Friday, October 22, 2010

LANTANG BERSUARA?????

Assalamulaikum warahmatullahi wabarokatu shbt yang dimuliakan.
Terdetik dalam diri ana utk menulis sedikit luahan perasaan semoga Allah membuke pintu hati kita untuk memperbaik diri ini dari semasa ke semasa. Baru- baru ini timbul isu yang hangit seperti hot fm semasa pertunjukkan fesyen yang diketuai oleh wanita pertama Malaysia, Puan Seri ‘HJH’ Rosmah. Wah! Ana memang kagum dengan “LANTANGAN BERSUARA” yang ditunjukkan oleh saudara muslim ana di Malaysia. Hebat! Sehinggakan shbt ana siap tunjukkan pada ana kat internet gambar tulisan nabi kita Rasulullah secara terbalik di bahagian dada pakaian model dalam pertunjukkan itu.masyaallah nak dikatakan hebatnye muslim di Malaysia ni sehingga demonstrasi diadakan selepas solat jumaat untuk membantah mengenai tulisan Muhammad yang terbalik pada pakaian model itu. Namun ana hairan ????? sebagai Negara Islam ‘contoh’ kepada semua Negara Islam yang lain bagaimana fesyen yang mendedahkan aurat boleh mendapat kelulusan pada masa ini.
Ana melihat masalah ini bermula daripada diri kita sendiri. Ana teringat bayan yang diberikan akh Azmi yang berbunyi, “ Pada zaman Nabi Nuh a.s. makhluk yang berada di atas kapal akan selamat daripada banjir besar. Anak nabi Nuh, Sam bin Nuh yang enggan menaiki kapal itu akhirnya hanyut walaupun telah diajak oleh pesuruh allah, Nabi Nuh a.s. Sekalipun dia panjat hingga naik kepuncak gunung, dia tidak dapat selamat daripada bencana banjir itu. Oleh itu, analogi nya di sini, rumah allah umpama bahtera Nabi Nuh a.s. manakala di luarnya adalah banjir yang hakiki. Ish betul ke ni????? Tak nampak pun banjir. Adakah banjir tersebut adalah banjir air??? Tidak wahai sahabat. Namun banjir tersebut adalah banjir maksiat yang ada pada hari ini. Apabila kita berada di rumah kita akan susah untuk lakukan maksiat dan dapat usaha atas iman kita.
Ana sering terdengar KELANTANGAN BERSUARA sahabat-sahabat MICET membantah pertunjukkan fesyen tersebut namun persoalannye ana nak tanya adakah kite solat berjemaaah di surau MICET. Masalah kita pada hari ini kita tidak bersatu. Kerana ape????? Rasulullah menjadikan rumah Allah sebagai tempat kesatuan ummah. Kenapa kita tidak LANTANG BERSUARA untuk bersama-sama solat berjemaah di surau namun LANTANG BERSUARA untuk membantah seorang muslim tukar agama dan pencerobohan Israel sedangkan kita tidak bersatu untuk mengimarahkan rumah Allah. Apabila ana melihat jemaah di surau sangat menyedihkan. Kadang-kadang jemaah tidak sampai setengah saf pun. Itu belum lagi solat subuh yang kadang-kadang ana tidak boleh untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau. Ana tahu memang surau kita agak “jauh” namun perlukah dijadikan alasan untuk kita tidak bersolat berjemaah di surau??? Ana tahu solat berjemaah hukumnya fardhu kifayah namun kalau waktu solat subuh tidak boleh untuk didirikan solat berjemaah satu MICET akan menanggung dosa. Astaghfirullah!!! Fikir-fikirlah sahabat.
Ingat sejarah surau MICET apabila tidak diimarahkan bala yang akan menimpa. Bala?? Ye ke ni???? Sehinggakan org yang bukan Islam yang sangat prihatin tentang situasi ini buat proposal untuk menjadikan surau MICET sebagai gerja MICET. Pergh!!!!! Tak boleh blah kot. Gelebah kot bahagian pentadbiran bile tahu situasi ini. Ingatlah wahai sahabat, ingatlah rasulullah pertama nye membina rumah allah bila sampai di Madinah. Kerana apa??? Kerana rumah allah lah yang dapat menyatukan umat Islam berdasarkan aqidah yang satu kepada Nya. Baru lah kita sama-sama membantah pertunjukkan fesyen tu atas dasar kesatuan aqidah kita yang kukuh. Barulah tema AJK BADAR ICC dakwah melalui teladan dapat dilaksanakan seperti yang dilakukan. Barulah kita dapat sama-sama membanteras banjir maksiat yang ada di sekitar kita ok. Ceh mentang-mentanglah ana AJK BADAR. Hehehehe. Namun tugas ini bukan hanya dilakukan oleh rasulullah namun dilakukan oleh para sahabat juga. Samalah kita sekarang bukan hanya ICC atau lajnah BADAR sahaja sememangnye tugas untuk imarahkan rumah allah tapi tugas sahabat semuslim kita juga. Bagaimana kita nak LANTANG BERSUARA jika kita yang basic pon tidak kuat. Fikirkanlah sahabat. Allah juga berfirman,” apakah kalian tidak berfikir????”.
Sebelum ana mengakhiri kalam, ada sebuah kisah yang ana nak kongsi dengan sahabat sekalian yang dirahmati Allah. Ada seorang ayah yang mempunyai 19 ekor unta dan berwasiat sebelum meninggal. Anak pertama amik 1/2 unta manakala anak kedua ambil 1/4 unta dan anak yang ketiga ambil 1/5 unta. Selepas ayah mereka meninggal dunia, mereka cuba bahagikan harta unta tersebut, namun gagal. Datanglah seorang tua dengan unta nya melihat masalah yang dihadapi oleh mereka dan bertanyakan masalah yang mereka hadapi. Namun , mereka memperlekehkan orang tua tersebut semasa mereka mencdritakan masalah tersebut. Orang tua tersebut campurkan unta nye dan bahagikan harta unta tersebut. Akhirnya selesai yang pertama dapat 10 unta yang kedua dapat 5 unta yang ketiga dapat 4 unta dan yang inggal satu lagi orang tua tu amik. Dalam situasi ini unta orang tua tu umpama agama yang lain umpama dunia. Masalah begitu banyak dan sukar untuk diselesaikan. Namun bile dicampurkan dengan agama dalam kehidupan kita, insyaallah masalah dunia kita dapat di selesaikan walaupun agama pada hari ini diperlekehkan oleh penganutnye sendiri. Sama-samalah muhasabah diri. Waallahuaalam.

drpd hamba yang hina ini

No comments:

Post a Comment