Monday, August 19, 2013

Pendirian Rasmi Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia, 
06 Julai 2013,
27 Sya'aban 1434 H.

GAMIS melahirkan rasa kesal terhadap penggulingan Dr Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir yang dilantik secara rasmi melalui sistem pilihanraya pada 24 Jun 2012 tahun lepas. 

Dalam tempoh 377 hari ( 1 tahun 12 hari ), realitinya sudah pasti satu jangka masa yang sangat singkat untuk melakukan fasa perubahan
 menyeluruh terhadap negara Mesir setelah 30 tahun negara itu ditadbir oleh Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak, Presiden Mesir ke - empat.

Ditambah juga, sepanjang tempoh itu beliau berhadapan dengan cabaran tidak mendapat sokongan penuh daripada pemimpin pertahanan negara dan kakitangan kerajaan bagi melaksanakan perubahan yang dirancang.

Polemik yang dimainkan pihak tentera bagi merampas kuasa yang turut mendapat sokongan Syeikhul Azhar menyaksikan kebejatan sistem politik Mesir yang sewenang - wenangnya dibonekakan.

GAMIS berpandangan seharusnya SISTEM POLITIK MESIR PERLU DIROMBAK DARI AKAR UMBI supaya KUASA TENTERA TIDAK MENJADI ALAT untuk MEROBEK KEPUTUSAN PILIHAN RAKYAT.

Ini kerana, tidak mustahil selepas ini jika perlantikan Presiden masih juga tidak dipersetujui, maka rampasan kuasa oleh tentera akan terus berlaku sehingga menjejaskan kesejahteraan dan keamanan seluruh rakyat Mesir dalam jangka tempoh yang panjang.

Dalam hal rampasan kuasa ini, Barat dilihat menyokong tindakan tersebut walaupun demokrasi menjadi laungan mereka. Tetapi, sebaliknya yang berlaku, apabila Dr Morsi kelihatan melebar luas agenda Islam terutamanya isu Palestin.

GAMIS turut menyokong tindakan parlimen Turki serta parti pembangkangnya yang tegas mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan tentera membelakangi prinsip demokrasi.
Wallahua'lam. Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk yang benar oleh Allah S.W.T dalam mencermati polemik krisis politik Mesir ini. Sama - sama kita kirimkan doa berterusan buat kekuatan spiritual rakyat Mesir disana.
 

Muhammad Azan bin Safar,
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia ( GAMIS ),
dan seluruh Saff Kepimpinan GAMIS 2012/2013.




Wednesday, August 7, 2013

Salam Aidilfitri wat sume shbt2 :)


Aidilfitri merupakan hari yang ditunggui oleh umat Islam di seluruh pelosok dunia. Kehadirannya dianggap suatu kemenangan, setelah di bulan Ramadhan, kewajipan berpuasa bagi umat Islam yang baligh dan berakal selesai dilaksanakan.

Selepas mengharungi getir menahan diri daripada lapar dan dahaga serta segala pantang larang RAMADHAN, umat Islam pada hari pertama SYAWAL DIHARAMKAN BERPUASA, malah diarahkan bergembira – dengan memakai pakaian yang indah, menggunakan haruman yang semerbak wanginya dan diperintahkan berkumpul dengan membesarkan ALLAH dengan takbir, tahmid dan tahlilnya semata-mata bagi mensyukuri pengembalian kepada fitrah secara beramai-ramai.

Ya, kerana kalimah FITRI itu sendiri bermaksud FITRAH, iaitu dengan kejayaan seorang muslim selama sebulan menempuh tarbiah RAMADHAN yang akhirnya mengembalikan dirinya kepada fitrah sebenar di mana fitrah asal sebenarnya adalah suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada noda dan dosa. FITRAH yang membawa pengertian akan kejernihan hati, selepas sebulan membersihkannya daripada dosa dan mazmumah kemudian menyuburkannya dengan amalan-amalan rohani. Maka sesungguhnyalah Aidilfitri adalah hari dimana ganjaran bagi mereka yang benar-benar beramal di bulan RAMADHAN mendapat jolokan AL-JAIZAH, iaitu hari mendapat ganjaran.

Bertakbir

Perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah sebaik diketahui tarikh hari raya adalah bertakbir. Waktunya bermula sebaik terbenamnya matahari sehingga imam datang untuk memulakan solat pada hari raya. Umat Islam disunatkan memperbanyakkan bacaan takbir untuk menzahirkan rasa syukur pada ALLAH yang maha ESA. Sesuai dengan firman ALLAH yang bermaksud:-
“ Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan RAMADHAN), supaya kamu membesarkan ALLAH (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk kepada kamu dan supaya kamu bersyukur”.
Digalakkan juga bertakbir sepanjang perjalanan ke masjid, seperti lazimnya para sahabat melakukannya.

