Thursday, August 25, 2011

Salam Lebaran :)

Ramai yang berkata Malam Al- Qadar sudah berlalu. Jadi sekarang tinggal Malam Jaizah la pulak. Apa itu malam jaizah? Malam 'Jaizah' iaitu malam penganugerahan. Kita mendapat anugerah daripada Allah setelah sebulan berpuasa. Dan malam tersebut perlulah dihidupkan dengan amal ibadah. Sudah selesai berpuasa bukanlah ertinya tidak perlu beribadah pada hari-hari yang lain, hari-hari yang mendatang.

Sekiranya kita terlepas malam lailatul qadar tak apalah. Tapi jangan kita lepaskan peluang pada malam ini. Ramai orang yang mengabaikan malam ini kerana membuat persiapan raya. Seolah-olahnya ada perkara yang lebih penting daripada bertaqarrub kepada Allah. Tidak dinafikan ada yang tidak mempunyai masa yang mencukupi tapi sekurang-kurangnya kita bertakbirlah pada malam tersebut.


Apabila tiba malam Hari Raya Aidilfitri – malam itu dinamakan di sisi penduduk langit sebagai Lailatul Jaizah.
Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;


“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)

Terhasilnya menghidupkan malam itu ialah dengan bangun beribadah di kebanyakan malam tersebut sebagaimana bermalam di Mina. Namun menurut Ibnu ‘Abbas r.a.; sekurang-kurang yang dinamakan menghidupkan malam ialah mengerjakan solat Isyak berjamaah dan berazam untuk mengerjakan solat subuh berjamaah. Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari kiamat.



Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”.



Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.


Akhir sekali, ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Ana ingin menyusun dua puluh jari meminta segala kesalahan harap diampun sama ada yag di sengajakan mahupun tidak di sengajakan. (p/s : 0-0 yer)Satu jangan lupe puase sunat 6 hari yer hehehe. "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa tahun"
(Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164)



Wallahu a'lam. :D

1 comment: