Sunday, November 17, 2013

jangan cedih-cedih..Allah kan ada..^_^

seringkali apabila kita ditimpa kesusahan, kita merasakan sudah tidak mampu berbuat apa-apa..dunia bagaikan nak kiamat, kita merasakan kehidupan kita gelap gelita..saat itu,kita hanya mampu menyebut."Ya Allah...bantulah aku...aku tidak mampu pikul ujian yg Engkau berikan ini..Allah...Allah..."

mungkin juga saat itu kita lupa, Allah tidak akan membebani seseorang dengan ujian yang tidak mampu dipikulnya...kan?

Jika dirimu melihat dengan mata hati,melihat dengan kacamata tarbiyyah Allah, sudah berapa banyak Allah menolongmu sebelum ini??hitunglah..hitunglah berapa banyak Allah membantumu..pasti dirimu tidak mampu menghitungnya.berapa banyak musibah dan bala yang telah Allah selamatkan kamu hingga dirimu mampu mengecapi segala nikmat saat ini? Lihatlah..Allah masih menguruskan kehidupanmu dengan baik..sangat baik sekali..

Allah menguji bukan bermaksud Dia membenci,tetapi mungkin ada sesuatu yang Dia ingin engkau mengerti..

Allah memang sengaja!

Dia memang sengaja mencampakkan musibah terhadap diri mu, Dia memang sengaja mencampakkan perasaan sedih terhadapmu.. Sehingga kadang-kadang diri sendiri tidak tahu mengapa perasaan sedih itu muncul,mengapa ujian itu datang menerpa..tetapi jika diberikan kepada orang lain,mungkin mereka tidak berasa sedih sedikit pun jika menghadapinya..usah ditanya mengapa..kerana caturan Allah adalah rahsiaNYA..



Begitulah Allah mengatur hidup hamba-hambaNYA yang beriman.. Dia ingin dirimu merintih kepadaNYA..jika Allah tidak mencampakkan perasaan sedih itu,mungkin dirimu terus alpa dan lalai untuk terus mengingatinya..mungkin dirimu akan terus-menerus meminta tolong pada makhluk yang tiada kuasa berbandingNYA..

Allah tahu..
jika dirimu sedih,ia membolehkan dirimu mendekati padaNYA.. untuk membolehkan seorang hamba itu dekat kepada Allah, ia memerlukan hati yang dekat kepada Allah.. pada saat itu,berbahagialah kerana Allah telah mencampakkan perasaan bahagia terhadapmu...tersenyumlah diatas ganjaran keyakinan dan perasaanmu yang bulat terhadap Allah selama ini..


setiap hari,sentiasalah berdoa dan sematkan dalam hati;

"Ya Allah janganlah Engkau biarkan aku menguruskan kehidupanku,walaupun sekelip mata kerana aku tidak mampu Ya Allah..janganlah Engkau biarkan orang lain menguruskan kehidupanku kerana mereka akan mensia-siakanku Ya Allah..aku serahkan segala urusan hidupku hanya padaMu Ya Allah.."



Hmmmm..... terakhir di kampus sebelum melabuhkan tirai perjuangan di kampus. Pasti kumerindui sahabt-sahabat seperjuangan. Diri ini x layak utk memimpin antum sume dalam perjuangan islam :(




Wednesday, September 18, 2013

Ukhuwah dan kepimpinan :(




Dengan berkat dan iradahMu Ya Allah......
Moga nukilan kali ini mampu mengimbas kembali kelemahan diri ni dalam berkepimpinan.....

Ukhuwwah???? Ape maksud ukhuwwah??? Simple jew.... Satu jalinan hubungan antara manusia atas dasar kasih sayang Allah mengikut syariatNya.
Rukun ukhuwwah???



Mudahkan??? Namun.....

Persoalannya di sini.....
mampukah kite mengekalkan jalinan ukhuwwah antara kite....
senangnya berkata-kata dan memberikan maksud kan???

Ana yg ditaklifkan sebagai seorang pimpinan di kampus melihatkan dalam perjuangan islam melalui mehnah dan tribulasi dalam masalah ukhuwwah ni......

