Monday, November 14, 2011

Berharap Yakin PAda Allah sahaja :D

Sesungguhnya para malaikat dan semua makhluk di bumi mendoakan keampunan dan rahmat buat mereka yg menuntut ilmu...
Tuntutlah ilmu dr buaian hingga liang lahad...
Tuntutlah ilmu hingga ke negara China...
Barangsiapa menanam,dia yg menuai hasil tanamannya...
~Riwayat2 hadis~

~♥ ~♥ ~ ♥ ~ ♥ ~
Sesungguhnya perjuangan itu menuntut pengorbanan..~Attaubah:121~
"Dan bertawakallah kpd ALLAH. Dan cukupla ALLAH sbg Pemelihara"~..
~Al-Ahzab:3~

"Barangsiapa yg bertakwa kpd ALLAH nescaya Dia akan mengadakan bgnya jln keluar. Dan memberinya rezki dr arah yg tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yg bertawakal kpd ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yg dikehendakiNya"
~ATTHALAAQ: 2-3 @ ayat seribu dinar~

^_^ wishing u guys ol da best in imtihan..set our minds to think positively towards ALLAH's blessing n ♥...juz try our very best n then simply leave the result as tawakal to ALLAH..
Ya Rabb, limpahilah kami dgn keyakinan dan keindahan tawakal kpdMu..^_^

Friday, November 4, 2011

Puasa hari Arafah insyaallah

Hari Arafah atau 9 Zulhijjah merupakan di antara hari yang sangat mulia di dalam Islam.Pada hari ini umat islam berpusu-pusu ke Padang Arafah untuk berwuquf.Wuquf merupakan salah satu rukun haji yang perlu dilaksanakan dan jika meninggalkannya maka terbatallah haji.

Umat islam pada hari ini tidak kira warna kulit,kaya,miskin,tua dan muda sama-sama berpakaian serba putih memnuhi Padang Arafah semata-mata untuk melaksanakan rukun haji.Padang Arafah merupakan simbolik atau persediaan kepada umat islam bagaimana suasana pada hari Qiamat di dataran Mahsyar yang penuh dengan ujian menanti keputusan amalan masing-masing.

Pada Hari ini,bagi sesiapa yang tidak menunaikan haji mereka disunatkan untuk berpuasa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

“Puasa pada hari ‘Arafah itu, Allah swt menghapuskan dosa tahun yang lepas dan tahun yang akan datang.” (Muslim:196/1162)

Sewajarnya bagi mereka yang tidak menunaikan haji pada hari tersebut agar tidak melepaskan peluang keemasan yang belum tentu kita akan dapati lagi di tahun hadapan kerana pada hari ini ditawarkan ganjaran yang sangat besar iaitu diampunkan dosa tahun yang lepas dan tahun yang akan datang.




Haji Dan Kelebihannya

Pada bulan ini juga,umat islam berpusu-pusu menuju ke Kota Makkah untuk menunaikan haji.Ibadah Haji merupakan salah satu dari rukun islam yang wajib dilaksanakan bagi mereka yang mampu.Haji merupakan sebaik-baik amalan kebaikkan yang perlu dilaksanakan oleh umat islam kerana ibadah ini memerlukan pengorbanan harta yang banyak dan kesihatan tubuh badan yang sempurna.

Dalam satu hadis Abu Hurairah r.anhu berkata:

“سئل النبي صلى الله عليه وسلم: أيُّ الأعمال أفضل؟ قال: إيمانٌ بالله ورسوله. قيل ثم ماذا؟ قال: جهاد في سبيل الله. قيل: ثم ماذا؟ قال: حج مبرور”

(Rasulullah s.a.w pernah ditanya,Apakah amalan yang paling utama?,lalu Rasulullah s.a.w menjawab:Beriman kepada Allah.Kemudian apakah lagi Ya Rasulullah s.a.w?,Jihad pada jalan Allah,Kemudian apakah lagi Ya Rasulullah s.a.w?,lalu Rasulullah s.a.w menjawab:Haji mabrur).(Muttafaqun A’laihi)

Dan sabda Rasulullah s.a.w lagi:

والحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة

(Haji mabrur itu tiada balasan yang lain kecuali syurga).(Muttafaqun alaihi)

Akhir kata,sama-samalah kita saling mengingati di antar satu sama lain agar kita tidak terlepas dari berpuasa pada hari Arafah yang hanya tinggal beberapa hari lagi.Berdasarkan taqwim Arab Saudi,9 Zulhijjah bersamaan 5.11.2001 iaitu pada hari Sabtu yang akan datang.