Monday, April 25, 2011

Gejala-gejala student nak amek exam..huhuhu=p

Symptom symptom student bila final exam minggu depan.

1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang
masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je,
jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat
sikit. Sebab otak full load )
2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab
nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun
bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg
patut.
4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air
sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga.
Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik
handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah
la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak
fikir taip panjang.panjang.
9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota.
(jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau
bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase
terluang.
10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak
turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi.
Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah.
Suruh mmber beli.
12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni
memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook,
formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu
depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa
lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan.
Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade
lah. Nak stay up.
16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya
Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2
ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada
buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5
buku serentak bukak.
17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak
heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk
borak.
19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek
je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout,
nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa
nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi
banyak topic die tak cover tu.
20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang.
Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah
macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun
menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.


p/s; ana rasa even budak pandai yang dah score markah carry marks pon study menggelabah jugak. Cuma diorang steady lagi la dari student yang study last minit. Muehehe. Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload.

Gud lak 4 the final exam!!!! :D

Sunday, April 24, 2011

Doa Antara dua Sujud

Bismillah wal Hamdulillah..

Hanya Menyampaikan...



Dengan rendah hati, nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah melalui doa ini.
“Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)”

Diam sejenak, hayatilah maksud ini semasa membuat bacaan.
Buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah
seperti membuka diri ketika merasakan hembusan
angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan
ketika kita masih kecil.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

“Warhamni (sayangi aku)”

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima
kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak
kasih-sayang Allah yang kita terima.
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.



Kemudian, berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan
berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

“Wajburnii (tutuplah aib-aibku)”
“Warfa’nii (angkatlah darjatku)”
“Warzuqnii (berilah aku rezeki)”
“Wahdinii (berilah aku petunjuk)”
“Wa’Aafinii (sihatkan aku)”
“Wa’fuannii (maafkan aku)”
Setelah selesai, diamlah sejenak, kemudian lahirkan rasa syukur kita kepada Robbi.



Lihatlah, betapa besarnya maksud dan nilai doa ini.
Ia adalah satu doa yang kita hanya baca
begitu saja (tanpa memahami maksudnya).
Dalam tidak kita sedar selama ini,
kita sebenarnya seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.

Kerana kita memohon, tapi tidak memahami apa yang dipohon.

Sekian, renung-renungkan dan sampaikan.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

semoga kita dapat hayati solat kite yer !!!!! :D

Saturday, April 16, 2011

Minggu yang penuh dengan bunga kebahagian hehehe

Alhamdulillah Allah masih lagi bagi ana mase untuk bertaubat kepada NYE. Isnin lalu sume mengeluh termasuk diri ni yg sangat tak dapat jawab dengan baik test fluid adeih. NAk wat camne yer risau pointer!!!! Hari rabu pulak subjek killer di MICET ( TAPI NI LA SUBJEK PALING ANA SUKE JIDDAN) Alhamdulillah ana dapat jawab dengan fluentnye ( ceh wah riak giler hahaha) . Sekati la nak riak ke tak !!!!!

Semoga thermo dapat naikkan pointer ana kali ni hehehe. selepas tu ade presentaton thermodynamics lak hahaha . best giler !!!!!!! mase org present ana tibai die cukup2 dengan soalan (speaking english kot) habih terkelu hahahah. Ana harap sume maapkan ana yer almaklum sume bengang ana taye soalan maut hahaha. malam tu lak ana bg tazkirah umum . Alhamdulillah Allah mudah kan ana bagi tazkirah ye la ana x hebat mane pon biase je (kalo berdebat leh la) hahaha.

khamis lak, tibe ana ana dpt kol dr no yg x dikenali. angkat je kol. masyallah terharu giler syeikh ustaz pondok tepon ana . wah bahagianya hidup!!!!!!!apalagi bergayut la 30 minit hehehe. luar biase tu org biase selalu bergayut ngan awek baru lame hehehe. dapat la dengan tazkirah ustaz huhuhu. lupe lak ana ade kasi hadiah istimewa kat sahabat ana yang akan kaur negara to futher her study. semoga die belaja kat sane dpt kaitkan dengan kebesaran Allah!!!!!! malam tu lak dapat la buke paose ramai2 muslimin dan muslimat Alhamdulillah.

pada malam tu lak ana join jemaah wat program agama di masjid bukit saga melaka. ipt yg sertai jemaah MICET, ADTEC, Kolej YAyasan Melaka, Kolej Risda. Semoga ukhuwwah fillah abadan abada. PAli tak boleh tahan, for the first time solat jumaat sume senyap. wah hebat. mane tak nye, yg biase habih kene tampor laju-laju hahaha senyap teruih almaklum la kan tak leh cakap mase khutbah tapi tampor bolehkan??? hehehe.

PAda hari ahad pule pelajar foundation FIST datang MICET utk sem 3 wah semoga ade la yang boleh diajak utk wat keje agama n imarahkan surau . Amin!!!!!!!! insyaallah bualan depan dah nak final (3/5) Semoga dapat istiqomah amalan walo sibuk final yer hehehe.

Insyaallah!!!!!

Wednesday, April 13, 2011

Sahabat ana kasihi

Sekadar ingatan...







Menangislah sahabat,

Kerna air mata adalah bicara yang terindah...



Air mata terindah lahir,

Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,

Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,

Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,

Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu...



Dan bilamana dirimu meraih tangan,

Insan bergelar sahabat,

Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,

Butiran mutiara yang sangat indah...



Bilamana tercipta satu pertemuan,

Dan terungkai segala isi hati,

Terungkap sebuah jalinan persahabatan,

Tapi tibanya saat perpisahan,

Detik ini pasti akan terjadi,

Titisan hangat pasti akan menemani diri,

Kerna pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam...



Bertemu dan berpisah kerana Allah,

Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,

Pergimu menyebarkan wangian jannah,

Moga dunia ini akan berbau haruman syurga...



Tetapi sedarlah sahabat,

Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,

Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu,

Itulah air mata yang paling bernilai,

Ia bisa menjadi perisai untukmu...

Sunday, April 10, 2011

Kaki ke muke lagi bersih????

Ulama Dan Pramugari
Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Baca seterusnya…

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..

Saturday, April 9, 2011

Islam itu berjemaah

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatu. Alhamdulillah Bertemu kite lagi dalam rancangan ……………… hehehe rancangan kehidupan fana yang hanya sementara. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah subhanahu wataala kerana masih lagi member kesempatan kepada diri ana n antum n atunna dipanjangkan mase hayat kite utk ape tuan-tuan??? Untuk kite berzikir dan bertaubat ke hadrat Allah yang maha kuase . Cube kite bayangkan layak ke kite untuk menjadi seorang khalifah di atas muke bumi ini.

Saidina Abu Bakar Assiddiq pernah bermonolog (kalo tak silap la) dalam diri beliau,”Alangkah baiknye jike ana menjadi seekor burung yang berterbangan bebas tanpa memikirkan ape perlu di bawa untuk bekalan akhirat”. “Alangkah baiknye menjadi dedaun yang hidup berjase memberi makanan kehidupan di atas muke bumi ini tanpa diperhitungkan amal baik buruk di akhirat nanti”. MAsyaallah itu sahabat nabi yang di jamin masuk syurga nun di sana pun berkata begitu. Namun kite mcam mane tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Cube kite berfikir sejenak!!!! Pejamkan mata dan fikir layakkah sebenarnye kite hidup di atas muke bumi ini???? Makhluk lain di atas muke bumi ini sentiase berzikir tapi amalan mereka tak akan di hitung di akhirat sana. Namun kite amal baik buruk kite di atas muke bumi ini yang di hitung berape banyak kite zikir atau kate lain kite ingat kepada Allah ???