Ini maslaah yg dialami oleh sume kampus. Sebab pe??? Merasakan diri ini x boleh di pressure.... kan best kalo aku x turut sertai dalam kumpulan dakwah. Ni la penyebab aku dapat pointer rendah!!!!!!!!
Menyusahkan hidup aku jew.....ape la ketua tahu bagi arahan jew....ana nak rileks la adduuuiii!!!!!!!
Aku nak enjoy jew join benda ni....pi shopping tengok wayang lagi best....wat pe aku buang duit utk susah2 tolong usaha dakwah ni........
Alaaaa hang kene faham perasaan muslimat, menyibuk jew nak amik tahu. jgn pressure tau !!!!!!!! jgn sms n kol........
Yes diri ni mmg x sesuai jadi pemimpin!!!!!!!!

Bile dipressure jew, maslaah ukhuwwah akan timbul n xnak wat keje...........

Hati ini kadang2 menangis dan mengalirkan air mata bile mengenangkan diri ni menyebabkan semua yg ana pimpin berpecah hati...........
sedih n tak layak diri ni jadi pimpinan korang
Serius ana rindukan korang dalam kumpulan dakwah........
walaupun ana garang n tegas namun masih ana tetap sayang korang sgt2

Macho, Umbrella, Doraemon, Tuan puteri, squirrel, dugong, kura-kura, ucu, penguin, kelawar, aligator, mak aji, puan besar, fish.......maafkan diri ini gagal membuatkan hati antum bersatu dalam berdakwah......






Ana x layak utk pegang jawatan ni.........Seriusly down :(

insyaallah ana leh wat sorang bersama dugong n aligator :(

Monday, August 19, 2013

Pendirian Rasmi Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia, 
06 Julai 2013,
27 Sya'aban 1434 H.

GAMIS melahirkan rasa kesal terhadap penggulingan Dr Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir yang dilantik secara rasmi melalui sistem pilihanraya pada 24 Jun 2012 tahun lepas. 

Dalam tempoh 377 hari ( 1 tahun 12 hari ), realitinya sudah pasti satu jangka masa yang sangat singkat untuk melakukan fasa perubahan
 menyeluruh terhadap negara Mesir setelah 30 tahun negara itu ditadbir oleh Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak, Presiden Mesir ke - empat.

Ditambah juga, sepanjang tempoh itu beliau berhadapan dengan cabaran tidak mendapat sokongan penuh daripada pemimpin pertahanan negara dan kakitangan kerajaan bagi melaksanakan perubahan yang dirancang.

Polemik yang dimainkan pihak tentera bagi merampas kuasa yang turut mendapat sokongan Syeikhul Azhar menyaksikan kebejatan sistem politik Mesir yang sewenang - wenangnya dibonekakan.

GAMIS berpandangan seharusnya SISTEM POLITIK MESIR PERLU DIROMBAK DARI AKAR UMBI supaya KUASA TENTERA TIDAK MENJADI ALAT untuk MEROBEK KEPUTUSAN PILIHAN RAKYAT.

Ini kerana, tidak mustahil selepas ini jika perlantikan Presiden masih juga tidak dipersetujui, maka rampasan kuasa oleh tentera akan terus berlaku sehingga menjejaskan kesejahteraan dan keamanan seluruh rakyat Mesir dalam jangka tempoh yang panjang.

Dalam hal rampasan kuasa ini, Barat dilihat menyokong tindakan tersebut walaupun demokrasi menjadi laungan mereka. Tetapi, sebaliknya yang berlaku, apabila Dr Morsi kelihatan melebar luas agenda Islam terutamanya isu Palestin.

GAMIS turut menyokong tindakan parlimen Turki serta parti pembangkangnya yang tegas mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan tentera membelakangi prinsip demokrasi.
Wallahua'lam. Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk yang benar oleh Allah S.W.T dalam mencermati polemik krisis politik Mesir ini. Sama - sama kita kirimkan doa berterusan buat kekuatan spiritual rakyat Mesir disana.
 

Muhammad Azan bin Safar,
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia ( GAMIS ),
dan seluruh Saff Kepimpinan GAMIS 2012/2013.




