Saturday, September 15, 2012


Salam perjuangan buat sahabat sekalian. Apa khabar diri kalian? Apa khabar iman kalian?

Semoga sentiasa dalam jagaan kedua-duanya. Kalian sudah makan? Minum? Pose enam camne?? hihihi Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah atas segala rezeki yang dikurniakanNya kepada kita.

Kali ini, jom bersama-sama ana  jalankan satu eksperimen sambil mendekatkan diri kepada Allah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah gelas kaca, air masak, kicap, dan sehelai wang kertas.

Langkah 1:

Tuangkan air masak ke dalam gelas kaca sehingga lebih daripada separuh.

Langkah 2:

Ambil wang kertas dan lihat siri nombornya menerusi gelas berisi air tadi.

Caranya ialah dengan meletakkan wang kertas di bahagian belakang gelas, dan lihat menerusi gelas berisi air dari bahagian hadapan.

Langkah 3:
Sekiranya anda dapat melihat siri nombor wang kertas tersebut, catatkannya dan semak semula.

Langkah 4:

Fikirkan beberapa perbuatan dosa tidak kira dosa kecil atau pun dosa besar yang kerap atau pernah anda lakukan.

Langkah 5:

Sebutkan perbuatan dosa tersebut sambil titiskan kicap ke dalam gelas berisi air tadi.

Untuk setiap dosa kecil, titiskan kicap sekali sahaja, manakala untuk setiap dosa besar, titiskan sebanyak tiga kali. Untuk dosa kecil yang anda lakukan berulang kali, titiskan kicap sebanyak tiga kali sahaja.

Langkah 6:

Ulang langkah 2 dan 3 dengan menggunakan air yang telah dititiskan kicap tadi.

Bagi memastikan saudara saudari menjalankan eksperimen ini di rumah, keputusan eksperimen tidak akan disertakan di sini, tetapi saudara saudari sekalian perlu menyatakan keputusan eksperimen yang saudara saudari buat di bahagian komen untuk dikongsi bersama.

Selain keputusan, saudara saudari juga boleh nyatakan jenis-jenis dosa yang biasa kita buat serta nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada eksperimen tersebut.

Selamat mencuba! Lets do it!


Monday, September 10, 2012

Jemaah yang ku sayangi

Bismillah. Alhamdulillah kembali lagi ana dalam arena penulisan. hihihi. Walaupun dah 4 minggu ana tengah kepeningan wat Bioplant Design yang macam nak giler diri ni. hahaha. x pe la. duniawi je pon huhuhu

Namun persoalan adakah diri ini masih lagi lalai dalam menyediakan diri ini untuk ukhrawi. Ana akui iman ana skunk tengah sangat kritikal. Al Maklum la tgh pening giler wat subjek kiler ni. ter tanya diri ni. nape la ana amik kejuteraan kimia. Positive Yahya !!!! Caiyok3.

Alhamdulilah walaupun pening, namun ana cube rileks dulu diri ini dengan luangkan masa bagi pengisian untuk group Study Islam (GSI) bertajuk ketiga Islam Addin, Syariah dan Ibadah. bagi ana ini lah masa untuk tyazkirah wat diri ini. Moga ukhuwwah fillah abadan abda.

antara LDK yg ana cube bawak

Selain tu baru-baru ni, ana bersama sahabat jemaah ana wat program Darussyifa. dapat a wat pendiding diri ini gak huhuu

Jemputan ustaz dari Darussyifa

Walaupun ana sibuk, namun ana merasakan bie dapat bekerjasama bersama sahabat2 berjemaah muslimin mahupun muslimat, ana harap kite tetap mendapat mardhotillah. itu yg ana harapkan dan ana sangat puas hati jiddan huhuhu :)

Bersama Jemaah Islamiah huhu :D



Thursday, August 16, 2012

Club Day

Bismillahhirrahmanirrahim.

Alhamdulillah setelah sekian lama ana menyepi, akhirnya ana kembali dalam menukilkan blog ana yg x sebeapa ini. "Kesibukan" yang melanda diri ini menyebabkan ana tidak dapat meluangkan amsa utk ruang blog hidupterpuji ini. Insyaallah sedikit perkongsian bersama sahabat-sahabat sekalian.

