Friday, August 19, 2011

Iftar Jam’ie Bersama Sahabat-sahabt BBET =)

Alhamdulillah pada malam ke-20 Ramadhan, segala perancangan untuk mengadakan satu perjumpaan santai BBET students. Iftar ini bermula tercetus daripada idea dalam kalangan sahabat muslimat BBET sendiri. Walaupun pelbagai halangan dan kekangan dalam memastikan kelancaran majlis ini, namun kite tetap meneruskan majlis yg penuh barakah insyaaallah.

Perancangan asal sepatutnya bermula selepas Asar. Asif kathir sahabat-sahabat sekalian, ana terpaksa datang lewat sebab ana ade appointment dengan Pengerusi Masjid meminjam tikar untuk Program Malam Tarawih Perdana Ahad ni huhuhu. Akhirnye ana sampai jua dan dapat la tolong-tolong masak dan panggang ayam.

http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=1983709062498812470

peram ayam da



ayam panggang murah..murah...murah.....

Allahu Akbar Allahu Akbar!!!!


Azan Maghrib berkumandang bermaksud telah masuk waktu solat fardhu Maghrib. Actually it’s time for berbuka!!!!!!. Ape lagi melahap kami yang kebuluran dan kepenatan masak. Ayam Panggang menu utama serta disajikan mihun, telur dadar, dan pelbagai sajian yang disediakan. Wah, Sedap bangat dong!!!! Memang masakan yang disediakan yang diketuai oleh Shyda Yatim Sangat sedap!!! Tanya gak ape resepi masak sedap-sedap hihihi.


Menu makanan yang menyelerakan
Yum...yum...yum...


Wah, melantak ke bang???


Pastu kite sama-sama solat berjemaah. Wah, baru ukhuwwah fillah Abadan abada. Best..best…best. Kemudian sambung lagi round kedua makan. Sambil buat la sesi muzakarah santai anatra kite semua termasuk la sahabat yg bukan Islam, Saraswathy. Semoga diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam amiiiiiinnnnnnn. Pastu ada la pulak nyalakan pelita. Wah…wah….wah, semangat dah raye yer???? Ni baru je nak mula 10 malam terakhir untuk mencari Lailatul Qadar tau.


ni la Saraswathy tetap join muzakarah gak.


Muzakarah sambil makan sude!!!


pasang pelita depan rumah muslimat

Setelah itu, kite semua ambil gambar beramai-ramai. Ana rase la ni la first time kite sume bersama-sama tangkap gambar. Hahaha. Dah tiga semester dah baru nak tangkap gambar kite semua sekelas. Excited sudah. Paling ana tak sangka antum semua ucapkan gudlak to me untuk pertandingan MMU Ramadhan IV Debate Competition esok. Huhuhuhu. Insyaallah I will do my best. Semoga kite semua mendapat berkat serta keredhaan Ilahi selalu dan ukhuwwah filla kite berkekalan hingga ke syurga nanti insyaallah ^_^


Gambo kami kuarge BBET =)
Dari Kiri berdiri : Yahya, Saras, Bihah, Weeda, Hajar, Syamim
Dari Kiri duduk : Amin, Helmi, Gedegak, Shyda, Aini, Poji


BUAT MU SAHABAT.
Sahabat,
Hadirmu umpama malam disinari bulan,
Umpama siang disinari cahaya mentari,
Terkadang cahayamu suram,
Umpama awan mendung menutupi langit,
Tapi itulah nilai sebuah persahabatan...

Sahabat,
Kita sering diuji dan diduga,
Adakah kita bisa mengatasi segala ranjau?
Tapi semua itu pasti,
Kerana itulah warna-warni sebuah ikatan..

Sahabat,
Walau pun sakit untukku,
Berkata benarlah,
Andai aku tersilap langkah,
Jangan kau khianati erti persahabatan ini,
hanya kerana dendam dan penyakit hati....

Sahabat,
Rindu itu pasti,
Kita bertemu,
Dan kita pasti akan terpisah...
Biarlah segalanya berakhir dengan keindahan
dibawah keredhaan Ilahi,
Biarlah kita berjumpa kerana Allah,
dan berpisah kerana Allah.

Terima kasih sahabat,
Kerana sudi menjadi sahabat sejati...



Waallahu’Alam

No comments:

Post a Comment