Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah masih lagi memanjangkan masa untuk bertaubat kepadaNya. Namun persoalan untuk diri ini, adakah diri ini menggunakan masa yang alllah berikan ini untuk bertaubat atas segala dosa yang lalai? hhhmmm :(
Firman Allah, " wamakaru wamakarallah. wallahu khoirul makirin." Kite merancang Allah merancang, Namun Allah lah sebaik-baik perancang. Insyaallah minggu depan ana bersama abi akan ke Mekkah untuk menunaikan umrah. Rindu sangat kat mekka kali terakhir pi sana tahun 2ooo. Harap dapat mardhotillah segala amalan di dunia ini insyaallah. Semoga Allah pilih ana sebagai tetamuNya kali ini. Aminnnn.
"If you fail to plan, you plan to fail", begitulah kata2 pepatah Inggeris yang menitik beratkan kepentingan dalam merangcang sesuatu. Perancangan terhadap ibadah umrah adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran ibadah tersebut agar setiap masa terisi dengan aktiviti-aktiviti yg bermanfaat. Selain daripada perancangan ibadah umrah, perancangan untuk beriadah atau berehat perlu juga dilakukan bg memastikan keperluan dan kesihatan fizikal terjaga sepanjang perjalanan ibadah umrah supaya kosentrasi terhadap ibadah2 fardu dan sunat dapat dijaga semaksimum mungkin. Semoga segala berjalan lancar insyaallah :D
Thursday, May 31, 2012
Tuesday, May 29, 2012
Debate Camp 2o12
Bismillah
dengan nama Allah ini memulakan warkah hidup diri ini. Dengan sifat rahman
Allah, Allah tetap dalam memberikan pelbagai nikmat kepada kita semua. Tidak
kiralah seseorang individu itu beriman mahupun yang kufur kepada Nya. Begitu
hebatnya Allah!!!! Allahuakbar!!!!
Teringat seorang sahabat ana
berkata kemurahan Allah melebihi kemurkaan Allah. Bayangkan jika seorang hamba
melanggar perintah tuannya, maka apa yang akan dilakukan oleh tuan hamba
tersebut? Pasti dan pasti akan dihukum hamba ter sebut dengan sekeras-kerasnya.
Namun sifat rahman Allah mengatasi sifat murka Allah. Tetap diberikan peluang
untuk kite merasai nikmatnya dan mase untuk bertaubat. Masyaallah.
Alhamadulillah pada minggu lepas,
ana serta other debater telah mengadakan debate camp di tempat kami. Semua
kampus telah menghantar debater masing-masing k edebate camp kami. PAda hari
pertama, ketibaan peserta. Pelbagai
aktiviti yang kami lakukan untuk menambah keyakinan when delivering speech. Pada
keesokan hari sehingga lah habis debate camp bersama Asia best debater, Brother
Latiff from IIUM.
Banyak ana belajar daripada kem ni.
Walaupun kami dibebani dengan harapan untuk menjulang President’s Cup pabila kami
menjadi host. Tambahan pula kami telah dapat pi final tahun lepas. Jadi Miss
Yat harap tahun ni kami dapat menjulang piala pusingan tersebut insyaallah. Namun
bagi ana inilah lah dakwah kebanyakkan dalam debate club adalah orang bukan
islam daripada kaum india. Inilah cara kite nak bergaul dengan non muslim dan
dapatkan biah English. Insyaallaha de hikmahnya.
Brother Latiff
Build Self-Confidence
Debate Friendly
Sweet Memories
Saturday, May 19, 2012
Final Exam Habis...Debate Mood coming :D
Alhamdulillah
syukur ke hadrat Allah dengan nikmat yang Allah berikan kepada kite semua,sama
ada kita sedar atau pun tidak. Dalam hadith ade menyatakan sabda Rasulullah
bahawa terdapat dua nikmat yang manusia sering terlupa iaitu nikmat masa lapang
dan masa sihat.
Alhamdlillah sekali lagi dipanjatkan ke hadrat
ilahi, ana serta sahabat seperjuangan ana dapat
menjalani dengan jayanya Final Exam selama dua minggu. Syukur Allah
permudahkan urusan ana dalam menjawab soalan dalam final exam walaupun ada
asatu paper yang merunsingkan diri ini iaitu subjek Properties of Biological
Engineering Material. Tak terkata bile dalam menjawab paper tersebut. Ini je
satu paper yang kami tak keluar awal dan tunggu sehingga habis masa paper
tersebut. Insyaalalh Allah sentiase memberikan yang baik untuk hambaNya.