Lafaz Ucapan Selamat Hari Raya

Dinyatakan dalam sebuah hadis oleh al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani seperti yang dinukilkan oleh Jubair bin Nufair r.a katanya:-
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain akan ayat TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA (Semoga ALLAH menerima amalan kami dan amalan kamu)

Beribadat dan berdoa di Malam Aidilfitri

Kita telah biasa dengan rutin bangun sahur di bulan RAMADHAN. Tentu sekali pada pagi Raya kita sudah tidak perlu bersahur. Tetapi apalah susahnya, dengan kebiasaan bangun sebelum subuh itu kita langsungkan dengan bangkit sebelum subuh pada pagi raya ini, bukan dengan niat untuk menjamu selera tetapi tunduk SUJUD membesarkan ALLAH yang Maha Mencipta. Malam raya adalah salah satu malam yang doa diterima olehNya, maka manfaatkanlah waktu ini dengan memohon sebanyak-banyaknya permintaan. Malah kita juga digalakkan memperbanyakkan takbir sepanjang malam. Seperti sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada semua hati-hati yang akan mati, iaitu pada hari kiamat”
PADA HARI RAYA

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Syafie:
“Ali bin Abi Talib r.a pernah ditanya adakah HARUS mandi disetiap hari? Maka jawabnya TIDAK HARUS. Namun mandi yang diharuskan ialah mandi pada HARI JUMAAT, HARI ARAFAH, HARI RAYA AIDILFITRI DAN AIDILADHA”

Bersarapan juga adalah sunnah di pagi raya. Caranya dengan memakan sedikit sebelum pergi menunaikan solat di masjid. Seperti hadis Rasulullah s.aw bermaksud
“Rasulullah s.aw tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi aidilfitri sebelum memakan beberapa biji buah kurma”

Lihatlah betapa indahnya Islam, hanya dengan bersarapan di pagi raya sudah diberikan ganjaran pahala. Subhanallah!
Berpakaian indah

Perlu diingatkan bahawa islam tidak pernah mengajar umatnya berlebih-lebihan atau melampaui batasan dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya pada hari raya dengan pakaian yang mahal-mahal dan kuih muih yang terlalu banyak. Imam Syafie di dalam kitabnya berkata
” Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik pernah dimilikinya pada hari raya iaitu hari Jumaat,dua hari raya(aidilfitri dan aidiladha) dan tempat diadakan majlis.Tetapi BERSEDERHANA dalam berpakaian.
Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat Hari Raya

Hadis Nabi s.a.w:
“Tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya,Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan.”

Termasuk sunnah iaitu jika kita berjalan kaki menuju ke tempat solat. Tapi jika masjid agak jauh, naik kereta pun tiada masalah. Segeralah ke masjid untuk bertakbir dan menunaikan solat secara berjemaah. Pergi ke masjid dan pulang dengan jalan yang berbeza. Lebih afdhal pergi dengan jarak yang lebih jauh dari jalan pulang.

Hikmah berjalan jauh semasa pergi ini supaya bagi membolehkan kita bertegur sapa dengan jemaah yang lain dan mengucapkan tahniah sempena kejayaan sepanjang ramadhan dan kedatangan hari raya. Selain itu, ia juga bagi membanyakkan saksi atas ibadah kita. Biar setiap langkah kita di saksikan sebagai ibadah.
Membawa bersama Isteri dan anak-anak ke tempat solat Hari Raya
Ketika melaksanakan solat hari raya, Rasulullah s.a.w sentiasa membawa isteri dan anak-anak Baginda bersama. Saidatina Aisyah r.a, mengisahkan:
“Kami disuruh supaya keluar dan begitu juga dengan wanita haid pada kedua-dua hari raya untuk mendapatkan kebaikan dan doa-doa orang islam.Walau bagaimanapun, wanita haid duduk jauh daripada tempat solat.”

Menyegerakan pemberian zakat fitrah
Baginda s.a.w akan berpesan agar kaum Muslimin menyegerakan pemberian zakat fitrah kepada mereka yang berhak,manakala bagi solat sunat Aidiladha disegerakan supaya umat Islam dapat mempercepatkan urusan sembelihan korban.

Mengerjakan solat Aidilfitri dan mendengar khutbah
Marilah sama-sama kita mengerjakan solat Aidilfitri secara berjemaah.Walaupun ianya sunat tetapi ianya hanyalah setahun sekali. Apalah kiranya kita meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke masjid untuk tunduk menghadap yang Maha Esa. Seeloknya setelah selesai solat, sama-samalah kita mendengar khutbah sehingga selesai.

Puasa 6 hari pada bulan Syawal
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun”