Friday, August 20, 2010

Hikayat Mereng Maha 503 (kenangan di KISAS)

Alkisah, maka tersebutlah kisah di sebuah negara bernama Kerajaan 503 atau nama saintifiknya 5 Sains 3. Maka berdirinya resah lagi gundah gulana Permaisuri Agong Tunggal Maharani AUMI MAKHMUDA sementelah menerima panggilan untuk ke negara Pasir Berdengung. Lalu bertitahlah Raja Permaisuri Agong kepada putera sulungnya, Raja Muda HAZMAN HADI bersama zaujahnya, Permaisuri Kecil NUR FARIHAH supaya menjaga negara. Maka berangkatlah apa-apa yang boleh diangkat. Hatta, bergemalah paluan percussion daripada pemuzik istana iaitu, HARSYAFIQ RAZAZWAN atau…Wak Wawan…mengiringi keberangkatan Permaisuri Agong.
Di suatu pagi yang hening, di dalam Perpustakaan Diraja, kelihatan para ilmuwan negara yang diketuai oleh Yang Bijaksana, NUR AISYAH yang turut sama dibantu oleh dua lagi ilmuwan agong, Yang Pintar NUR ASYURAH dan ISMA NABILA (maklumlah tinggi…senang sikit nak capai buku). Sedang khusyuk menjalankan satu kajian, tiba-tiba ketika sedang leka mencapai buku, terlihat oleh Asyurah dan Isma segerombolan tentera bergajah, berkuda dan berunta dari arah timur laut istana. Isma mula bingung, terbelalaklah matanya di samping Aisyah yang sedang terlompat-lompat dan tertanya-tanya apa yang sedang mereka saksikan. Maka gamatlah istana dengan jeritan mereka bertiga.Lalu bertitahlah raja muda yang baharu saja ditabalkan Raja Muda Hazman Hadi kepada orang kuat gagah perkasa istana, HANG TOUGH(FIRDAUS ZAIN) dan HANG G-MAN(ZUHILMAN) agar bersiap sedia dengan bala tentera bagi menghadapi peperangan. Lalu bercadanglah Permaisuri Kecil Nur Farihah agar mendapatkan bantuan dari kerajaan jiran. Maka dihantarlah burung-burung gagak utusan istana yang menerima arahan daripada HULUBALANG RIFHANNISA(arkkk…bahasa diorang la katakan..)membawa perkhabaran. Tidak lama menunggu, kelihatan tentera berpakaian serba hitam dari Kerajaan Atas Air dengan diketuai oleh WIRAWATI SAADIAH. Tentera mereka lengkap dengan alatan perang utama mereka iaitu gayong di samping tombak(almaklumlah silat gayong…). Kelihatan juga tentera yang serba putih ber ‘belt’ pimpinan PANGLIMA YAHYA dari kerajaan Taewando, Korea yang bekerjasama dengan WIRAWATI ZULAIHA dari Kerajaan Karate wilayah Goshin-Ryu. Hatta, bersiap-siaplah semua bala tentera menghadap pertempuran.Hatta juga, terkocoh-kocohlah setiausaha diraja, BENDAHARA SYAZWANA mencari ‘fail kerajaannya’(mengikut panggilan Hang Tough la..) yang terkandung di dalamnya taktik Perang Gerila. Namun berbeza pula bahasanya. Lalu diserulah Ahli Dewan Bahasa Istana, BENDAHARA LOKMAN yang terkenal dengan sikapnya yang suka membangkang orang dan BENDAHARA ASROY(bahasa ganu..) agar dapat membantu Bendahara Syazwana menterjemahkan bahasa itu agar diperoleh juga taktik gerila tersebut. Di bahagian lain pula, kelihatan cemas Tabib Diraja, TABIB FIRDAUS MAZANI menyediakan ubat-ubatan sebagai persediaan bagi tentera yang mungkin tercedera. Cemas kerana kurangnya ramuan untuk membuat ubat-ubatan. Lalu, diminta pertolongan daripada PUTERA TENGAH AMIRRUL IQRAM dan PUTERI ATIQAH untuk mencari ramuan di hutan belantara sementara masa masih ada(diorang ni pandai Biologi). Kedua-dua putera dan puteri ini ialah adindanya Raja Muda Hazman Hadi. Maka selesailah satu perkara. Namun…timbul lagi satu perkara. PUTERA ABDULLAH ASYRAF dan PUTERI KAHIRUNNABILAH masih terpinga-pinga dan masih ‘blur’ tentang apa yang sedang berlaku. Mereka berdualah yang masih khayal dalam dunia imginasi yang diciptanya sendiri. Maka bagi PUTERI SYARAFINA pula penat menceritakan dan menyedarkan mereka apa yang sedang berlaku lengkap dengan pakaian seragamnya yang bercampur warna pink dan putih(hehe..dia kan Puteri Islam). Diterang-terang, dicakap-cakap tidak juga dimengerti.Arakian, bergema lagi paluan percussion agar berkumpul seisi istana di Balairung Seri dititahkan oleh Raja Muda agar bertenang dan tenteram.Seterusnya dipanggil Imam Istana IMAM ATIQURRAHMAN untuk melaungkan azan dan mengetuai bacaan doa.Senyaplah seisi istana menghayati bacaan doa memohon kekuatan.Seterusya pula ditampilkan mufti istana,MUFTI HAKIMIN bagi menjelaskan pada rakyat jelata tentang hukumnya peperangan.Maka keluarlah segala istilah sadduz zarai’,istishab, dan istila hukum syarak yang lain.Diterangkan juga perkara yang patut dan tidak patut sewaktu peperangan.Maka dibunyikan semboyan menuju medan peperangan.Lalu diiringilah Raja Muda oleh barisan hulubalang trafik istana, HULUBALANG HUSNA,HULUBALANG SABRINA dan HULUBALANG HAMIZAH.Disebabkan kemahiran mereka dalam bidang ini maka terpilihlah mereka untuk mengetuai perjalanan yang berliku-liku ke medan peprangan.Di bahagian pengawasan pula berdirinya dua orang Temenggung yang sedang termenung lengkap berpakaian biru.Dengan lagaknya TEMENGGUNG ARIF dan TEMENGGUNG AKMAL berkawal setelah dititahkan supaya memastikan semua perancangan berjalan lancar dan memastikan tiada siapa yang menyalahi undang-undang(almaklumlah KP….)Maka bermulalah peperangan dan akhirnya jeng….jeng….jeng….kemenangan berpihak kepada Kerajaan 503 juga seperti dalam firasat Ahli Nujum Negara hendaknya.(secara logiknya pun inikan cerita kitorang,mestilah kitorang yang menang he…hee…)* * * * * * * * * * * * *Tiba-tiba kedengaran suara yang tidak asing lagi…. “Class are you with me?” Semua pelajat 503 tersedar dari lamunan.Rupa-rupanya mereka mengelamun mimpi yang sama (ukhuwah mantaplah katakan……)Jadi sekian sahajalah dari kami pelajar 503 menyampaikan cerita.Harap maaf atas segala kesilapan bahasa atau apa-apalah.(idea bersama..lama da aku simpan..bile bce blik,,rndu korang!! huhu~)

No comments:

Post a Comment