PAda hari ini ana ingin bercerita sikit la walopun ana sedar ana ni sape la yer?? Belajar chemical engineering nak bagi tazkirah??? Piiiiiiiiiiiraaaaaaaaaaahhhhh!!!!! Bukan nye amik kos usuluddin ke syariah ke?? NAmun ana nak cite gak tak kisah la sahabat-sahabat sekalian nak kate ape???? Pada setiap setiap kali kite solat fardhu lima kali sehari tak termasuk solat sunat kite berdoa untuk keselamatan saudara kite di PAlestin, Afghanistan, dan Negara Islam. Doa ke???? Yeyeye je doa. Tau tak sahabat sekalian doa tu senjata mukmin. Itu lah tanda kite yakin dengan kuase Allah. NAmun pada hari ini umat Islam lemah bukan sebab senjata kite gune tak moden berbandaing Negara Barat tapi sebab kite tak gune senjata kite yang paling ampuh dan berbisa. Tu la masalah kite terutama diri ana la ya doa main-main.

Kalau kite belajar kitab tauhid (buku kuning bak kate ketua BADAR ana dulu), sebenarnye umat kite kene yakin betul-betul dalam hati Allalh maha kuase makhluk tiade kuase. Senjata nuclear pun Allah yang izinkan untuk tunjukkkan kekuatan namun kite pada hari ini yakin kalo x de nuclear kite tak kuat. Tu aqidah yang salah sahabat sekalian. Jadi doa la banyak-banyak yer yakin dengan pertolongan dan kuase Allah hehehee. PAda hari ini ana nak cite skit nape Palestin jatuh ke tangan YAhudi. PAda satu hari ade suatu jemaah Islam dari India nak wat usaha agama (program agama) di Masjidil Aqsa. MAse tu Palestin masih dikuasai oleh umat Islam. Jemaah sangat bersungguh nak wat kerja agama yang ditinggalkan oleh nabi Muhammad SAW dulu kepada kite.
Dipendekkan cite penduduk yang berada di situ mempersoalkan kenapa perlunya ade program agama di Masjidil Aqsa sedangkan majoriti penduduk di situ adelah orang islam belaka nape tak pi je wat program agama di tempat orang bukan islam. Jemaah itu rase kecik hati dengan perbuatan yang dilakukan oleh penduduk tersebut terhadap mereka. Salah seorang daripada mereka mendoakan Palestin akan dijajah semula dan akan dihina seperti mane mereka dihina pada hari itu. MAsyaallah tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Ingatlah doa orang dizalimi mustajab dan tidak ade hijab pun.

Kite lihat pada hari ini, bagaiman keadaan Palestin pada hari ini??? Semua orang tahu kan!!!! Cume disebabkan hina kepada saudara muslim, pada hari ini umat Islam di PAlestin dihina dan ditindas dengan begitu teruk sekali . Astaghfirullah semoga Allah member kemenangan umat Islam di PAlestin. Namun pengajaran yang ana ingin ketengahkan dalam situasi ini ialah kita jangan lah menghina orang berbuat program dakwah agama yang dilakukan Rasulullah. Ingatlah manusia yang alpa terutama diri ini kite ni selalu lupe dan Alpa dengan kemewahan di atas muke bumi ni. Jadi walaupon pon ade kite dah sedia Islam namun kite support la program Islam di kawasan kite sebagai menunjukkan Islam itu kuat dengan berjemaah. Secara tak langsung kite dapat lakukan tazkiyyatun nafsi ( pembersihan jiwa) yang penuh dengan dakwat kotor kerana dosa yang kite lakukan setiap hari. Ingatlah dengan mengingati Allah akan menenangkan jiwa muslim.

Pada hari ini, umat Islam lebih mengimarahkan majlis hiburan daripada mengimarah program agama. Ingatlah wahai insan bahawa Islam itu kuat dengan berjemaah dan ingat walaupun kite melakukan sunnah yang kecil dalam hidup kite insyaallah keberkatan tu ade dalam hidup kite. Insyaallah yer sahabat. Semoga kite terutama diri ini same2 dapat amalkan dan amik iktibar daripada kisah di Palestin serta mendoakan kejayaan di muke Bumi al-Quds. Insyaallah pada sem depan akan diadakan program Aman Palestin anjuran ICC (promote la skit) dan harap imarahkannye yer dan jangan lah pulak pada hari tu kite bakar bendera Israel walaupun die menindas kite. Rasulullah walaupun dihina dan dicaci di Thaif namun baginda tak suruh bunuh penduduk tu tapi doakan hidayat untuk mereka. Ingat misi lajnah BADAR ICC “Dakwah berteraskan Qudwatul Hasanah”. Jangan kite merendahkan orang yang buat baik yer hehehe. Waallahuaalam.

