Friday, June 17, 2011

Minggu ke-2 Rejab

Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah kerana kite sume masih lagi mempunyai nikmat Iman dan Islam. Ana rase tiade lagi nikmat yang dapat ditukar ganti dengan benda ni.
Baru-baru tuan syeikh Ali Soleh Ali Jabir dari imam masjid di Madinah datang ke Bandar Baru Bangi. Beliau berada di sini selama seminggu. Beliau bagi ceramah di hamper semua msurau dan masjid di sini. Kuarge ana tak ketinggalan cube ikut setiap program ceramah beliau. Bagi ana banyak input yang ana dapat sehingga dah tak tertulis. Ade gak input beliau berkaitan isra’mikraj, iman, kehidupan, cara nak hafal quran, dan sebagainye. Jumlah jemaah yang bersama dalam majlis ilmu juga sangat ramai. Kebanyakan ceramah banyak bagi tamsilan, kisah sahabat dan dan info fatwa terkini. Antara kata beliau yang membuat ana tertarik berbunyi, “ Besi akan berkarat, NAsi akan basi, manusia mesti lah akan mati”. Pergh menusuk di hati. Kiasan yang mudah tapi mempunyai maksud yang mendalam. Apa yang ana paham sume makhluk kat muke bumi ni sume tak kekal. Tapi Allah membuatkan dunia ni Nampak indah di mata manusia untuk menguji sape hambanya yang lebih baik amalanya ( surah al-mulk; ayat 2). Mafhum hadith nabi (kalo silap minte gitau yer), bermaksud “aku tak risau umatku dalam keadaan miskin tapi aku bimbang akan umatku yang dilimpahi kurnia dunia”. Ish3 ana tak tahu la ana yang mane satu. Harap dapat la amalkan ilmu syeikh tu. AMIN!!!!!!!


ni gambo ustaz sheikh ali soleh bersama pengerusi surau Al-Kauthar yer

Rabu lepas, ana dapat kol daripada sahabat PLKN ana pulak, Zila. Dia mengadu camne ni kakak die kene rasuk. Sampai ustaz cube ubat kakak die pon jin tu tak nak kuar. Ana pun cube la bagi nasihat sabar and tawakal kat Allah je (kalo ana kat situasi die tak tahu la camne diri ini). Tiba-tiba, ana teringat yang malam tu (14 rejab) gerhana bulan. Antara fadhilat yang ustaz gitau kat ana la dalam tazkirahnye baru-baru ni, ialah menunjukkan kekuasaan Allah. Ana pon gitau la kat die supaya solat gerhana bulan insyaallah pada tu doa sungguh-sungguh dan insyaallah Allah akan tolong dengan berkat kekuasaan nye. Jin dalam badan kakak zila tu tak de kuasa pon insyaallah Allah yang akan ubatkan. Ana selepas solat sunat gerhana jemaah di surau As Sobah, berdoa moga kakak Zila sembuh daripada hasutan jin tu. AMIN!!!!!!


Berkata mengenai solat gerhana pulak, kali terakhir ana wat mase ana di Kolej MARA Kulim, same-same ngan sahabat muslimin n muslimat . Sangat best!!!!!! Maklum la kitorang yang sanggup wat ramai-ramai di surau yang indah. Wah kenangan terindah. Rindu nye saat tu. Dalam khutbah solat gerhana bulan hari tu, tok imam antara isi sangat menarik (walopun ramai mengantuk tido), mengatakan gerhana menunjukkan kekuasaan Allah. Mohon la pada mase ni semoga Allah akan tolong kite walau ape pon keadaan. Satu lagi isi yang ana tertarik dalam surah ali imran kenapa Allah kate kite kene ajak makruf dan cegah kemungkaran dulu baru ade ayat beriman kepada Allah? Menurut ulama’ berkata dua perkara sangat penting baru la boleh kite dapat semai keimanan dalam diri ini. Pastu dapat lak makan nasi campur ngan ayam masak cili api. bersangat2 dapat sahur secara jamaah di surau ni.

Semoga ana dan sahabat sekalian berada dalam rahmat serta keredhaan nye kerana betapa banyak amalan pon yang kite wat tapi tak diredhai Allah ape gune nye.

Wallahua’alam.

No comments:

Post a Comment