Friday, March 9, 2012

Dakwah Seorang Daie Allah :(

Lailahaillah, Muhammad rasulullah. Dalam hadith rasulullah bersabda, ‘ Barangsiapa pada akhir kalamnya mengucapkan kalimah tauhid, maka wajib syurga baginya.”

Alhamdulillah pada 3-5 Mac 2o12 bersamaan hari Sabtu hingga hari isnin, ana berkesempatan untuk bersama sahabat ana, akh Shaufi, akh Shahkir, akh Faris, akh Zakaria, akh Hakim, akh Zuhdi, akh Zakwan dan sahabat-ahabat yang lain untuk menyertai suatu program dakwah seorang daie di Lendu Tengah, Melaka. Program adalah anjuran persatuan dakwah di Melaka. Ana ingin berkongsi pengisian yang ana dapat dalam program ini.


Kejayaan hanya pada ketaatan perintah Allah mengikut sunnah Rasulullah. Tiada kejayaan yang hakiki selain daripada cara kehidupan Rasulullah s.a.w. Salah satu slot program tersebut, disampaikan oleh ulama Syura’ Melaka, Haji Palawi. For the first time, pengisian yang tak ade humour dalam tazkirahnya, sume hadirin focus dalam ceramah beliau. Beliau menyatakan, RM50 nak pi Singapore tak cukup, RM250 nak pi Jakarta tak cukup RM500 nak pi UK tak cukup, RM10000 nak pi haji tak cukup, RM1000000 nak pi L.A. tak cukup. Menunjukkan harta dunia ni sementara takkan cukup untuk keperluan diri. Jadi bagaimana dengan bekalan kite nak jumpe Allah yang pasti dan pasti akan kite temui nanti? Berapa bekalan yang rasenya mencukupi untuk kite jumpe Allah??
Solat di MAsjidil Aqsa 500 kali ganda
Solat di MAsjidil Nabawi 1000 kali ganda
Solat di MAsjidil haram 100,000 kali ganda

Persoalannya, mengapa kubur para sahabat bertebaran ke seluruh alam? Kenapa tidak berada di masjid tersebut untuk dapatkan fadhilat yang banyak tu? Haji Palawi menyatakan bahawa rasulullah ada bersabda, “ Barangsiapa keluar di jalan Allah akan digandakan pahala sebanyak 700,000 kali ganda.” Kalo yang dah kawen tu gandalai 70 kali. Ce kira matematik, dapat 4,900,000 kali ganda wow!!! Tu baru satu kali solat. Masyaallah. Itu rupanya kenapa para sahabata bertebaran keluar dijalan Allah menyebarkan kalimah tauhid allah ke seluruh Alam. Tanpa asbab mereka belum tentu Islam sampai kepada kita.

Salah satu slot menarik yang disampaikan oleh lecturer UiTM Lendu, Haji Saladin. Beliau menyatakan mengapa orang islam lemah. Cube kite lihat bagaimana Umar Al-khattab menawan kota Baitul Maqdis. Tak da tumpah darah pon. Nape? Rahib pada mase tu merujuk kitab biblenye dan menyatakan jike nak tahu tuhan bersama mereka ade tiga perkara.1) Pemimpin dan tentera tak dapat dibezakan.2) Pemimpin di bawah, hamba di atas. 3) tidak terpengaruh dengan dunia. Jike ade ketiga-tiganya, jangan lawan sebab tuhan bersama mereka.

Pada mase nak tawan, baju Umar dan tentera sama sahaja. Ketika dah sampai, Umar sedang berada di bawah manakala hamba sedang tunggang unta. Rahib uji lagi dengan mempersilakan tentera islam masuk dengan red carpet dan di tepinya dibariskan perempuan-perempuan yang hamper telanjang. . Namun Umar dan tentera tidak sedikitpon menoleh dan menyebabkan rahib tersebut terpaksa menyerahkan kunci Baitul MAqdis itu. Jadi dapatlah pertama kali solat dapat dilakukan di BAitul MAqdis itu.

Pada waktu petang pula secara praktikal, kami melakukan ziarah untuk berdakwah.kami dapat merasai kepayahan rasulullah pi rumah ke rumah menyampaikan kalimah tauhid ini. Begitu segan nak jumpe orang nak muzakarah tentang agama terutama ngan orang tidak dikenali. Ade yang halau, ade yang terima. Pelbagai ragam dapat dilihat dan ujian diterima. Begitu hebat rasullah bile fikir umat tak fikir malu nak jumpe orang sialam amhupun bukan islam untu dimuzakarahkan.

Semoga dapat ambil input dan hayati bersama. BAnyak lagi yanga ana dapat insyaallah pada coretan yang lain pula. :D

No comments:

Post a Comment