Monday, December 26, 2011

Hujung Tahun 2o11

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Terhidar Allah daripada sifat yang cacat cela.

Pada cuti di bulan Disember ni terlalu banyak aktiviti dan program yang ana serta sahabat2 ana handle. Al- Maklum la nak isi mase yang diberikan Allah dengan benda yang bermanfaat. Tak kisah la program tu kat MAntin ke kat Kota BHaru ke kat Bukit Jenun, Pendang ke. Papepon ana sangat rindu kat korang sume n best bersama-sama korang. rindu sangat2 time kite bersama hihihi.

PAda bulan ini juga ana ingin mengucapkan tahniah wat dua pupu ana merangkap lecturer ana di MICET, Miss Ilhamiyah Yahya ooopppsss Madam Ilhamiyah Yahya yang melangsungkan perkahwinan di Pulau Sebang semoga mendapat barakah serta keredhaan Allah. sori la Madam lambat datang sebab jalan sesak la nak pi sana. Jam 3.30 petang baru sampai ke destinasi.



TIdak dilupakan juga wat ana buah ana (p/s: mak cik ana punye cucu) yang juge baru melangsungkan perkahwinan baru2 ni. Siap Mufti Nogori Sembilan datang tu. Nak dapatkan barakah punye pasal katakan.

Tak dilupakan gosip yang melanda wat sahbat sebatch ana di KISAS, Ali yang abru je melangsungkan perkahwinan dengan junior setahun KISAS juga. Wah tak sangka gosip nta tu betui2 terjadi. hahaha ni yang wat ana jelez tau hihihi. Papepon semoga berbahagia. Teringat kat UStazah ana dulu ape susah, kawen je ngan sesama KISASian kan senang.


Tak dilupakan pada saat ni tarikh 27/12 2o11 merupakan ulang tahun kelahiran sahbaat baik ana yang berada di Jordan. Semoga hapi selalu serta istiqomah dalam beramal. ni la sahabat sejati ana sejak sekolah rendah hinggalah ke Maahad HAmidiah Kajang form . Ukhuwwah fillah abadan abada :D Opppsss terlupa lak esok lak 28 Disember 2o11 adelah hari sahabat ana Nadzirah Ahmad. Semoga happy selalu. Ana panggil die aNA. Ntah la tak tahu la camna ana leh panggil aNA. huhuhuhu

Wednesday, December 14, 2011

Apakah kesan seruan azan kepada diri ku ini ???

Dengan lafaz basmallah daku mulakan warkah ini. Daku memohon kepada Ilahi agar setiap perkongsianku ini menjadi peringatan kepada diri ku ini serta sahbat-sahabatku yang lain. Daku hanya ingin tiru sikit-sikit sahaja sifat nabi iaitu tabligh. Siapalah daku ingin kedukut unutk berkongsi ilmu sedangkan semua ini milik Allah tiada satupun milikku.

Setiap hari kita mendengar lima kali seruan azan daripada masjid tetapi adakah kita mengetahui tentang sejarahnya. Tahukah kita dari mana asalnya perkataan yang diucapkan semasa azan dilaungkan?

Jika tidak, sama-samalah kita baca dan hayati sejarah seruan azan.


Azan mula disyariatkan di Madinah tahun pertama hijrah. Asal-usul azan terkandung dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Umar r.a. dengan katanya yang bermaksud:

"Semasa sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat dan tidak ada seorang pun yang menyeru untuk solat. Pada suatu hari mereka berbincang tentang hal itu. Berkata sebahagian daripada sahabat: 'Ambillah naqush (loceng) seperti naqush orang Nasrani (Kristian).' Berkata sebahagian yang lain pula: '(ambillah) trompet seperti trompet orang Yahudi."

Lalu berkata Umar:
"Tidakkah kamu boleh melantik seorang lelaki untuk menyeru kepada sembahyang?"
Bersabda Rasulullah S.A.W:
"Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk solat."
Hasil perbincangan tersebut terdapat beberapa cadangan seperti membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang Nasrani, meniup trompet seperti penganut agama Yahudi, mengibarkan bendera sebagai tanda masuk waktu solat atau menyalakan api diatas bukit di mana orang yang melihat api akan hadir ke masjid untuk solat berjemaah.

Namun semua usul itu ditolak oleh Rasulullah S.A.W. Kemudian Umar al-Khattab mencadangkan supaya diteriakkan kuat-kuat.

"Telah datang waktu solat."
Cadangan Umar ini diterima oleh Baginda S.A.W tetapi dengan sedikit modifikasi kepada"Assolatu jami'ah" yang bermaksud "Marilah solat berjemaah."
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Zaid r.a, beliau bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki.

Abdullah: "Wahai hamba Allah S.W.T, adakah kamu jual naqush itu?"

Pembawa loceng: "Apa yang engkau buat dengannya?"

Abdullah: "Dengan naqush itu, kami menyeru kepada solat."

Pembawa loceng: "Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu?"

Abdullah: "Ya."

Pembawa loceng: "Kumandangkanlah Allahuakbar...(hingga akhir azan)."

Keesokannya, Abdullah bin Zaid menceritakan kepada Rasulullah S.A.W mengenai mimpinya. Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya mimpi itu benar insya-Allah. Berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan kepadanya apa yang engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau."

Kemudian Abdullah bin Zaid berdiri bersama Bilal lalu mengajarkannya lafaz azan tersebut.
Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar bin al-Khattab berkata:

"Demi yang telah mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah S.A.W, sesungguhnya aku bermimpi seperti mana yang dimimpikan olehnya (Abdullah bin Zaid)."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Segala puji bagi Allah S.W.T."
Walaupun azan disyariatkan hasil mimpi Abdullah bin Zaid yang kebetulan sama dengan mimpi Umar al-Khattab, azan bukanlah ciptaan atau cadangan manusia. Sebaliknya ia diperkuatkan lagi dengan wahyu.

Al-Bazzar berkata:
"Nabi Muhammad S.A.W telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya diatas langit yang ketujuh ketika berlakunya Israk Mikraj. Kemudian malaikat Jibril mendatanginya, lalu Baginda S.A.W menjadi Imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s, Allah S.W.T menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi."

Akhir kalam, semoga dengan pembacaan sejarah azan ini dapat menyedarkan kita betapa tingginya darjat azan kerana di akhir zaman ini rata-rata umat Islam lansung tidak menghormati seruan azan ini malah menganggap azan itu sebagai bunyi cengkerik di tengah malam.

Tidak malukah kita sebagai hamba Allah S.W.T dapat menghormati lagu Negaraku dengan berdiri sebagai menghormatinya tetapi seruan azan langsung tidak dijawab dan dipedulikan walaupun seruan itu dikumandangkan di langit ketujuh. Semoga diri ini dapat beramal dan sama-sama lah kite sampaikan kepada sahabat-sahabat kite yang lain. Waallahuaalam.

Monday, December 5, 2011

Kenangan daku di KSP :D

Dengan nama Allah daku mulakan warakah ini. Tanpa keizinan Allah mana mungkin daku dapat mengarang warkah ni. Tanpa kekuatan yang dipinjamkan oleh Allah kepada daku mana mungkin daku dapat melakukan amalan yang baik mahupun buruk. Namun berapa kali daku sering kali mendustakan nikmat yang sering diberikan dengan gagal metaati perintah Ilahi. Moga semua umat NAbi Muhammad termasuk diriku sentiasa berada dalam rahmat serta keredhaan Ilahi.

Setelah bersama sahabat2 kendalikan program remaja bawah naungan Khalifah Institute di BAngi, daku diminta jadi fasilitator Kem Smart Success di PLKN Kem Seri Perkasa, MAntin . Masyaallah tak daku sangka berpeluang kembali dating ke kem ni setelah bertahun lamanye. Banyak Kenangan yang terpahat dalam minda ini mengenai KSP. ANtara entah bagaiman tiba2 mase pagi Maal Hijrah selepas Subuh ana tiba2 nak ke depan bagi tazkirah ringkas.

Kashmini……nama yang sangat unik. Diriku kebingungan seketika bile teringat KSP mesti nama yang pertama Kashmini menjelma. Kehebatan serta keazaman yang tinggi membuatkan diri ini malu semasa berada di KSP. Beliau adalah seorang muslimat yang mualaf baru masuk islam ketika di KSP. Ana begitu kagum dengan kesungguhannye dalam melakukan ibadah sbeagai seorang muslim.

aktivviti riadah semalam menyanyikan lagu BILA DIRI DISAYANGI
teringat lagu ni pada cikgu Jely yang selalu dendangkan mase PLKN dulu

Satu hari daku dalam perjalanan pi ke surau untuk siap2 solat subuh. Tiba2 daku lihat ade muslimat dalam perjalanan ke surau juge. Daku amati lembaga itu dan daku terkejut Kashmini rupenye. Daku melihat jam lagi sepuluh minit lagi baru masuk waktu subuh. Masyaallah begitu komited sekali beliau dengan agama Islam datang awal ke surau pada waktu SUBUH!!!!! Nak dibandingkan malu diri ini yang main-main dalam menjalankan ibadah kepada Ilahi. Tambahan pula ade muslimat yang katekan beliau tolong kejutkan subuh kat bahagian Muslimat.

Setelah habis kem, daku, ustazah, cikgu jely dan sahabat daku Arif Jusril pi melawat KAsmini. Daku terkesima bile sampai rumah beliau. Macam tak percaya ape yang diriku melihat dnegan mata kepala ini. Rumahnye di corner lot perumahan. Di kawasan halaman ade suatu kuil mini yang dibina. Semasa menziarahi beliau, keluarga Nampak tak berapa suke dengan kunjungan kami. Mungkin sangkaan daku salah. Aduan KAshmini beliau susah nak solat lima waktu sebab halangan daripada keluarga beliau. Beliau rindukan PLKN sebab beliau leh solat fardhu berjemaah berbanding kat umah. Beliau dilarang peluk agama Islam dan dilarang sambung belajar sebab takut “terjebak” masuk agama Islam.

Daku serta cikgu pernah adukan kat Persatuan Kebajikan Islam namun tidak diendahkan malahan terlampau banyak sangat prosedur yang menyukarkan serta membebankan. Pelik diri ini kenapa masuk Islam susah sangat berbanding agama Kristian yang begitu senang je tanpa perlu prosedur malah terus disediakan wang saguhati. Sehingga hari ini daku lost contact dengan beliau. Daku hanya mampu berdoa semoga Beliau dan semua umat Islam termasuk diri ini dapat kekal dalam Islam.


Pada hari ini umat Islam tak merasai kesusahan sebagai Muslim malahan amik enteng mengenai Islam. Disebabkan itu diri ini terutamanya tidak melasai halwatul Iman yakni kemanisan Iman dalam mentaati perintahNye. Daku ingin meneruskan warkah ini juge untuk menceritakan tentang seorang lagi sahabat daripada agama Buddha yang berminat tentang Islam. Mungkin Ceritanye ana bawa masa MAulidur Rasul bagaiman ia bermula pada saat Maulidur Rasul Disambut di KSP. Semoga diri ini dapat mengambil ibrah daripada lipatan sejarah hidup di KSP ini. Waallahuaalam. :D

Sunday, December 4, 2011

Puasa Sunat Assyura 9 dan 10 Muharram.....^_^

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))




كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))


عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ

“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)


اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ، وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal solat selepas solat fardu ialah solat malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))


سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

“Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)


MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ

“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:


لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
''Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.”
(HR. Muslim)

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata,

“Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa padanya, mereka menyampaikan, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Nashrani.’ Lalu beliau SAW bersabda, ‘Kalau begitu, pada tahun depan insya Allah kita berpuasa pada hari kesembilan’. Dan belum tiba tahun yang akan datang, namun Nabi SAW sudah wafat.” (HR. Muslim)

Berkata Imam al-Syafi’i dan para sahabatnya,

“Disunnahkan berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh secara keseluruhan, kerana Nabi SAW telah berpuasa pada hari ke sepuluh dan berniat puasa pada hari kesembilan.”

Hikmah Berpuasa Pada Hari Tasu’a

Imam al-Nawawi rahimahullaah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya shiyam hari Tasu’a:
Pertama, maksud disyariatkan puasa Tasu’a untuk menyelesihi orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.
Kedua, maksudnya adalah untuk menyambung puasa hari ‘Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jum’at saja. Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.
Ketiga, untuk kehati-hatian dalam pelaksanaan puasa ‘Asyura, dikhawatirkan hilal berkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan hitungan, hari ke Sembilan dalam penanggalan sebenarnya sudah hari kesepuluh.




Sebagai kesimpulannya, adalah disunnahkan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 di bulan Muharam.
^_^

Thursday, December 1, 2011

Kenangan terindah :D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang. Segala puji Allah yang mentadbir sekalian Alam. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad yang menjadi role model utama kite dalam mengharungi ujian dan cabaran di atas muke bumi ini untuk menggapai mardhotillah insyaallah. Dengan kite berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad insyaallah kite janji Allah akan selawat ke atas kite sebanyak sepuluh kali. Begitu beruntungnye kite sebagai umat nabi Muhammad.


Alhamdulillah baru-baru ni baru je habis final exam week yang mendebarkan. Pada minggu lalu sangat sibuk uruskan sebagai penolong pengarah program kem tautan hari 2. Alhamdulillaha dapat dijalankan dengan lancer denagn izin Allah jua. Tanpa nusrullah sape la ana sebagai penolong pengarah. Banyak aktiviti yang dapat mereleasekan tension selain dapat pengisian rohaniah diri ini huhuhu. Kenangan kem pastu bertakhta di hati ini insyaallah kerna Allah. Untuk tahu lebih lanjut link (kat http://www.iccunikl.blogspot.com/2011/12/kem-tautan-hati-2o11.html)


Pasni sibuk la pulak nak uruskan kursus kawen sem depan. Ni yang berdebar-debar menjadi pengarah program yang besar melibatkan orang luar gak ni. Namun insyaallah ana yakin dengan nusrullah Allah.

Papepon insyaallah sama-sama la kite isi kerohanian kite dengan pengetahuan fardhu ain. Sebelum tu ana nak ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1433H. Maap la kali ni ana x sempat wat artikel pasal Maal Hijrah. Sama sama kite hayati kisah di sebalik Maal Hijrah yang berasaskan hadith pertama Kitab hadith Arbain tentang niat yang berkisar maal Hijrah. Selamat kite beramal dan n beristiqomah hihihi. :D

Monday, November 14, 2011

Berharap Yakin PAda Allah sahaja :D

Sesungguhnya para malaikat dan semua makhluk di bumi mendoakan keampunan dan rahmat buat mereka yg menuntut ilmu...
Tuntutlah ilmu dr buaian hingga liang lahad...
Tuntutlah ilmu hingga ke negara China...
Barangsiapa menanam,dia yg menuai hasil tanamannya...
~Riwayat2 hadis~

~♥ ~♥ ~ ♥ ~ ♥ ~
Sesungguhnya perjuangan itu menuntut pengorbanan..~Attaubah:121~
"Dan bertawakallah kpd ALLAH. Dan cukupla ALLAH sbg Pemelihara"~..
~Al-Ahzab:3~

"Barangsiapa yg bertakwa kpd ALLAH nescaya Dia akan mengadakan bgnya jln keluar. Dan memberinya rezki dr arah yg tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yg bertawakal kpd ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yg dikehendakiNya"
~ATTHALAAQ: 2-3 @ ayat seribu dinar~

^_^ wishing u guys ol da best in imtihan..set our minds to think positively towards ALLAH's blessing n ♥...juz try our very best n then simply leave the result as tawakal to ALLAH..
Ya Rabb, limpahilah kami dgn keyakinan dan keindahan tawakal kpdMu..^_^

Friday, November 4, 2011

Puasa hari Arafah insyaallah

Hari Arafah atau 9 Zulhijjah merupakan di antara hari yang sangat mulia di dalam Islam.Pada hari ini umat islam berpusu-pusu ke Padang Arafah untuk berwuquf.Wuquf merupakan salah satu rukun haji yang perlu dilaksanakan dan jika meninggalkannya maka terbatallah haji.

Umat islam pada hari ini tidak kira warna kulit,kaya,miskin,tua dan muda sama-sama berpakaian serba putih memnuhi Padang Arafah semata-mata untuk melaksanakan rukun haji.Padang Arafah merupakan simbolik atau persediaan kepada umat islam bagaimana suasana pada hari Qiamat di dataran Mahsyar yang penuh dengan ujian menanti keputusan amalan masing-masing.

Pada Hari ini,bagi sesiapa yang tidak menunaikan haji mereka disunatkan untuk berpuasa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

“Puasa pada hari ‘Arafah itu, Allah swt menghapuskan dosa tahun yang lepas dan tahun yang akan datang.” (Muslim:196/1162)

Sewajarnya bagi mereka yang tidak menunaikan haji pada hari tersebut agar tidak melepaskan peluang keemasan yang belum tentu kita akan dapati lagi di tahun hadapan kerana pada hari ini ditawarkan ganjaran yang sangat besar iaitu diampunkan dosa tahun yang lepas dan tahun yang akan datang.




Haji Dan Kelebihannya

Pada bulan ini juga,umat islam berpusu-pusu menuju ke Kota Makkah untuk menunaikan haji.Ibadah Haji merupakan salah satu dari rukun islam yang wajib dilaksanakan bagi mereka yang mampu.Haji merupakan sebaik-baik amalan kebaikkan yang perlu dilaksanakan oleh umat islam kerana ibadah ini memerlukan pengorbanan harta yang banyak dan kesihatan tubuh badan yang sempurna.

Dalam satu hadis Abu Hurairah r.anhu berkata:

“سئل النبي صلى الله عليه وسلم: أيُّ الأعمال أفضل؟ قال: إيمانٌ بالله ورسوله. قيل ثم ماذا؟ قال: جهاد في سبيل الله. قيل: ثم ماذا؟ قال: حج مبرور”

(Rasulullah s.a.w pernah ditanya,Apakah amalan yang paling utama?,lalu Rasulullah s.a.w menjawab:Beriman kepada Allah.Kemudian apakah lagi Ya Rasulullah s.a.w?,Jihad pada jalan Allah,Kemudian apakah lagi Ya Rasulullah s.a.w?,lalu Rasulullah s.a.w menjawab:Haji mabrur).(Muttafaqun A’laihi)

Dan sabda Rasulullah s.a.w lagi:

والحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة

(Haji mabrur itu tiada balasan yang lain kecuali syurga).(Muttafaqun alaihi)

Akhir kata,sama-samalah kita saling mengingati di antar satu sama lain agar kita tidak terlepas dari berpuasa pada hari Arafah yang hanya tinggal beberapa hari lagi.Berdasarkan taqwim Arab Saudi,9 Zulhijjah bersamaan 5.11.2001 iaitu pada hari Sabtu yang akan datang.

Thursday, October 27, 2011

Kanak-kanak Buta

Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”

Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.

Tiba – tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.




Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis? “

Lelaki itu berkata, “Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”

Apa yang dia telah tulis: “Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”

Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?

Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.

Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?

“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]

Saturday, October 22, 2011

Sweet memory Ever in Dean's Cup Debate

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia serta izin Rahmat Allah kite dapat lagi menghirup udara yang penuh segar walaupun sering dicemari dengan asap yang berkepul-kepul di tempat kite.

Alhamdulillah baru2 debate club dapat menjayakan Dean's Cup. Penyertaan adalah terbuka kepada mana2 team yang berminat. Alhamdulilla mendpaat sambutang yang menggalakkan dari beberapa sahabat. Tujuan nye untuk menjadikan Dean's Cup sebagai saingan kompetitif kepada sume debater yang luar mahupun yang dalam

Pasukan ana yang terdiri daripada Helmi Musa, Saras Mahen n ana sendiri telah berusaha untuk menajdikan pasukan kami yang terbaik dalam Dean's Cup ini. Alhamdulillah dengan berkat usaha dan kesunggahan kami, dapat break ke suku akhir.

Pada peringkat suku akhir, kami mendapat tentangan yang sengit daripada opponent kami. Oppenent kami merupakan orang yang agak berpengalaman dalam debate. Namun Alhamdulillah kami dapat juge mengalahkan mereka dalam asuk ke semi final.

KITE MERANCANG ALLAH JUGE MERANCANG, ALLAH ADELAH SEBAIK BAIK PERANCANG.

PAda perlawanan semi final kami dah wat terbaik dan kami dah yakin yang kami akan ke final setelah perlawanan itu. Tapi ye la mungkin ade hikmahnye kami tak dapat pi FInal. Al- Maklum la mase tu ramai yang jangkakan kami akan ke Grand Final.

PAda Khamis yang lepas pula, kami Grand Final telah diadakan. Perlawanan yang sengit sehinggakan tak dapat menjangkakan sapa yang akan menang. Akhirnya pasukan Bioprocess dapat menjulang Dean's Cup. Namun paling ana tak sangka ana diumumkan mendapat title Overall BEst Speaker Dean's Cup. PAsukan kami juge diumumkan dapat tempat ke tiga. Pergh Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah.

dapat hadiah tempat ketiga dan best speaker tu hihihihi. Ana harap ini akan menaikkan semangat ana untuk terus mengajar cita-cita menjadi pendebat Islam seperti Dr. Zakir NAik dan Ahmad Deedat. I hope I can be like one of them in the future for the truth of Islam insyaallah .

Wednesday, October 19, 2011

Dean's Cup

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dengan izin serta kemurahan Allah yang sentiase member I pinjam kudratnye kepada hambaNya dapat lagi kite menikmati nikmat kehidupan, iman juge islam. Tanpa Allah siapalah kite tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmat Allah. Walaupun minggu ni ana sangat sibuk dengan 3 presentation serta 2 test namun allah masih la beri ana kesempatan untuk menaip keyboard ni k hihihii.

Alhamdulillah beberapa hari yang lepas, debate club bersama kelas diploma process sem 2 telah menganjurkan satu pertandingan Dean’s Cup debate competition antara department. Ana bertugas sebagai secretary debate club merangkap setiausaha serta peserta Dean’s Cup mewakili department Biosistem. Wah sibuknye ana mase tu huhuhu.

Pada hari itu, macam biase manusia suke melambatkan mase ( tak punctual tui). Registration kan mule 830 pagi jadi macam biase la manusia dtg lewat. Alasan baru bangun tido ish3. Group team member ana pon same la jugak. Apepon nasib baik korang berdua datang juge akhirnye hihihi



Pada pusing pertama, kumpulan ana dapat lawan dengan process 5. Pada match tersebut sanagt tough jugak la. Motion goven is This house would ban tight jean in MICET. Alhamdulillah kami sebagai government mmg ade masalah pada permulaan sbb Nampak buyers to opposition tapi ana dapat idea kite narrow down motion kat presentation time. Hahaha menggelabah opposition ank lawn kite orang. Ye la kan protocol presentationmesti pakai smart mane leh pakai jean. Jadi kami menang pada perlawanan pertama.

PAda pusingan kedua, kami bertemu dengan process 3 lak. One of prcess 3 member adalah best friend ana mase debate. Namenye Ik Ki kitorang tak leh berpisah team kalo pi mane-mane tournament. Motion given is This house believe that we should decrease fee tuition in university. Pergh susah bangat motion tapi as government , ana dapat idea kene narrow doen kat bdk PTPTN student yang kene bayar interest. Solution yang kami beri adelah bajet 2012 baru2 ni yang ade peruntukan untuk menampung pelajar di Malaysia. Ape lagi susah la opposion nak bangkang samapai kitorang Alhamdulillah dapat kemenangan.



Pada sebelah debaran bermula dan alhamdulilah team ana dapat break ke semi final. Lawan seterusnye bioprocess. Motion this house believe that local media should be transparent. Kami sebagai government lagi narrow down kat newspaper n solution one news paper must have opinion from government n opposition not only from one side. Pergh kitorang dah yakin dah leh menang sebab first speaker n second speaker dah cakap merepek. Namun kitorang kalah jugak mase semi. Miss yat as advisor kate kat ana sebeanrnye kumpulan ana menang tapi sebab nak bagipesrta tu interested masuk debate club miss kate bagi je la menang kat diorang. Arrrggghh frust nyeee. Tak pe la . bagi sudut positivenye kami perlukan orang untuk President’s Cup nanti sbb tahun depan kami jadi host .

Tak pe miss janji ana dapat best speaker Dean’s Cup kali ni kan. Cewah ni yang tak sabar ni nak tunggu malam ni nak amik hadiah weeeeeeeeeee. Saras n Helmi my dear teammates although both of you are first time debate tapi ana takkan dapat best speaker kalo korang x nak join ana tau hihihihi

Saturday, October 15, 2011

Debaran bermula

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dengan izinNye ana dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian dapat menghirup udara Allah yang fresh ini semoga kite sume tergolong dalam kalangan hambeNye yang bersyukur.

Alhamdulillah ana baru2 ni (semalam) join reunion PLKN di Kem Seri Perkasa MAntin, Nogori Sembilan. WAh best bangat!!!!!!!!!! Like….like….like….like….like. hhihihi. Melalui reunion ni ana dapat melepaskan kerinduan ana dapat berjumpe dengan sahbat2 lama ana disampaing dapat berkenlana dengan batch yang lain2. Apepon thanx kat cikgu jelly kerana beri kesempatan dan pemberitahuan kepada ana untuk menyertai reunion ini. Cayaaaannngggg cikgu!!!!


BAru2 ni ana nak kongsi sikit pengalaman bersama dengan seorang penuntut dari Uganda. MAse berjalan-jalan dengan beliau untuk pergi ke surau, kamia de muzakrah sikit la. Beliau berkata bahawa kite sume kate ala asrama ngan surau ni jauh la, amik mase lima minit nak berjalan. Tapi bile difikirkan laaaaaaaa pi jogging n nak piom dewan main badminton yang lagi jauh dari asrama tu boleh lak pi yer? Amik mase lagi lame tu. Camtu la alasan orang nak mengelat daripada datang ke rumah Allah. Ape nak ajdi dah dengan umat Muhamamd skunk? Ana harap diri ini serta sahabat2 sekalian dapat hidayah sentiase dalam istiqomah beramal kepda Allah Insyaallah.



Insyaalalh pada esok hari ana akan participate debate competition Dean’s Cup. Ana bersama Helmi Musa dan SAraswathy akan berjuang dalam mencube nasib untuk melakukan yang terbaik. PAda edisi yang lepas, pasukan ana cume dapat tempat kelima secara keseluruhan. Ana harap dengan kekuatan yang ade dalam pasukan ana yang begitu dynamic ni akan menmpah sejarah m anis dalam hidup ana ni insyaallah :D

Monday, October 3, 2011

Misscommucation??

Alhamdulillah dalam kesibukan ana belajar dan mejalankan beberapa program yang akan datang Allah masih lagi beri peluang kepada ana untuk menulis blog ni dalam berkongsi beberapa ilmu yang x sebearapa ni dengan sahabat sekali.

Sudah menjadi kebiasaan setiap persatuan dan organisasi akan ade je perselisihan paham antara AJK sendiri. Ana tak nafikan ana pon ade masalah juge dalam organjsasi program yang ana handle. Nmaun bagi ana inilah yang dapat mematyangkan diri ana dalam menjalani kehidupan ini.

Seringkali miscommunication? susah untuk berkomunikasi dengan ajk sendiri?? hahaha ana sndiri pon macam tu gak la. MAse post-mortem je mesti ade je yang komen buruk2. Standard la tu. Baru2 ni pon ana ade kate ana x sekepala dalam menjalan kan program hihihihi.

inilah yanga ana peru sedar bahawa pergantungan kite hanya pada Allah sahaja. kan kite selalu bace dalam mathurat bahawa janganlah ya allah nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau kadar sekejap je. Ai dalam doa pon kite selalu sebutkan? jadi nape kite mengeluh bile ade masalah dengan AJK. Mungkin mase tu kite terlalu bergantung kepada manusia dan kudrat kite bukan ngan Allah kan? hihihihi



Ana sangat bermasalah kalo nak komunikasi dengan muslimat Almaklum la dulu kao KISAS mane nak tengok muke muslimat. kat sini kalo x tengok habis muslimat tu marah dnegan ana hihihihi. x pe la ana cube ubah sikit2 tapi ana x ubah cara ana ttotally. Sori kalo cara ana x la baguih sgt tapi cube yang terbaik k. Solution nye ana kene la selalu wat lawak sikit dalam meeting tapi ade batasnye. Ajk ana kate ana garang sangat la hahaha. ana x penah rase marah korang k. ana rase inilah caranye nak wat korang selesa keje ngan ana. Tapi sori la kalo ade muslimat susah nak wat lawak k tapi ana try la skit yer hihihihi

Ana harap dengan perkongsian sikit ini dapat memberi manfaat kepada diri in dan sahbat sekalian yang bagi nasihat kat ana (Nadzirah Ahmad, Nadhirah hussien, Ihsan toantowee) weeeeeee love korang sebba bagi nasihat kat ana .