Wednesday, August 7, 2013

Salam Aidilfitri wat sume shbt2 :)


Aidilfitri merupakan hari yang ditunggui oleh umat Islam di seluruh pelosok dunia. Kehadirannya dianggap suatu kemenangan, setelah di bulan Ramadhan, kewajipan berpuasa bagi umat Islam yang baligh dan berakal selesai dilaksanakan.

Selepas mengharungi getir menahan diri daripada lapar dan dahaga serta segala pantang larang RAMADHAN, umat Islam pada hari pertama SYAWAL DIHARAMKAN BERPUASA, malah diarahkan bergembira – dengan memakai pakaian yang indah, menggunakan haruman yang semerbak wanginya dan diperintahkan berkumpul dengan membesarkan ALLAH dengan takbir, tahmid dan tahlilnya semata-mata bagi mensyukuri pengembalian kepada fitrah secara beramai-ramai.

Ya, kerana kalimah FITRI itu sendiri bermaksud FITRAH, iaitu dengan kejayaan seorang muslim selama sebulan menempuh tarbiah RAMADHAN yang akhirnya mengembalikan dirinya kepada fitrah sebenar di mana fitrah asal sebenarnya adalah suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada noda dan dosa. FITRAH yang membawa pengertian akan kejernihan hati, selepas sebulan membersihkannya daripada dosa dan mazmumah kemudian menyuburkannya dengan amalan-amalan rohani. Maka sesungguhnyalah Aidilfitri adalah hari dimana ganjaran bagi mereka yang benar-benar beramal di bulan RAMADHAN mendapat jolokan AL-JAIZAH, iaitu hari mendapat ganjaran.

Bertakbir

Perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah sebaik diketahui tarikh hari raya adalah bertakbir. Waktunya bermula sebaik terbenamnya matahari sehingga imam datang untuk memulakan solat pada hari raya. Umat Islam disunatkan memperbanyakkan bacaan takbir untuk menzahirkan rasa syukur pada ALLAH yang maha ESA. Sesuai dengan firman ALLAH yang bermaksud:-
“ Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan RAMADHAN), supaya kamu membesarkan ALLAH (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk kepada kamu dan supaya kamu bersyukur”.
Digalakkan juga bertakbir sepanjang perjalanan ke masjid, seperti lazimnya para sahabat melakukannya.

Lafaz Ucapan Selamat Hari Raya

Dinyatakan dalam sebuah hadis oleh al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani seperti yang dinukilkan oleh Jubair bin Nufair r.a katanya:-
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain akan ayat TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA (Semoga ALLAH menerima amalan kami dan amalan kamu)

Beribadat dan berdoa di Malam Aidilfitri

Kita telah biasa dengan rutin bangun sahur di bulan RAMADHAN. Tentu sekali pada pagi Raya kita sudah tidak perlu bersahur. Tetapi apalah susahnya, dengan kebiasaan bangun sebelum subuh itu kita langsungkan dengan bangkit sebelum subuh pada pagi raya ini, bukan dengan niat untuk menjamu selera tetapi tunduk SUJUD membesarkan ALLAH yang Maha Mencipta. Malam raya adalah salah satu malam yang doa diterima olehNya, maka manfaatkanlah waktu ini dengan memohon sebanyak-banyaknya permintaan. Malah kita juga digalakkan memperbanyakkan takbir sepanjang malam. Seperti sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada semua hati-hati yang akan mati, iaitu pada hari kiamat”
PADA HARI RAYA

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Syafie:
“Ali bin Abi Talib r.a pernah ditanya adakah HARUS mandi disetiap hari? Maka jawabnya TIDAK HARUS. Namun mandi yang diharuskan ialah mandi pada HARI JUMAAT, HARI ARAFAH, HARI RAYA AIDILFITRI DAN AIDILADHA”

Bersarapan juga adalah sunnah di pagi raya. Caranya dengan memakan sedikit sebelum pergi menunaikan solat di masjid. Seperti hadis Rasulullah s.aw bermaksud
“Rasulullah s.aw tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi aidilfitri sebelum memakan beberapa biji buah kurma”

Lihatlah betapa indahnya Islam, hanya dengan bersarapan di pagi raya sudah diberikan ganjaran pahala. Subhanallah!
Berpakaian indah

Perlu diingatkan bahawa islam tidak pernah mengajar umatnya berlebih-lebihan atau melampaui batasan dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya pada hari raya dengan pakaian yang mahal-mahal dan kuih muih yang terlalu banyak. Imam Syafie di dalam kitabnya berkata
” Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik pernah dimilikinya pada hari raya iaitu hari Jumaat,dua hari raya(aidilfitri dan aidiladha) dan tempat diadakan majlis.Tetapi BERSEDERHANA dalam berpakaian.
Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat Hari Raya

Hadis Nabi s.a.w:
“Tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya,Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan.”