Baru-baru ni ana sgt berbangga dengan team ana walaupuun kami hanya dapat menang tempat ketiga dalam president's cup namun kami menang 1st mase club day baru2 ni. kelab kami menang dengan kriteria yg telah ditetapkan iaitu kreatif, cantik dan menarik. Debate club mengalah semua kelab yga de kat MICET. Thumbs up wat sume sahabat2 sekalian huhuhu.

ana bersama Syeze

Azlan sempat lagi bace buke agama tu :P

meja booth kami

Ana dan wannor hanisah tayang kretifan kami

Binatang kesukaan kami

Buddies bag percuma kalo daftar as debate club member

mempromote club kami :D

Semoga ukhuwwah kite semua tetap kukuh dalam usrah debate club ni yer huhuhuhu

Thursday, May 31, 2012

Umrah ku pada kali ini

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah masih lagi memanjangkan masa untuk bertaubat kepadaNya. Namun persoalan untuk diri ini, adakah diri ini menggunakan masa yang alllah berikan ini untuk bertaubat atas segala dosa yang lalai? hhhmmm :(

Firman Allah, " wamakaru wamakarallah. wallahu khoirul makirin." Kite merancang Allah merancang, Namun Allah lah sebaik-baik perancang. Insyaallah minggu depan ana bersama abi akan ke Mekkah untuk menunaikan umrah. Rindu sangat kat mekka kali terakhir pi sana tahun 2ooo. Harap dapat mardhotillah segala amalan di dunia ini insyaallah. Semoga Allah pilih ana sebagai tetamuNya kali ini. Aminnnn.



"If you fail to plan, you plan to fail", begitulah kata2 pepatah Inggeris yang menitik beratkan kepentingan dalam merangcang sesuatu.  Perancangan terhadap ibadah umrah adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran ibadah tersebut agar setiap masa terisi dengan aktiviti-aktiviti yg bermanfaat. Selain daripada perancangan ibadah umrah, perancangan untuk beriadah atau berehat perlu juga dilakukan bg memastikan keperluan dan kesihatan fizikal terjaga sepanjang perjalanan ibadah umrah supaya kosentrasi terhadap ibadah2 fardu dan sunat dapat dijaga semaksimum mungkin. Semoga segala berjalan lancar insyaallah :D


Tuesday, May 29, 2012

Debate Camp 2o12


                Bismillah dengan nama Allah ini memulakan warkah hidup diri ini. Dengan sifat rahman Allah, Allah tetap dalam memberikan pelbagai nikmat kepada kita semua. Tidak kiralah seseorang individu itu beriman mahupun yang kufur kepada Nya. Begitu hebatnya Allah!!!! Allahuakbar!!!!

Teringat seorang sahabat ana berkata kemurahan Allah melebihi kemurkaan Allah. Bayangkan jika seorang hamba melanggar perintah tuannya, maka apa yang akan dilakukan oleh tuan hamba tersebut? Pasti dan pasti akan dihukum hamba ter sebut dengan sekeras-kerasnya. Namun sifat rahman Allah mengatasi sifat murka Allah. Tetap diberikan peluang untuk kite merasai nikmatnya dan mase untuk bertaubat. Masyaallah.

Alhamadulillah pada minggu lepas, ana serta other debater telah mengadakan debate camp di tempat kami. Semua kampus telah menghantar debater masing-masing k edebate camp kami. PAda hari pertama, ketibaan  peserta. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan untuk menambah keyakinan when delivering speech. Pada keesokan hari sehingga lah habis debate camp bersama Asia best debater, Brother Latiff from IIUM.

Banyak ana belajar daripada kem ni. Walaupun kami dibebani dengan harapan untuk menjulang President’s Cup pabila kami menjadi host. Tambahan pula kami telah dapat pi final tahun lepas. Jadi Miss Yat harap tahun ni kami dapat menjulang piala pusingan tersebut insyaallah. Namun bagi ana inilah lah dakwah kebanyakkan dalam debate club adalah orang bukan islam daripada kaum india. Inilah cara kite nak bergaul dengan non muslim dan dapatkan biah English. Insyaallaha de hikmahnya. 

Brother Latiff

Build Self-Confidence

Debate Friendly

Sweet Memories

Saturday, May 19, 2012

Final Exam Habis...Debate Mood coming :D


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dengan nikmat yang Allah berikan kepada kite semua,sama ada kita sedar atau pun tidak. Dalam hadith ade menyatakan sabda Rasulullah bahawa terdapat dua nikmat yang manusia sering terlupa iaitu nikmat masa lapang dan masa sihat.