Jadual Final exam tinggal kenangan huhuhu
Selepas
mengharungi dua minggu final exam, debate club mengadakan suatu kursus debate
camp yang di jalankan pada 18-21 Mei 2o12. Tetamu dijemput daripada IIUM, iaitu
brother Latiff. Die merupakan salah seorang debater terbaik di Benua Asia ini. I
hope that I can learn more from him to improve my debate skills.
Debate Camp with other UniKL campus
Semoga
hidup diri serta sahabat sahabat sekalian sentiase berada dalam naungan Allah
dan diberikan taufiq hidayah dalam hidup ini hingga ke syurga hakiki
insyaallah.
Waallahuaalam.
Sunday, May 6, 2012
Imanukum?
Assalamualaikum sahabat-sahabat
sekalian? Kaifahalukum? Kaifa imanukum?Imanukum yazid au yanqus? Ayat ini masih terngiang-ngiang dalam diri.
Ayat ini membuatkan ana terkenang mase zaman ana kat skol ana dulu. Ayat ini
merupakan ayat trade mark bagi Presiden BADAR ana dulu masa ana form 5.
Sudah
menjadi trand kat skol dulu, form 4 wajib untuk menghadiri tazkirah yang
diadakan di surau Saidina Ali. Selalunya tazkirah diadakan selepas setiap waktu
solat fardhu. Masa form 4, setiap pelajar form 4 diwajibkan untuk memberi
tazkirah. Alamak serius ana memang mase
tu dah gelabah kot. Ye la serius ana mane reti cakap kat depan.
Lambat
laun kena la pulak giliran ana. Hahaha bila ada kat depan duduk atas kerusi,
menggeletar satu badan ana. Boleh dikatakan at least setiap tiga minggu, pasti
akan kene. Ye la lepas subuh zohor asar maghrib isya serta liqa’ al-Mulk serta
tazkirah berantai yg membuatkan pasti dan pasti kene juga wajib berkata-kata.
Benar
itu lah saat yang ana rindukan. Bile ana ditarbiah begitu, ana berasa kesan
yang positif untuk jangka panjang. Ana dari seorang pendiam ana transform jadi
seorang yang boleh la skit berkata-kata. Skunk ana masih tak percaya ana aktif
dalam berpidato di hadapan orang serta berdebate plak tu. Ramai berkata ana
petah berkata-kata. Hhhm itu la hasilnya kot? Itu lah ana yakin tarbiayah diri
perlukan paksaan dan biah yg sesuai.
Namun,
ana sedikit kecewa dengan sahabat seperjuangan batch ana. Bile dah masuk form
5, kebanyakkan tidak emrasakan turun utk tazkirah tidak dirasakan suatu
kemestian untuk diri. Hasilnya?? Ana boleh lihat sekarang melalui FB terutama
di 53rd group. Dulu berapi bagi tazkirah almaklum nak dapat jawatan
pengawas dan BADAR skol kan. Kat skol ana berbeza daripada skol lain. Kat skol
pengawas dan BADAR dipilih senior . jadi mula bodek2. Hahaa. Tak kisah la benda
tu duniawi je pon. Ana tak pegang papepon jawatan mase form sebab tak reti
bodek hahaha.
Namun
ana paling suke kalo dapat berada bersama keluarga ana. Ayah ana pasti enforce
kami adik beradik untuk jaga amalan terutama solat malam berjemaah. Itu yang
ana paling suke. Ana lagi suke suasana kat family ana berbanding kat skol
uiversiti. Kat umah ana lah ana boleh rechange iman ana terutama dalam
menghadapi ujian di university ini. Ingat kite yang ubah suasana bukan suasana
yg ubah kita tau? Insyaallah beruntung
ana hihihi. Rase malas nak balik university ni.
Insyaallah
selasa ni ana mula final exam. Ana wish yg terbaik buat sahbaat seperjuangan
insyallah Allah tolong. Jangan
disebabkan kite final exam, kite sudah tidak menjaga amalan kite pulak yer.
Ganbatte!!!!!!!!!! :D
Wednesday, May 2, 2012
Pengetahuan Muslim Sekarang
Assalamualaikum ana ucap wat sahabat-sahabat seperjuangan sekalian. Sudah lama ana tidak berkelana dalam menukil sesuatu artikel dalam lama blog hidupterpuji ini. Allah masih lagi memberi kite masa untuk beribadat kepada Allah dan memohon keampunan kepada Allah atas segala dosa yang telah kite semua terutama diri ini yang bergelumang dengan dosa-dosa yang tidak kita sedari. Harap2 kite semua tidak akan tergolong dalam kalangan golongan yang Allah sebutkan dalam dalam surah Assajadah ayat 12. Insyaallah.