Monday, September 26, 2011

Aman Palestin anjuran Islamic Civilization Club :D

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dengan hanya kekuatan yang kite pinjam daripada Allah sahaja yang dapat membolehkan kite terus memikul beban dakwah yang Alla pikul. Terpulang kepada kite sama ada untuk menggunakan kekuatan itu ke arah kebaikan atau sebaliknya. Nauzubillah.


barisan AJK :D

Alhamdulillah ana panjatkan ke syukuran ke hadrat Alalh juge kerana program Aman Palestin baru-baru ni dapat berjalan dengan lancer. Perancangan sejak sem lepas lagi dengan pihak Aman Palestin Bangi mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada student di sini. Bukan senang nak wat. Pelbagai masalah yang berlaku dalam diri ana, AJK ana sendiri serta daripada pihak aman palest menunjukkan bahawa kite ni x sehebat mana dalam melakukan sesusatu serta membuktikan kite lemah dan Allah maha berkuase dalam melakukan sesuatu.

Seorang ulama telah berkata,”Aku suke apabila aku merancang sebaik perancangan namun gagal dalam menjalakan perancanganku kerana aku akan dapat menyedari bahawa Aku ni lemah dan Allah yang maha berkuasa ke atas sume makhluk di atas muke bumi.” Masyaallah ana sebagai Timbalan Pengarah program harapkan permasalah yang berlaku tidak menjadi asbab kite bermasam muke pas ni tapi dapat kite belajar intipati yang Allah nak kasi kat kite tau hhihihihi.

Sebelum hari kejadian Nampak kesungguhan yang AJK program wat dalam menunjukkan mesej kepada para pengunjung nanti sehingga pada sebelum malam kejadian sanggup berjaga kat booth sampai 4 pagi kot. MAsyaallah

PAda pagi hari kejadian pulak, kite sibuk dengan melayan tetamu yang begitu ramai. Wakil PLKN, lecturer and Aman Palestin datang untuk merasmikan. Selepas itu, ana serta beberapa orang sahabat ana mempersembahkan lakonan pentoman mengenai aman palestin. Serius best. Dah lame sangat ana tak berlakon tau.

Selepas persembahan caklempong serta nasyid daripada kelab Kebudayaan.
Pameran berterusan sehinggalah jam 5 petang. Alhamdulillah berjalan lancer. Pada malam hari pula, ade caramah daripada Wakil Aman paletin, Ustaz Miftahuddin bin Kamil. Wakil hebat sungguh die berkata2 dalam menarik perhatian audiences. Best2.

Selepas itu tiba lah waktu ana membuat persembahan nasyid tajuk yang berlagu “Merah Saga”. Alhamdulillah dah lame ana x wat persembahan nasyid. Ana puas hati dapat menghiburkan tetamu sume. (walaupun terlupe lirik la pulak hihihih ).


persembahan nasyid drpd ana n sahabat2 ana

PAstu persembahan sajak daripada Kak Amriza dan Akh hasbullah yang begitu menusuk jiwa.

Selepas tusume VIP sume balik. Dalam postmortem ana dapat feed back positif dan negative namun ade hikmah dan menunjukka kite ni x sempurna. Ana berpesan tugas kite wat program cume berusaha untuk beri hidayah kat mad’u kite tapi Allah yang berhak nak bagi hidayah ke tak. Jangan lah kecewa jike mad’u kite tak berubah kea rah yang lebih baik tapi niatkan wat program untuk islahkan diri kite kea rah yang lebih baik insyaallah.


Ana seronok bekerja sama dengan korang sume. Pegarah program Hanisah Misland tahniah dapat wat program ni dengan jaya nye walaupun kite selalu mis understand tapi ok je. Ana paham nte jaga pergaulan nte. Ni first time nte jadi pengarah insyaallah banyak input dapat :D

Friday, September 16, 2011

Kursus Pengurusan Organisasi Islamic Civilization Club (KPO ICC) :D

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah ana masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk ana menukilkan coretan ana dalam berkongsi sedikit perkongsian dalam blog kalo ni . Pada entry kali ni ana nak kongsi mengenai program yang ana wat. Pasal permasalahan ana yang berlaku yg ana luahkan dalam Facebook ana Alhamdulillah dah selesai n ana akan kongsikan juge. Tapi insyaallah selepas ni kot. hihihi

Beberapa hari yang lepas, ana bersama sahabat ana di barisan Majlis Tertinggi Islamic Civilization Club iaitu akhi Isa, ukhti nana, ukhti fadilla and ukhti amriza telah bersama menganjurkan satu program khas utk AJK ICC .


berdiri dari kiri: ukhti nana, ukhti fadilla, ukti amriza
duduk dari kiri : akhi isa, akhi yahya

Program bagi muslimin bermula pada 11.30 malam. Pada sebelah malam kami berkumpul di surau dan bermuzakarah mengenai adab-adab sebelum tidur. Selepas kami bersama-sama mebaca surah Al-Mulk yang merupakn sunnah Nabi kite sume tau.



Pada keesokkan harinye pula, sume AJK ICC Muslimin dan Muslimat sume berkumpul dan bersama-sama Qiamulail secara berjemaah di surau. Masyaallah first time dapat kumpul hamper sume Ajk qiamualil bersama. Semoga ukhuwwah kite berkekalan kerana Allah. Kan dalam hadtih ade sebut ade tujuh golongan yang dapat naungan Arsy Allah dan salah satunye ialah dua pemuda/i yang bertemu dan berpisah kerana Allah insyaallah ana harapan program ni dalam menjadikan kite salah seorang daripada golongan tersebut.

Program seterusnya adelah program tazkirah berantai. Alhamadulillah sume diwajibkan untuk bagi tazkirah (p/s ; Muslimin je).



Kemudian ana handle program riadah muslimin dan muslimat. Hahaha first time wat riadah kat surau tau. Ye la waktu tu hujan terpkasa la ana wat kat surau. Mule2 wat regangan pastu masuk aktiviti pertama yang dinamakan “Cepat Susun Diri” Arahan round pertama : susun ikut ketinggian, round kedua : ikut umur , dan round terakhir : ikut anak ke berapa? Konklusi : jangan terikut dengan arahan org lain walaupun Nampak sama pastikan faham arahan yang diberikan terutama mase wat program nanti.