Thursday, April 7, 2011

Benarlah Allah maha kuase makhluk tiade kuase

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan Izinnye dapat lagi menghirup udara yang bermacam-macam bau, ade wangi ade busuk biase la "ter"kentut katekan hehehe dan macam-macam lagi bau walaupun udara kite pada hari ini sudah tercemar dengan bahan chemical substances. Sedar atau kite tak sedar sebenarnye kite lah yg MENCEMARKAN apa yang Allah bagi kat kite. Hal ini tercatat dalam surah Al baqarah muke surat tiga!!!!!! Cube kite fikir kite paling tak suke bau busuk. EEEE benci benci benci jiddan kot. Namun bayangkan Allah jadi kan hidung kite bau wangi je??? hahahha taik pon bau wangi??? kompem kite simpam tahi kite kat umah huhuhu. Begitulah nikmat bau busuk yang sering ana benci setiap hari ish3 teruknye diri ini.

Pada kali ni ana nak cite tentang kejadian yang membuatkan ana benar-benar yakin bahawa Allah yg mempunyai kudrat kite manusia x de kudrat langsung!!!! Tak caye??? PAda hari Isnin yang lalu, ana pose bersame dengan sahabat bilik ana yang tersayang, Maulana Shaufi, Syeikh Jimmy Neutron, and Akh GHazali. Sahabat bilik D002 pose sunat berjemaah. Inilah kemanisan bile kite berjemaah pastu kite buke pose mukminin and mukminat MICET yang cintai jiddan. Best sangat2!!!!!!!

Namun pada hari tu ana tak beberape sihat. Sahabat ana kate batalkan pose je. Namun ana yakin Allah nak uji bile kite wat amalan. Ana teruskan gak wat amalan.walaupun penat wat lab BIO dari 8 pagi hingge 6 petang. Pastu sudah menjadi amanah ana and Amriza penolong ana untuk uruskan makanan untuk buke pose di Rumah Allah MICET. Walau ana dah tak larat sangat namun ana gagahkan gak.

Alhamdulillah dapat gak buke pose :). Namun ana rase badan ini tak larat gak. Selepas ana bermuzakarah dengan mukminin surau seperti rutin setiap hari, ana teruih balik bilik. Sampai je bilik terus ana pengsan. cume mulut je ana dapat gerak dan berkate - kate manakala anggota badan ana yang lain were malfunctioned. Ramai sahabat ana ramai yang datang melawat. ade kate nak bawa an api klinik namun ana kate tak payah tapi berdoa je kat Allah. Ana teringat kisah Abu ayyub Al-ansori yg sakit mase berperang dan beliau minte didoakan sentiase dirahmati dan diberikan yang terbaik daripada Allah.

MAse tu lah ana banyakkkan zikir kat Allah berbadnding hari lain. dalam hadith ade menyebutkan jike kite bersangke baik ngan Allah Allah akan bersangka baik ngan kite. an ayakin ngan tu!!!!! Alhamdulillah ana diberikan kekuatan bangun kul 4 pagi . Syukur kat Allah. Thanks to God. Moral of the story we must believe that Allah ahas power we has nothing in this world. Think positive in whatever our situation in our lives. hmmmmm!!!!!! There are always good thing Allah hide behind the bad situation insyaallah. In the bad situaton we will think more about Allah than other time .

Sunday, April 3, 2011

Perlukah Cinta? Same2 Hayati Kisah ni sebagai pengajaran kepada Kite sume

Ramai org sibuk bile bercinte nak publish kat laman web sosial.PAstu nak comment kat wall post org yg dicintainye. PAdahal ngan Allah tak lepas. Org yg kite suke tu bkn nye bg rezki kat kite tapi Allah !!!!!!!!! tapi cinte kat org tu lagi HEBAT drpd Allah ape cer??????

