Monday, May 23, 2011

mendidik diri yang penuh zulumat

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, ana dapat sampai ke rumah walaupun naik moto je hehehe. PAda aktiviti terakhir debate camp hari tu, team debate ana kene wat tarian. masyaalllah tu yang wat ana risau ni. Papepon, ana terpaksa la gune ilmu tarian zapin yang cikgu lola ana ajar ana mase kat PLKN. (wah rindu la pulak kat kem mantin hehehe).

Selepas training bersama, ana pergi lak kursus mentarbiah diri bersama jemaah dari kuching sarawak. masyaallah diorang sume sangat best. mereka bersama2 membantu membentuk diri ni untuk lebih yakin terhadap khudrat Allah. Ana suke satu kisah di mana para sahabat akan solat dua rakaat dahaulu sebelum untuk mencari rezki. Mereka memohon kepada Allah untuk beri rzki. bukan macam kite hari ni bukannye solat dahulu. Kebanyakkan kite berdoa kat Allah untuk rezkiselepas kite pergi kepada asbab ( rezki).

Ana juge belaja cara bagaiman Rasulullah melakukan dakwah. Baginda sebarkan dakwah dengan bersusah payah pergi pintu ke pintu jumpe sorang2 untuk berdakwah.cube kite bayangkan sesuatu yang penting kite hanya sampai surat saje kat orang atau pon kite sendiri pergi cakap kat orang . MAne lebih orang tu suke ?? of coz jumpe face to face baru orang tu lebih suke bahkan message yang ingin disampaikan lebih berkesan dan di fahami kan? begitu juge dalam berdakwah. begitu juge dalam berdakah bile kite jumpe orang tu baru die lebih faham tentang islam kan?

mase ana ziarah petang2 jumpe orang ramai tibe2 ade sekor anjing ni menyalak dan datang kat diri ana. pergh gelabah kot sape tak gelabah. namun ustaz ana pesan jangan lari tapi yakin dengan nusrullah (pertolongan). sebab kite wat benda baik dan jike yakin dengan Allah insyaallah Allah tolong. mase tu ana tawakal je la dan yakin aktiviti ziarah yang ana wat ni kerana Allah untuk berdakwah. Alhamdulillah anjing tu cume jalan bersama ana . benar la kisah sahabat, keyakinan sahabat kepada nusrullah tu tinggi sehingga sume makhluk tunduk di kaki para sahabat. ana ni yakin ngan Allah tak 100% tu yang makhluk x tunduk di kaki ana yang penuh dengan zulumat ni.

Mase pentarbiah tu juge kat surau tibe2 ade seorang pengikut syiah datang dan bagi tazkirah. yang mengejutkan die kate x salah kritik para sahabat ajma'in . kutuk mazhab dan macam2 lagi. pergh mase tu memang kalo tak ade basic agama memang ana dah hanyut . ALhmadulillah ana masih dijaga oleh Allah. die tu siap bagi buku percume je tentang syiah .

YA ALLAH BERILAH HIDAYAH KEPADA DIRI INI DAN SELURUH UMAT MUHAMMAD YA ALLAH!!!!!!

Hayatilah kate2 ini.........
Hidayah tu berada di sekeliling kite, Allah mampu memberi hidayah kepada sesiape yang Allah suke. Namun hidayah itu tergantung. Kerana Allah ingin menjadikan kite asbab turunnye hidatyah keapda umat Muhammad yang dhaif ini. Dalam surah Assaf Allah berfirman mafhumnye nak tak perniagaan yang tak rugi2?? iaitu beriman kepada Allah dan rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta kamu dan diri kamu dan itu baik untuk kamu sume bagi orang mengetahui. (dipetik darpada ustaz daripada palestin yang datang ke melaka hari tu)

Saturday, May 14, 2011

Debate Time

Assalam sume sahabat yg dirahmati Allah

Alhamdulillah ana baru je habih final exam yang sangat "mengerikan" bagi budak2 MICET. kalo exam kat kubur n akhirat mungkin lagi ngeri kot huhuhuhu :( .Ramai yang melepaskan tension pi Mahkota Parade pi Dataran Pahlawan. What a wasting time u know??? hahaha. For me the best thing to release our tension is go to surau or we called as mosque. cop3 kenal ke mosque tu ape??? penah pi ke??? Alhamdulillah baguih2

Selepas final exam sepatutnye , Ana sepatutnye join jadi fesi ngan sahabat Islamic Civilisation Club tapi nak wat camne ana ade debate training la skunk ni. This training is very important as for the preparation for the President's Cup UniKL at UniKL MFI at Bandar BAru BAngi( near my house la ) at 2 till 4 July 2011. MAny universities also join this training such as UniKL MIAT, UniKL MIMET , UteM And so on. Unfortunate, i meet with my beloved friends from Foundation UniKL. They are Rifdi and Syafika. What a marverlous meeting I think???? huhuhuhu

The instructor in charge for this traing is Mr. Latif ( one of the best debater in MAlaysia)from IIUM. MAny tips I get from him, I hope I can improved my debate skill as it is also imortant for my future job insyaallah. This training will be end tomorrow!!!!! yeah!!!!!!! I can go home insyallah :D

Monday, April 25, 2011

Gejala-gejala student nak amek exam..huhuhu=p

Symptom symptom student bila final exam minggu depan.

1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang
masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je,
jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat
sikit. Sebab otak full load )
2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab
nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun
bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg
patut.
4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air
sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga.
Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik
handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah
la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak
fikir taip panjang.panjang.
9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota.
(jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau
bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase
terluang.
10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak
turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi.
Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah.
Suruh mmber beli.
12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni
memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook,
formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu
depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa
lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan.
Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade
lah. Nak stay up.
16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya
Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2
ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada
buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5
buku serentak bukak.
17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak
heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk
borak.
19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek
je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout,
nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa
nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi
banyak topic die tak cover tu.
20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang.
Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah
macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun
menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.


p/s; ana rasa even budak pandai yang dah score markah carry marks pon study menggelabah jugak. Cuma diorang steady lagi la dari student yang study last minit. Muehehe. Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload.

Gud lak 4 the final exam!!!! :D

Sunday, April 24, 2011

Doa Antara dua Sujud

Bismillah wal Hamdulillah..

Hanya Menyampaikan...



Dengan rendah hati, nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah melalui doa ini.
“Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)”

Diam sejenak, hayatilah maksud ini semasa membuat bacaan.
Buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah
seperti membuka diri ketika merasakan hembusan
angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan
ketika kita masih kecil.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

“Warhamni (sayangi aku)”

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima
kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak
kasih-sayang Allah yang kita terima.
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.



Kemudian, berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan
berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

“Wajburnii (tutuplah aib-aibku)”
“Warfa’nii (angkatlah darjatku)”
“Warzuqnii (berilah aku rezeki)”
“Wahdinii (berilah aku petunjuk)”
“Wa’Aafinii (sihatkan aku)”
“Wa’fuannii (maafkan aku)”
Setelah selesai, diamlah sejenak, kemudian lahirkan rasa syukur kita kepada Robbi.



Lihatlah, betapa besarnya maksud dan nilai doa ini.
Ia adalah satu doa yang kita hanya baca
begitu saja (tanpa memahami maksudnya).
Dalam tidak kita sedar selama ini,
kita sebenarnya seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.

Kerana kita memohon, tapi tidak memahami apa yang dipohon.

Sekian, renung-renungkan dan sampaikan.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

semoga kita dapat hayati solat kite yer !!!!! :D

Saturday, April 16, 2011

Minggu yang penuh dengan bunga kebahagian hehehe

Alhamdulillah Allah masih lagi bagi ana mase untuk bertaubat kepada NYE. Isnin lalu sume mengeluh termasuk diri ni yg sangat tak dapat jawab dengan baik test fluid adeih. NAk wat camne yer risau pointer!!!! Hari rabu pulak subjek killer di MICET ( TAPI NI LA SUBJEK PALING ANA SUKE JIDDAN) Alhamdulillah ana dapat jawab dengan fluentnye ( ceh wah riak giler hahaha) . Sekati la nak riak ke tak !!!!!

Semoga thermo dapat naikkan pointer ana kali ni hehehe. selepas tu ade presentaton thermodynamics lak hahaha . best giler !!!!!!! mase org present ana tibai die cukup2 dengan soalan (speaking english kot) habih terkelu hahahah. Ana harap sume maapkan ana yer almaklum sume bengang ana taye soalan maut hahaha. malam tu lak ana bg tazkirah umum . Alhamdulillah Allah mudah kan ana bagi tazkirah ye la ana x hebat mane pon biase je (kalo berdebat leh la) hahaha.

khamis lak, tibe ana ana dpt kol dr no yg x dikenali. angkat je kol. masyallah terharu giler syeikh ustaz pondok tepon ana . wah bahagianya hidup!!!!!!!apalagi bergayut la 30 minit hehehe. luar biase tu org biase selalu bergayut ngan awek baru lame hehehe. dapat la dengan tazkirah ustaz huhuhu. lupe lak ana ade kasi hadiah istimewa kat sahabat ana yang akan kaur negara to futher her study. semoga die belaja kat sane dpt kaitkan dengan kebesaran Allah!!!!!! malam tu lak dapat la buke paose ramai2 muslimin dan muslimat Alhamdulillah.

pada malam tu lak ana join jemaah wat program agama di masjid bukit saga melaka. ipt yg sertai jemaah MICET, ADTEC, Kolej YAyasan Melaka, Kolej Risda. Semoga ukhuwwah fillah abadan abada. PAli tak boleh tahan, for the first time solat jumaat sume senyap. wah hebat. mane tak nye, yg biase habih kene tampor laju-laju hahaha senyap teruih almaklum la kan tak leh cakap mase khutbah tapi tampor bolehkan??? hehehe.

PAda hari ahad pule pelajar foundation FIST datang MICET utk sem 3 wah semoga ade la yang boleh diajak utk wat keje agama n imarahkan surau . Amin!!!!!!!! insyaallah bualan depan dah nak final (3/5) Semoga dapat istiqomah amalan walo sibuk final yer hehehe.

Insyaallah!!!!!

Wednesday, April 13, 2011

Sahabat ana kasihi

Sekadar ingatan...







Menangislah sahabat,

Kerna air mata adalah bicara yang terindah...



Air mata terindah lahir,

Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,

Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,

Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,

Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu...



Dan bilamana dirimu meraih tangan,

Insan bergelar sahabat,

Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,

Butiran mutiara yang sangat indah...



Bilamana tercipta satu pertemuan,

Dan terungkai segala isi hati,

Terungkap sebuah jalinan persahabatan,

Tapi tibanya saat perpisahan,

Detik ini pasti akan terjadi,

Titisan hangat pasti akan menemani diri,

Kerna pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam...



Bertemu dan berpisah kerana Allah,

Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,

Pergimu menyebarkan wangian jannah,

Moga dunia ini akan berbau haruman syurga...



Tetapi sedarlah sahabat,

Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,

Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu,

Itulah air mata yang paling bernilai,

Ia bisa menjadi perisai untukmu...

Sunday, April 10, 2011

Kaki ke muke lagi bersih????

Ulama Dan Pramugari
Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Baca seterusnya…

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..