AJK Muslimin


AJK Muslimat

Aktiviti yang kedua “tarik tali secara berimaginasi”. Dua pasukan muslimin dan dua pasukan muslimat. Berlawan antara satu sama lain. Konklusinye mase kite wat program dakwah kite akan menghadapi masalah yang tak disangka-sangka. Disebabkan amsalah tu kite asyik bergaduh dalam organisasi tapi kite mesti mesyuarat dan saling bertolak ansur dalam mencapai kata sepakat. Seterusnya sarapan pagi la pulak.
Aktiviti diteruskan lagi jam 8.30 pagi. Modul “taaruf “ dibawa oleh akh isa. Lukis gambar diri sendiri, kewartawanan, dan perkenalkan diri sendiri. AKtiviti ni mengikut lajnah masing-masing (BADAR, ekonomi, logistic, penerbitan dan HELWA). Konklusinye, Kite kenal diri kite sendiri yer. Kite perlu buang ego kite whatever our background was before n we now we are same n work as a team guys. Insyaallah.


Kemudian modul “Filing” daripada ukhti nana. Sebagai S/U ICC memang pakar dalam membuat aktiviti. Beliau menerangkan bagaimana untuk wat proposal dan laporan meeting setiap lajnah. Modul ni agak bosan tapi penting untuk kite membuat sesuatu program .


Aktiviti seterusnye solat dhuha berjemaah di surau and minum pagi bersama. Modul diteruskan lagi dengan misi, visi dan objektif ICC dihandlekan oleh ukhti amriza. Semoga sume sahabat setiap lajnah pahe ape tujuan ICC ditubuhkan di sini insyaallah.

Seterusnya sampai la modul SWOT yang ana nantikan. Modul ni ana yang handle. LDk dalam modul ni ana dapat ilham pada malam nak wat KPO ni. Dalam aktiviti ana suruh bahagiakan kepada ikut lajnah masing. Ana bagi biskut berlaianan jenis untuk mereka selediki kehebatan, kelemahan dan peluang untuk biskut dipasarkan. Selepas tu mereka akan berbahas tentang kehebatan biskut masing-masing. Diberikan dua minit untuk perbentangan dan dipersilakan kepada lajnah untuk wat izin lalulan. Konklusi ana nak wat adelah untuk menunjukkan manusia ni mmg suke nak cari kesalahan orang. Sepatutnya kite saling support dan masing2 ade kehebatan dan kekurangan sendiri. Bukannya cari kesalahan orang tau.

lajnah BADAR

lajnah logistik

lajnah penerbitan

lajnah ekonomi



lajnah helwa

Selepas tu modul “perbicangan aktiviti”. Setiap lajnah akan berbincang antara mereka untuk membincangkan aktiviti yang mereka mahu lakukan pada tahun ni dan tahun hadapan . Aktiviti yang mereka rancangkan akan kami Majlis Tertinggi ICC akan tapis dan pilih yang etrbaik dan sesuai untuk dilakukan.

Alhamdulillah sume modul dapat dijalankan dengan lancer dan semoga sume sahabat AJK ICC dapat amik input dan aplikasi dalam kehidupan dan bersama dalam memperjuangkan Islam insyaallah.

Saturday, September 3, 2011

Suka Duke Hari Raya

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerna diberikan hari untuk merayakan hari kemenangan hakiki umat islam sbenarnya. Namun Pada hari ini umat islam Nampak slaah menegrtikan apa yang diertikan dengan kemenangan yang ingin di sampaikan. Seperti yang kite sedia maklum hari kemenangan adalah bile kite dapat melawan hawa nafsu kite.

Kite sepatunya dapat melawan penjajah kite yang dua itu iaitu syaitan dan nafsu. Bukan senang tau nak lawan diorang penjajah kite ni. Sempena merdeka baru2 ni jom la kite teruskan jihad kite melawan diorang ni tau. Nape plak yer kite perlu jihad kepada nafsu bukan hanya bulan ramadhan je tapi sepanjang tahun? Dah Allah perintah mesti la ade hikmah nye tu kan.

Rasulullah SAW sangat menekankan tentang adanya jihad yang batin, maknawi atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, “Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? ” Baginda berkata, “Peperangan melawan hawa nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi). Tunggu apa lagi jom jihad sahabat2 jgn hanya bulan ramadhan je.

Namun bagi ana raya ni raya kesedihan. Mane tak nye Tuan Guru Hashim ulamak Pondok Pasir Tumboh dah meninggalkan kite pada satu syawal hari tu. Rindu sangat pengajian bersama tuan guru. Huhuhu. Yang kedua plak, mengalami kemalangan la. Sob3 hari raya pertama plak tu. Nak U-turn tapi ade plak moto terlanggar kete. Ni yang wat ana trauma nak bawak kete lagi ni. Nasib baik moto kalo kete x tahu ape jadi. Menurut siasatan polis budak tu bawak laju, mabuk, x de lessen, x renew rotex. Tu la pasal. Mungkin ade hikmah kot :D

Apep pon ni pengalaman suka duka hari pertama raya tahun ni. Kepada sume sahabat selamat hari raya yer maap zahir batin . :P



Thursday, August 25, 2011

Salam Lebaran :)

Ramai yang berkata Malam Al- Qadar sudah berlalu. Jadi sekarang tinggal Malam Jaizah la pulak. Apa itu malam jaizah? Malam 'Jaizah' iaitu malam penganugerahan. Kita mendapat anugerah daripada Allah setelah sebulan berpuasa. Dan malam tersebut perlulah dihidupkan dengan amal ibadah. Sudah selesai berpuasa bukanlah ertinya tidak perlu beribadah pada hari-hari yang lain, hari-hari yang mendatang.

