa Allah Taala serta memutihkan wajahnya di hadapan Allah Taala.

Ibnu Kathir berkata dalam menafsirkan ayat di atas: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan perhatikan amalan soleh yang kamu simpan untuk dirimu pada hari yang dijanjikan dan ketika kamu dihadapkan di hadapan Tuhan kamu” Dalam hadith pula, daripada Syidad bin Aus, berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Orang yang bijak ialah orang yang menundukkan hawa nafsunya dan beramal untuk hari selepas mati. Orang yang lemah ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan sesuatu di sisi Allah” (Riwayat Ibnu Majah dan berkata: Hadith Hasan). Maksud “menundukkan hawa nafsu” ialah menghitung diri di dunia.

Daripada Umar bin al-Khattab, berkata: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini”.

Daripada Maimun bin Mehran: “Seseorang itu tidak bertakwa sehinggalah dia memuhasabah dirinya seperti mana dia memuhasabah rakan kongsinya … dari manakah makanan dan minumannya”.
Ibnul Qaiyim berkata: “Sesiapa yang tidak memuhasabah dirinya di dunia, maka dia berada di dalam kelalaian”.

Al-Hasan berkata: “Sesungguhnya seseorang hamba itu dalam keadaan baik selama mana dia mempunyai penasihat dalam dirinya dan muhasabah menjadi perkara yang penting baginya”.
Umar menulis kepada Abu Musa al-Asyari: “Hitunglah dirimu dalam keadaan selesa ini sebelum waktu hisab yang ketat”.

Dah seminggu lebih dah kita berpuase di bulan Ramadhan. Belum tentu lagi kite akan berjumpe dengan Ramdhan yang akan datang. Baru-baru ni pun Sahabat ana meninggal dunia pada satu Ramdhan. sob3. Gunakan Ramadhan ni sebaik nya . Jadikan bulan Ramadhan ni sebagai bulan untuk kite muahasabah diri kite bagaiman hubungan kite dengan Allah. Sejauh mana dah kualiti puasa yang kita lakukan? Tepuk dada tanya iman. Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini dapat ana, tuan-tuan dan puan dapat ambil iktibar dan pengajaran untuk di implementkan dalam kehidupan seharian kita insyallah. Waallahuaalam. :D