Kesibukan serta tangganungjawab yang ana terima dariapda Allah menyebabkan diri ini tidak berkesempatand dalam menukilkan kisah yang ingin ana share bersama sahabat-sahabat sekalian. Banyak yang ebrlaku yang perlu ana selesaikan kerana tanggaung ajwab ana merangkap sebagai exco kebajikan. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan ana selama ini walaupun ditambah lagi dengan test subjek yang tertentu.
Baru-baru ini, ana mendapat satu kisah yang diluahkan oleh sahabat ana ini, Walid (bukan nama sebenar). Beliau masih lagi baru semester pertama. Beliau merupakan seorang agak selalu datang masjid di sini. Namun bile kelas tajwid je, beliau lari. Tak penah pula diri ini bertanya kepada beliau kenapa melarikan diri daripada majlis ilmu. Alkisah bermula lah kisah di library, ana saje je jalan-jalan meninjau sahabat-sahabat ana tengah khusyuk study di library. Cewah dah la diri ni suke menyibuk orang study padahal diri sendir pun tak study. (p/s :saje kacau orang dah jadi habit hihihi)
Jumpe la si Walid ni. Saja je duduk sbelah beliau tengok beliau study. Beliau tengah study math. Ana tengok ala simple giler hahaha (p/s : pergh riyak giler ana ni astaghfirullah). Tiba-tiba die tanye soalan pasal mathematics. Ana pon apa lagi jawab la soalan tu. Tengah-tengah ajar beliau mathematic, tiba-tiba tanye tentang solat. Banyak persoalan tentang solat yang beliau taye. Ana Alhamdulillah dapat la jawab kan. Ana taye balik soalan paling basic,” Dalam solat ada berapa rukun?”. Terus diam. Dia pun cerita la belaiu kadang-kadang tak solat.
Alkisah mase beliau kerja di Genting Highland. Beliau tak pernah solat. Beliau cerita beliau mendapat hidayah apabila ade seorang pekerja baru tanye kepada beliau di mana arah kiblat. Beliau tersentak sementara. Beliau berkata belaiu tak tahu dan sepanjang 4 tahun berkerja beliau memang tak pernah solat. Selepas kejadian itu, orang itu mengajar belaiu cara hendak solat padahala beliau pernah je belajar mase sekolah dulu.
Dah solat ke kite? Diri ini terdiam bile beliau bercerita sebegitu rupa. Diri ini tertanya bagaimana pula keadaan iman ku? Adakah diri ini dapat istiqomah dalam beriman kepada Allah sehingga syurga yang hakiki? Bagaimana pula keadaan sahabat yang lain kat sini? Adakah mereka mengamalkan solat serpeti yang mereka belajar mase sekolah? Ya Allah Beratnye tugas ana sebagai JPM Exco Disiplin Kebajikan Dan Kerohanian ni. Semoga Allah beri hidayat kepada diri ini, selruh umat dan seluruh alam insyaallah....♥....^_^
Sahabat ISlamic Civilizaton Club Muslimin
Sahabat ISlamic Civiliation CLub Muslimat
Sebagai Timbalan Pengerusi ICC 1 sesi 2011/2012 ana ingin ucapkan terima kasih kat antum semua yang telah banyak membantu dalam memperjuangkan genda dakwah yang dilakukan oleh rasulullah. Seronok bekerja dengan antum semua insyaallah uhibbukum fillah abadan abada ...♥....^_^
Dah solat ke kite? Diri ini terdiam bile beliau bercerita sebegitu rupa. Diri ini tertanya bagaimana pula keadaan iman ku? Adakah diri ini dapat istiqomah dalam beriman kepada Allah sehingga syurga yang hakiki? Bagaimana pula keadaan sahabat yang lain kat sini? Adakah mereka mengamalkan solat serpeti yang mereka belajar mase sekolah? Ya Allah Beratnye tugas ana sebagai JPM Exco Disiplin Kebajikan Dan Kerohanian ni. Semoga Allah beri hidayat kepada diri ini, selruh umat dan seluruh alam insyaallah....♥....^_^
Sahabat ISlamic Civilizaton Club Muslimin
Sahabat ISlamic Civiliation CLub Muslimat
Sebagai Timbalan Pengerusi ICC 1 sesi 2011/2012 ana ingin ucapkan terima kasih kat antum semua yang telah banyak membantu dalam memperjuangkan genda dakwah yang dilakukan oleh rasulullah. Seronok bekerja dengan antum semua insyaallah uhibbukum fillah abadan abada ...♥....^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)