Sekiranya kita terlepas malam lailatul qadar tak apalah. Tapi jangan kita lepaskan peluang pada malam ini. Ramai orang yang mengabaikan malam ini kerana membuat persiapan raya. Seolah-olahnya ada perkara yang lebih penting daripada bertaqarrub kepada Allah. Tidak dinafikan ada yang tidak mempunyai masa yang mencukupi tapi sekurang-kurangnya kita bertakbirlah pada malam tersebut.


Apabila tiba malam Hari Raya Aidilfitri – malam itu dinamakan di sisi penduduk langit sebagai Lailatul Jaizah.
Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;


“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)

Terhasilnya menghidupkan malam itu ialah dengan bangun beribadah di kebanyakan malam tersebut sebagaimana bermalam di Mina. Namun menurut Ibnu ‘Abbas r.a.; sekurang-kurang yang dinamakan menghidupkan malam ialah mengerjakan solat Isyak berjamaah dan berazam untuk mengerjakan solat subuh berjamaah. Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari kiamat.



Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”.



Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.


Akhir sekali, ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Ana ingin menyusun dua puluh jari meminta segala kesalahan harap diampun sama ada yag di sengajakan mahupun tidak di sengajakan. (p/s : 0-0 yer)Satu jangan lupe puase sunat 6 hari yer hehehe. "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa tahun"
(Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164)



Wallahu a'lam. :D

Tuesday, August 23, 2011

Tahajjud dari segi perubatan

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.




TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian – tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti ‘berzikir’ dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

BARAT Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : ” The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.” Maksudnya ” Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.” “The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” – Longfellow Maksudnya ” Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. ” Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.




RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak
( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat – kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk – pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : ” Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar.”


Jom la same2 berkhalwat dengan Allah di malam hari :D

Friday, August 19, 2011

Iftar Jam’ie Bersama Sahabat-sahabt BBET =)

Alhamdulillah pada malam ke-20 Ramadhan, segala perancangan untuk mengadakan satu perjumpaan santai BBET students. Iftar ini bermula tercetus daripada idea dalam kalangan sahabat muslimat BBET sendiri. Walaupun pelbagai halangan dan kekangan dalam memastikan kelancaran majlis ini, namun kite tetap meneruskan majlis yg penuh barakah insyaaallah.

Perancangan asal sepatutnya bermula selepas Asar. Asif kathir sahabat-sahabat sekalian, ana terpaksa datang lewat sebab ana ade appointment dengan Pengerusi Masjid meminjam tikar untuk Program Malam Tarawih Perdana Ahad ni huhuhu. Akhirnye ana sampai jua dan dapat la tolong-tolong masak dan panggang ayam.

http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=1983709062498812470

peram ayam da



ayam panggang murah..murah...murah.....

Allahu Akbar Allahu Akbar!!!!


Azan Maghrib berkumandang bermaksud telah masuk waktu solat fardhu Maghrib. Actually it’s time for berbuka!!!!!!. Ape lagi melahap kami yang kebuluran dan kepenatan masak. Ayam Panggang menu utama serta disajikan mihun, telur dadar, dan pelbagai sajian yang disediakan. Wah, Sedap bangat dong!!!! Memang masakan yang disediakan yang diketuai oleh Shyda Yatim Sangat sedap!!! Tanya gak ape resepi masak sedap-sedap hihihi.


Menu makanan yang menyelerakan
Yum...yum...yum...


Wah, melantak ke bang???


Pastu kite sama-sama solat berjemaah. Wah, baru ukhuwwah fillah Abadan abada. Best..best…best. Kemudian sambung lagi round kedua makan. Sambil buat la sesi muzakarah santai anatra kite semua termasuk la sahabat yg bukan Islam, Saraswathy. Semoga diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam amiiiiiinnnnnnn. Pastu ada la pulak nyalakan pelita. Wah…wah….wah, semangat dah raye yer???? Ni baru je nak mula 10 malam terakhir untuk mencari Lailatul Qadar tau.


ni la Saraswathy tetap join muzakarah gak.


Muzakarah sambil makan sude!!!


pasang pelita depan rumah muslimat

Setelah itu, kite semua ambil gambar beramai-ramai. Ana rase la ni la first time kite sume bersama-sama tangkap gambar. Hahaha. Dah tiga semester dah baru nak tangkap gambar kite semua sekelas. Excited sudah. Paling ana tak sangka antum semua ucapkan gudlak to me untuk pertandingan MMU Ramadhan IV Debate Competition esok. Huhuhuhu. Insyaallah I will do my best. Semoga kite semua mendapat berkat serta keredhaan Ilahi selalu dan ukhuwwah filla kite berkekalan hingga ke syurga nanti insyaallah ^_^


Gambo kami kuarge BBET =)
Dari Kiri berdiri : Yahya, Saras, Bihah, Weeda, Hajar, Syamim
Dari Kiri duduk : Amin, Helmi, Gedegak, Shyda, Aini, Poji


BUAT MU SAHABAT.
Sahabat,
Hadirmu umpama malam disinari bulan,
Umpama siang disinari cahaya mentari,
Terkadang cahayamu suram,
Umpama awan mendung menutupi langit,
Tapi itulah nilai sebuah persahabatan...

Sahabat,
Kita sering diuji dan diduga,
Adakah kita bisa mengatasi segala ranjau?
Tapi semua itu pasti,
Kerana itulah warna-warni sebuah ikatan..

Sahabat,
Walau pun sakit untukku,
Berkata benarlah,
Andai aku tersilap langkah,
Jangan kau khianati erti persahabatan ini,
hanya kerana dendam dan penyakit hati....

Sahabat,
Rindu itu pasti,
Kita bertemu,
Dan kita pasti akan terpisah...
Biarlah segalanya berakhir dengan keindahan
dibawah keredhaan Ilahi,
Biarlah kita berjumpa kerana Allah,
dan berpisah kerana Allah.

Terima kasih sahabat,
Kerana sudi menjadi sahabat sejati...



Waallahu’Alam