Sunday, January 22, 2012

Kesyukuran terhadap Nikmat

Dengan nama Allah yang Maha berkuase tiada makhluk yang berkuase melainkan diri-Mu Ya Allah. Alhamdulillah diri ini dikurniakan seorang anak buah yang baru dilahirkan seminggu yang lalu. Moga diberkati. Comel, cute, dan pelbagi sifat positif yang disebutkan mengenai anak buah ana ini. Putih berseri suci daripada dosa. Itu diri kite bilekite baru dilahirkan dulu. Namun pada mase sekarang diri ini terutamanya sentiase melakuakn kemungkaran terhadap Yang Esa. Diri in terlupa betapa nikmatnye dilahirkan dalam keadaan Islam.


anak sedara dinamakan aisyah humaira' gabungan nama dua adik perempuan ana plak :D

Menggunakan nikmat akal yang berikan dapatlah manusia memandu untuk membezakan dua perkara yang bertentangan. Ada yang tidak mahu menggunakan akal yang dikurniakan Allah itu untuk menentukan garis pertimbangan kehidupan mereka seharian. Hidup kite dipengaruhi oleh hawa nafsu dan terpedaya dengan godaan syaitan.

Ada satu anugerah yang jarang disyukuri manusia terutama diri ini. Biasa yang kita dengar. Si pelajar seperti kita semua bersyukur dengan markah peperiksaan yang cemerlang. Si suami soleh bersyukur mendapat isteri solehah. Si ibu bersyukur di kurnia anak-anak yang bijak pandai. Si peserta Akademi Fantasia juga bersyukur apabila bergelar juara. Pendek kata, di dunia ini manusia akan bersyukur apabila mendapat perkara yang diingini. Namun satu perkara yang mungkin lupa disyukuri oleh kebanyakan manusia adalah nikmat lahir sebagai seorang Islam. Apabila lahir saja, kita diazankan, nama pula diberi berbin dan berbintikan bapa, tandanya kita seorang yang beragama Islam.

Namun adakah semua manusia mengamalkan gaya hidup sebagai Islam? Adakah semua manusia mengamalkan gaya hidup seiring dengan penyaksian shahadah yang menjadi kunci keislaman mereka? Lihat, dengar dan renunglah dengan hati, adakah ada sedetik tanda kesyukuran kita dengan anugerah dilahirkan sebagai seorang Islam.

Keindahan Islam itu jelas dan nyata. Kita punya Allah, Tuhan yang Maha Esa sebagai tempat mengadu. Tidakkah kita renung kembali. Walaupun setiap hari melakukan dosa, setiap hari membuat Allah murka, tapi jika kita menadah tangan berdoa dengan yakin, Allah pasti kabulkan permintaan kita. Kita sedih, Allah memujuk. kita gembira Allah mengingatkan.

Sanggupkah kita bersyukur walaupun diberikan nikmat setitis air, ataupun kita merungut? Apabila hari terik, kita merungut panas, Allah berikan titisan hujan, kita merungut hujan menyusahkan. Bahkan kita membezakan apabila cuara cerah kita kata "Cuaca harini sangat baik", apakah apabila hujan ia bukan cuaca yang baik? kita banyak mementingkan diri sendiri dari mengutamakan kepentingan Allah Swt.


Semoga menjadi keluarga sakinah dalam naungan mardhotillah insyaallah :D

Wednesday, January 11, 2012

Pelajaran Persekitaran

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga diri ini, keluarngaku serta sume muslimin dan muslimat di atas muke bumi sama ada yang hidup mahupun yang sudah meninggal semoga senitase berada dalam mahabbah Allah sentiase.

Isu sekarang hangat diperkatakann di mana sahaja kite berada iaitu Isu Politik Negara. Gelombang PRU diramalkan akan berlaku tak lama lagi. Siap Seruhanjaya Pilihan Raya promote sume rakyat Malysia yang layak untuk daftar untuk mengudi. Namun Bukan ana ingin membicarakan tentang Politik.

Isu Pembebasan Anwar 901 hangat diperkatakan. Sungguh mengejutkan begitu ramai yang menyertai perhimpunan tersebut pada Isnin yang lalu. Semua menantikan keputusan mahkamah yang akan diumumkan pada 9.30 pagi. MAsyaallah begitu hebat aura pemimpin ini sehingga ramai yang sanggup dating walaupun diancam.

Pada jam 8 pagi, tit….tit…tit…tit…tit, bunyi sms masuk. Ana pun baca sms. KAndungan sms menyatakan Anwar akan dibebaskan. Dalam hati, Eh dah tahu keputusan???? Dah tahu ke??? Bukan ke perbicaraan mula 9.30 pagi??? Al-kisah diumumkan pula keputusan mahkamah bahawa Anwar dibebaskan. MAsyaallah macam mane leh keputusan telah diketahui sedangkan perbicaraan belum diumumkan ? Biar betul? Adakah keputusan telah diputuskan di luar perbicaraan?? Ketelusan?? Tapi ana bersangka baik je. Apepon jike kamu berada dalam kebenaran nescaya kamu akan diuji. Itulah yang ana perhatikan serta ana dengar dalam perbicaraan bersama pakcik-pak cik di surau selepas subuh.

Isu pimpinan dalam pula,ana terkejut apabila mengetahui beliau dipecat. Beliau antara pejuang yang banyak berkorban dalam perjuangan menegakkan Islam. Chit chat di surau ade mengatakan Beliau tidak ikut keputusan yang dipersetujui dalam musyawarah. Apabila kite bertindak tidak patuh dalam keputusan musyawarah, kite akan berpecah-belah. Menurut pak cik kat surau menyatakan disebabkan beliau ade ramai penyokong, beliau menjadi sombong dan tidak menghormati keputusan musyawarah. BAru ana faham. Di sini ana belajar kite hendaklah menghormati keputusan Jemaah semoga kite tetap dalam kesatuan. Ingat yer la islam illa Jemaah .

Semoga ana dapat belajar daripada situasi semasa kite. Ana harap ana cube belajar ibrah persekitaran menjadi lebih baik. Waallahuaalam

Tuesday, January 3, 2012

Gelaran Idaman Ramai

Pada kali ini ana ingin berkongsi kisah benar yang berlaku dalam keluarga daku. Semoga kite sama-sama mendapat ibrah dalam kisah daku pada kali ini. Pada bulan yang lalu, bapa saudara ku mendapat suatu title yang sangat menjadi rebutan dalam kalangan rakyat Malaysia. Nak tahu apa??? Title tu adalah anugerah title “Datuk” oleh Yang Pertua Negeri Melaka.


p/s: sekadar gambo hiasan jew

Bapa saudara ku ini orang kuat Ketua Menteri Melaka. Beliau juga adalah Timbalan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka. Wow, memang hebat kan!!!! Bayangkan baru umur dalam 40-an dah jadi jawatan yang terpenting dalan sesebuah institusi pendidikan di Malaysia. Insyaallah tahun depan beliau akan naik jadi Canselor KUIM ekoran persaraan Canselor sekarang pada tahun 2012. Wah, tahniah!!!! Semoga beliau dapat memartabatkan institusi pendidikan berteraskan Islam ini yang akan bertukar nama kepada Universiti Islam Melaka Malaysia insyaallah.



Pada pendapat ana tidak menjadi suatu kesalahan la kalau dapat title tu. OK je kan. Kalau dah orang nak bagi terima je la. Bile ana dengar cerita bapa saudara ku dapat title Datuk yang menjadi rebutan ramai, tiba-tiba ana terfikir. Ya Allah, bestnye dapat title “Datuk” tapi apa yang daku dapat imbuhan di akhirat jika dianugerahkan title tersebut.

Ana rasa cemburu dengan para anbiya’ dan sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga dan mendapat title “Radiyallahuanhu” yang bermaksud redha Allah ke atasnya. Betapa lemahnya diri ini yang cemburu title tu tapi tak ikut cara para sahabat camne nak dapat pangkat “Radiyallahuanhu”. Itu lah yang Ustaz Hasnan selalu sebut bile mengaji dengan beliau iaitu kempen lah diri ini nak buat bukan sekadar nak tahu. Diri ini lemah dah tahu macam-macam fadhilat amal tapi malas nak wat untuk mengejar ganjaran yang Allah janjikan itu.

Akhir kalam, semoga ana dapat amalkan dan mafhum hadith Nabi Barangsiapa yang menghidupkan sunnah di kala kerosakan ummat akan mendapat pahala 70 kali mati syahid. Waallahua’alam.