Termasuk sunnah iaitu jika kita berjalan kaki menuju ke tempat solat. Tapi jika masjid agak jauh, naik kereta pun tiada masalah. Segeralah ke masjid untuk bertakbir dan menunaikan solat secara berjemaah. Pergi ke masjid dan pulang dengan jalan yang berbeza. Lebih afdhal pergi dengan jarak yang lebih jauh dari jalan pulang.

Hikmah berjalan jauh semasa pergi ini supaya bagi membolehkan kita bertegur sapa dengan jemaah yang lain dan mengucapkan tahniah sempena kejayaan sepanjang ramadhan dan kedatangan hari raya. Selain itu, ia juga bagi membanyakkan saksi atas ibadah kita. Biar setiap langkah kita di saksikan sebagai ibadah.
Membawa bersama Isteri dan anak-anak ke tempat solat Hari Raya
Ketika melaksanakan solat hari raya, Rasulullah s.a.w sentiasa membawa isteri dan anak-anak Baginda bersama. Saidatina Aisyah r.a, mengisahkan:
“Kami disuruh supaya keluar dan begitu juga dengan wanita haid pada kedua-dua hari raya untuk mendapatkan kebaikan dan doa-doa orang islam.Walau bagaimanapun, wanita haid duduk jauh daripada tempat solat.”

Menyegerakan pemberian zakat fitrah
Baginda s.a.w akan berpesan agar kaum Muslimin menyegerakan pemberian zakat fitrah kepada mereka yang berhak,manakala bagi solat sunat Aidiladha disegerakan supaya umat Islam dapat mempercepatkan urusan sembelihan korban.

Mengerjakan solat Aidilfitri dan mendengar khutbah
Marilah sama-sama kita mengerjakan solat Aidilfitri secara berjemaah.Walaupun ianya sunat tetapi ianya hanyalah setahun sekali. Apalah kiranya kita meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke masjid untuk tunduk menghadap yang Maha Esa. Seeloknya setelah selesai solat, sama-samalah kita mendengar khutbah sehingga selesai.

Puasa 6 hari pada bulan Syawal
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun”


Tuesday, July 30, 2013

Final Match of Ramadan League


Assalamualaikum para penonton sekalian,

Pada fasa ke tiga Ramadhan 1434 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,

Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)




Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.



Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini...

Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.

Tuesday, July 2, 2013

Istiqomah Quran dalam perhebatkan rohani diri :)


Assalam sahabat yg dirahmati allah sekalian,

Serius ana terkesan ngan teguran shbt ana yg jauh nun di UK, aNA. Tiada alasan yg mampu diberikan kerana sume kesalah itu adalah kelalaian ana dalam meneruskan delegasi dakwah dalam blog ana.

Insyaallah sekadar sedikit muahsabah diri pabila Ramadhan kian mendekati.
Persoalan yg sering dilontarkan oleh murabbi adalah apekah persiapan kite utk mengahdapi madrasah Ramadhan?
Murabbi pesan hendaklah wat persiapan dengan memperhebatkan lagi amalan kamu

teringat pengisian Mas'ul ana merangkap murabbi ana, pesan ce istiqomah dengan baca al-quran sedikit  selepas solat subuh. Kenapa just mention bace quran jew?? nape x mention tahajud? solat tasbih? jom hayati sedikit perkongsian di bawah ni






Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap setan 

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.

4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………
Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”




Camne sahabat2 sekalian? kite baca quran bile yer yg last?? hahaha 
Semoga ana dapat amlkan ape yg ana kongsi ni insyaallah



-MAHASISWA MEMIMPIN PERUBAHAN-