Alhamdlillah sekali lagi dipanjatkan ke hadrat ilahi, ana serta sahabat seperjuangan ana dapat  menjalani dengan jayanya Final Exam selama dua minggu. Syukur Allah permudahkan urusan ana dalam menjawab soalan dalam final exam walaupun ada asatu paper yang merunsingkan diri ini iaitu subjek Properties of Biological Engineering Material. Tak terkata bile dalam menjawab paper tersebut. Ini je satu paper yang kami tak keluar awal dan tunggu sehingga habis masa paper tersebut. Insyaalalh Allah sentiase memberikan yang baik untuk hambaNya.

Jadual Final exam tinggal kenangan huhuhu

                Selepas mengharungi dua minggu final exam, debate club mengadakan suatu kursus debate camp yang di jalankan pada 18-21 Mei 2o12. Tetamu dijemput daripada IIUM, iaitu brother Latiff. Die merupakan salah seorang debater terbaik di Benua Asia ini. I hope that I can learn more from him to improve my debate skills.

Debate Camp with other UniKL campus

          Semoga hidup diri serta sahabat sahabat sekalian sentiase berada dalam naungan Allah dan diberikan taufiq hidayah dalam hidup ini hingga ke syurga hakiki insyaallah.
Waallahuaalam.

Sunday, May 6, 2012

Imanukum?


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian? Kaifahalukum? Kaifa imanukum?Imanukum yazid au yanqus?  Ayat ini masih terngiang-ngiang dalam diri. Ayat ini membuatkan ana terkenang mase zaman ana kat skol ana dulu. Ayat ini merupakan ayat trade mark bagi Presiden BADAR ana dulu masa ana form 5.

                Sudah menjadi trand kat skol dulu, form 4 wajib untuk menghadiri tazkirah yang diadakan di surau Saidina Ali. Selalunya tazkirah diadakan selepas setiap waktu solat fardhu. Masa form 4, setiap pelajar form 4 diwajibkan untuk memberi tazkirah. Alamak serius ana memang  mase tu dah gelabah kot. Ye la serius ana mane reti cakap kat depan.

                Lambat laun kena la pulak giliran ana. Hahaha bila ada kat depan duduk atas kerusi, menggeletar satu badan ana. Boleh dikatakan at least setiap tiga minggu, pasti akan kene. Ye la lepas subuh zohor asar maghrib isya serta liqa’ al-Mulk serta tazkirah berantai yg membuatkan pasti dan pasti kene juga wajib berkata-kata.



                Benar itu lah saat yang ana rindukan. Bile ana ditarbiah begitu, ana berasa kesan yang positif untuk jangka panjang. Ana dari seorang pendiam ana transform jadi seorang yang boleh la skit berkata-kata. Skunk ana masih tak percaya ana aktif dalam berpidato di hadapan orang serta berdebate plak tu. Ramai berkata ana petah berkata-kata. Hhhm itu la hasilnya kot? Itu lah ana yakin tarbiayah diri perlukan paksaan dan biah yg sesuai.

                Namun, ana sedikit kecewa dengan sahabat seperjuangan batch ana. Bile dah masuk form 5, kebanyakkan tidak emrasakan turun utk tazkirah tidak dirasakan suatu kemestian untuk diri. Hasilnya?? Ana boleh lihat sekarang melalui FB terutama di 53rd group. Dulu berapi bagi tazkirah almaklum nak dapat jawatan pengawas dan BADAR skol kan. Kat skol ana berbeza daripada skol lain. Kat skol pengawas dan BADAR dipilih senior . jadi mula bodek2. Hahaa. Tak kisah la benda tu duniawi je pon. Ana tak pegang papepon jawatan mase form sebab tak reti bodek hahaha.

                Namun ana paling suke kalo dapat berada bersama keluarga ana. Ayah ana pasti enforce kami adik beradik untuk jaga amalan terutama solat malam berjemaah. Itu yang ana paling suke. Ana lagi suke suasana kat family ana berbanding kat skol uiversiti. Kat umah ana lah ana boleh rechange iman ana terutama dalam menghadapi ujian di university ini. Ingat kite yang ubah suasana bukan suasana yg ubah kita tau?  Insyaallah beruntung ana hihihi. Rase malas nak balik university ni.




                Insyaallah selasa ni ana mula final exam. Ana wish yg terbaik buat sahbaat seperjuangan insyallah Allah tolong.  Jangan disebabkan kite final exam, kite sudah tidak menjaga amalan kite pulak yer. Ganbatte!!!!!!!!!! :D