Idea Tentang Cinta.

Sejujurnya saya terfikir pasal topik ni sbb terkenangkn kejadian/peristiwa yg sering terjadi di ruangan forum di portal kesayangan saya..www.iluvislam.com. sedar tak sedar sudah lama saya berkenalan dgn web tercinta ini dan hampir selama itu juga saya menjadi moderator di situ..alhamdulillah.

Dan antara 'masalah' yang agak memualkan dan menjengkelkan bagi saya ketika mula-mula bertugas sebagai mod adalah apabila user sering membuka thread baru iaitu thread ulangan dan lagi satu yang paling saya tak tahan adalah membuka thread CINTA/COUPLE…sedangkn dah jelas terang2an di etika/peraturan forum…
“anda dilarang membuka thread baru berkaitan couple tanpa izin mod”

Tapi selalunya mereka yang berkenaan terlupa untuk membaca peraturan, atau mungkin buat-buat tak nampak lalu membuka thread cinta lagi dan lagi hingga pernah satu time, saya memang dah hilang sabar, pantang nampak bab-bab jiwang, soal hati, terus saja lock tanpa belas kasihan..

“owh..kejam jugak aku nie..haha!sorry..”

dan di kemuncaknya, ada user membuka thread baru pula..

"Kenapa Banyak Thread Cinta Di Buka?"


Antara Dakwaan.

"entah lah susah nak faham, kenapa topik cinta juga yg menjadi pujaan hati"

Adakah kita lupa bahawa, apabila nabi Adam A.S berada di dalam syurga, beliau mempunyai segala-galanya yang tidak dapat kita bayangkan, tetapi beliau masih rasa kesunyian? lupakah kita cerita itu? Sedangkan kita di cipta berpasangan, bukankah begitu? So apakah yang hendak di hairankan?

Jangan kita fikir, semua di luar sana sama macam kita, semua boleh mencapai cinta yang tertinggi, iaitu cinta pada Allah, kerana banyak remaja kita di luar sana masih goyah pemahaman mereka terhadap Islam, apakah yang perlu kita lakukan sebagai pendakwah muda?

"lupakah anda yg web site ini namanya adalah iluvISLAM..bukanlah iluvYOU..haih."
Islam is all about love too you know, if not you won’t be putting the love symbol at the i ‘luv’ islam.com, don’t u think so? have not seen how the Prophet shed their blood because they love us, to bring us to the right path, have you not think of that? If its not love, what do we call that then?

Think young preacher!! Think!! Others are preaching love, and we are preaching hatreds among us.

Only Allah knows best,
mr X.


Aku Menakwil.

"Islam is all about love too you know, if not you won’t be putting the love symbol at the i ‘luv’ islam.com, don’t u think so? have no not seen how the Prophet shade thier blood because they love us, to bring us to the right path, have you not think of that? If its not love, what do you called that then?"

Adakah anda yang berkata-kata, pernah klik butang ini

Have you?di sini..link mengenai cinta dan couple sudah TERLALU banyak..kata-kata saudara/i seolah-olah menuduh kami menidakkan rasa cinta sesama manusia sedangkn sebenarnya kami telah memberi banyak peluang utk membincangknnya..malah melimpah ruah..

Tolonglah patuhi etika dan peraturan forum…luangkn sedikit masa, baca dan fahamilah..manfaatkan butang search..:)


Kenapa Ada Cinta?

Tak cukup dengan membuka thread baru, kadanga ada juga user yang PM dan YM meminta pandapat saya tentang cinta..masalah cinta..ada jugak yang emel..susah juga bagi saya nak jawab..al maklumlah dah bukan musim/mood ingin bercinta..so nak jawab setiap satu persoalan pun kadang-kadang rasa berat..

Kenapa cinta?

