Saturday, September 15, 2012


Salam perjuangan buat sahabat sekalian. Apa khabar diri kalian? Apa khabar iman kalian?

Semoga sentiasa dalam jagaan kedua-duanya. Kalian sudah makan? Minum? Pose enam camne?? hihihi Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah atas segala rezeki yang dikurniakanNya kepada kita.

Kali ini, jom bersama-sama ana  jalankan satu eksperimen sambil mendekatkan diri kepada Allah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah gelas kaca, air masak, kicap, dan sehelai wang kertas.

Langkah 1:

Tuangkan air masak ke dalam gelas kaca sehingga lebih daripada separuh.

Langkah 2:

Ambil wang kertas dan lihat siri nombornya menerusi gelas berisi air tadi.

Caranya ialah dengan meletakkan wang kertas di bahagian belakang gelas, dan lihat menerusi gelas berisi air dari bahagian hadapan.

Langkah 3:
Sekiranya anda dapat melihat siri nombor wang kertas tersebut, catatkannya dan semak semula.

Langkah 4:

Fikirkan beberapa perbuatan dosa tidak kira dosa kecil atau pun dosa besar yang kerap atau pernah anda lakukan.

Langkah 5:

Sebutkan perbuatan dosa tersebut sambil titiskan kicap ke dalam gelas berisi air tadi.

Untuk setiap dosa kecil, titiskan kicap sekali sahaja, manakala untuk setiap dosa besar, titiskan sebanyak tiga kali. Untuk dosa kecil yang anda lakukan berulang kali, titiskan kicap sebanyak tiga kali sahaja.

Langkah 6:

Ulang langkah 2 dan 3 dengan menggunakan air yang telah dititiskan kicap tadi.

Bagi memastikan saudara saudari menjalankan eksperimen ini di rumah, keputusan eksperimen tidak akan disertakan di sini, tetapi saudara saudari sekalian perlu menyatakan keputusan eksperimen yang saudara saudari buat di bahagian komen untuk dikongsi bersama.

Selain keputusan, saudara saudari juga boleh nyatakan jenis-jenis dosa yang biasa kita buat serta nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada eksperimen tersebut.

Selamat mencuba! Lets do it!


Monday, September 10, 2012

Jemaah yang ku sayangi

Bismillah. Alhamdulillah kembali lagi ana dalam arena penulisan. hihihi. Walaupun dah 4 minggu ana tengah kepeningan wat Bioplant Design yang macam nak giler diri ni. hahaha. x pe la. duniawi je pon huhuhu

Namun persoalan adakah diri ini masih lagi lalai dalam menyediakan diri ini untuk ukhrawi. Ana akui iman ana skunk tengah sangat kritikal. Al Maklum la tgh pening giler wat subjek kiler ni. ter tanya diri ni. nape la ana amik kejuteraan kimia. Positive Yahya !!!! Caiyok3.

Alhamdulilah walaupun pening, namun ana cube rileks dulu diri ini dengan luangkan masa bagi pengisian untuk group Study Islam (GSI) bertajuk ketiga Islam Addin, Syariah dan Ibadah. bagi ana ini lah masa untuk tyazkirah wat diri ini. Moga ukhuwwah fillah abadan abda.

antara LDK yg ana cube bawak

Selain tu baru-baru ni, ana bersama sahabat jemaah ana wat program Darussyifa. dapat a wat pendiding diri ini gak huhuu

Jemputan ustaz dari Darussyifa

Walaupun ana sibuk, namun ana merasakan bie dapat bekerjasama bersama sahabat2 berjemaah muslimin mahupun muslimat, ana harap kite tetap mendapat mardhotillah. itu yg ana harapkan dan ana sangat puas hati jiddan huhuhu :)

Bersama Jemaah Islamiah huhu :D