Mungkin kerana zaman remaja adalah zaman yg paling optimum, paling sesuai dan paling masak ranum untuk bercinta..tgk pulak rakan-rakan sekeliling..semuanya berteman, semuanya berdua.. semuanya bercouple…maka perasaan ingin tahu membuak-buak..
“aku pun nak rasa cmne bercinta, cmne ade boifren..cmne ade gulfren..nanti klu tak suka, bleh clash bila2"

Agaknya itulah yang kebanyakan remaja rasakan…inkuiri yang tinggi..perasaan ingin tahu, ingin mencuba dan ingin merasa..namun akhirnya menjerat diri bila soal hati dan perasaan menjadi taruhan..lagi menyedihkan apabila maruah dan masa depan diperjudikan bila sudah mabuk cinta..bila sudah hanyut dalam cinta..mata dan hati menjadi buta… org ckp apa pun dah tak guna, dah tak makan saman..semuanya kerana cinta..
“buang emak buang saudara, kerana kasih aku turutkan”

Kenapa Cinta?

Mungkin juga kerana pengaruh tv dan movie..setiap cerita dan kisah yang terpapar di tv dan vcd, semuanya pasti di selitkan dgn kisah-kisah cinta..paling tak leh lawan cite hindustan..cikgu kaunselor saya masa sekolah dulu pernah cakap..
“kalu bleh takyah tgk cite hindustan..byk berkhayal..nnt awak pun turut sama berkhayal”

Wohoo!..mungkin jugak betul..berkhayal sekali..depa menyanyi dan menari kat dlm tv..kite kat depan tv pn rasa nak joget sekali goyang-goyang kaki..iya tak? rasa terbuai sekali, oh..indahnya cinta!..dan bila depa sedih, tup3 kite kat depan tv nie pun turut sama meleleh air mata…kan? kan?
"seperti aku jua ada pengalaman serupa.."

Kenapa Cinta?

Mungkin juga kerana fitrah semula jadi manusia..yang di ciptakan berpasang-pasangan..seperti juga adam yang hidup bahagia di syurga..semuanya sempurna..semuanya ada di syurga namun adam tetap juga kesepian..lantas Allah ciptakan Hawa untuknya..sebagai peneman hidup..dan hakikatnya, kita anak cucu nabi adam juga tak lari dari perasaan yang sama..tuntutan hati yang ingin di sayangi dan menyayangi..
“oh..indahnya cinta~!!”

Teringat puisi yang pernah saya cipta suatu masa dulu..
"Cinta..putiknya rindu sudah menyakitkan, apatah lagi bila ianya kembang lalu layu..kelopaknya gugur ke bumi satu persatu…”

Hurmm..jiwang bleh tahan jugak saya nih..but..well…love is pain..dan makin kuat kita sayangkan seseorang itu, makin kuat juga perasaan takut kehilangan..bukankah bila kita cintakan seseorang, akan ada rasa rindu? dan rindu kepada sesuatu yang bukan milik kita, bukankah ianya menyakitkan? selagi dia tidak melafazkan ucapan ijab dan kabul..selagi dia tidak melafazkn akad..maka dia bukanlah milik kita dan kita juga bukan milik dia..maka untuk apa rasa cinta itu? untuk apa rasa rindu yang menyakitkan itu? tiada gunanya..


Cinta Kerana Allah

Ana uhibbuka fillah..aku mencintainya kerana Allah…Alhamdulillah jika ianya benar..tapi banyak mana yg mampu mencintai seseorang kerana Allah..mampu menyintai Allah lebih dari org yg dia cintai? jika anda tidak mampu untuk berbuat demikian..maka batalkan dulu niat untuk bercinta…
“cinta itu manis dan indah namun cinta itu juga mampu menjadi racun yang membinasakan..”

Apakah Hukumnya Bercinta Sebelum Nikah?

Saya bukanlah ustazah…so bab hukum hakam ni saya tak mampu cakap apa.. ada adik-adik bertanya kepada saya soalan yang cenggini..jawapan saya mudah..
“soal hati bukannya bleh di paksa..akak faham..tp kalu bleh, tolak tepi dulu soal cinta dan fokus kepada study dan famili dulu yer, kejar cita-cita sebelum mengejar cinta”

itu la jawapan saya..mungkin fikir nak mudah tapi itulah yang terbaik, insyaAllah..