Monday, June 13, 2011

Pengalaman yang berguna di Beijing :D

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan ijinNya, taqdirNya, Allah member peluang kepada diri ini untuk merantau melihat kebesaran Allah di Beijing. For me, having a trip with Surau Al-Kauthar’s members was not just for fun but also had many valueable things that I got from this trip. Sesungguhnye Allah tidak menjadi sesuatu itu sia-sia tapi ade hikmahnye yang perlu manusia itu fikir akan kejadian yang telah Allah tetapkan untuk hambanya. Mungkin untuk mengingatkan diri ini yang alpa? Mungkin untuk mendekatkan diri ini lebih hampir kepada Allah?

“Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS. Aali ‘Imraan, 3:191)


Pertamanye mesti la kami pergi makan dulu di mat’am islami. Al-maklum la amik mase 6 jam naik kapal terbang katekan huhuhu. Bila bi Beijing ni, ana sedar susahnye untuk mencari makanan yang halal hanya beberapa kedai je yang ade makanan halal. Hal ini menyedarkan ana betapa syukurnye kite kat Malaysia. Banyak makanan halal, bahkan kite boleh la cerewet memilih makanan yang kite cuke. Siap kate ni tak best yang ni best la. Kalo kat sane, mane ade pilihan. Makan je la ape yang disediakan sebab makanan halal terhad. Maklum la golongan muslimin minority kat sane.


Di Forbidden City pula mengisahkan mengenai pemimpin mereka. Dinasti Han, Dinasti Chin, Dinasti Min. Ingat lagi tak?? Ala mase kite belajar sejarah SPM kan de kan? Bile ana di sana menyebabkan ana hanyut ke imaginasi maharaja china dahulu. Jalan dari pintu masuk ke pintu keluar amik mase 4 jam kot. Pergh letih jiddan kot. Nak wat camne. Kat sane tempat gundik ade gak . 16 tahun wat istana bersandarkan 300000 kekuatan tentera. Wah banyak nye ilmu yang ana dapat. HUHUHUHUHU!!!!


Masjid di Beijing pulak sangat-sangat susah jiddan untuk dijumpai. Dah la susah nak jumpe masjid pastu masjid tu pulak macam bangunan China yang lain la pulak . Memang ana tak cam la mane satu masjid mana satu bangunan office. Suasana di dalam masjid sangat menarik dan unik. Salah satu masjid di Beijing ialah Masjid Niujie. Masjid ni berusia 1300 tahun.




Di sana ana jumpe dengan jemaah dakwah (khuruj fi sabilillah) dari Nizammuddin, India. Dengan mereka terpaksa la speak arab la yer . Ana kagum melihat kegigihan mereka dalam menyebarkan dakwah walaupun kat sane susah nak cari makanan halal dan golongan muslim yang minority di sana. Ana di Malaysia pon tak bersungguh dalam berdakwah walaupun ada pelbagai kemudahan dan golongan islam di sini majority berbanding yang lain. Ish3!!!!!!!!!!!


Kat sane ana melawat kelas mengaji di masjid tersebut. Kat sane silibus menggunakan kitab Iqra’ yang berasal dari Malaysia . wah bangganye hehehe.


Di Great Wall pulak, ana melihatkan keajaiban Allah. Mendaki Great wall sangat memenatkan namun melihat keindahan kejadian semasa berada di puncak. Cantik kobonar dong. Namun ana melihat kehebatan Allah memberikan ilham kepada mereka orang terdahulu untuk membina tembok yang bengitu besar dan sepanajang 1045km. Wah panajng tu. Asal bertujuan wat pertahanan daripada serangan Mongolia. Hal ini membuatkan ana ter”imaginasi” peperangan itu. Ana teringat kekejaman semasa Baghdad dibanjiri air darah apabila Mongolia menyerang di sana. Ish3


Di Airport lak mane ade kemudahan surau kat sane kot. Terpaksa la kami solat berjemaah di tepi airport ni. Pergh mujahadah kot. Dah la tandas kat sane x de kepala paip terpaksa la gune tisu dan botol air. Memang mujahadah betul maklum la kat sane x de kemudahan seperti di Malaysia.
The last point that I want to share, waktu kat sane tak same macam kat sini. Bayangkan solat isya’ sane jam 8:30 malam tapi subuh jam 2.30 pagi. Pergh kite yang selalu bangun kul 4.30 memang terkejut apalagi bangun jam 6 pagi. Waktu habis jam 5 pagi. Pergh nak tak nak kene bangun awal lain daripada kebiasaan . huhuhu. Maklum la musim panas katekan. Bile nak tahajud ana sendiri pun tak tahu hahaha. Paling manis 1 Rejab hari tu ana kat sane lagi. Ade la program kerohanian yang disusun oleh member surau huhuhu.


Kan Olimpik 2008 kat Beijing kan ?? haaaa ni stadium yang penuh unik berbentuk sangkat burung sebab tu la di panggil bird nest stadium.

Kesimpulannya, Ilmu dan pengalaman di sana membuat ana sedar bahawa banyak lagi ilmu yang belum ana terokai di muke bumi ini. Ana harap dapat mengamalkan ilmu yang Allah berikan kepada diri ini yang dhaif.
Waallahuaalam. :D

4 comments:

  1. Jauh perjalanan Pak Ya..insya-Allah nanti kongsikan lebih banyak lagi..>sara ex-FisT UniKL<

    ReplyDelete
  2. jom baca http://dillazaini.blogspot.com/2011/06/assalamualaikum_13.html

    ReplyDelete
  3. wah ana rase ustazah sara lagi banyak ilmu daripada ana
    dilla thanx atas kritikan dilla tu

    ReplyDelete
  4. Besh sangat rasa mcm nak pergi lagi...

    http://duniadalamjaket.blogspot.com/2011/07/jalan-jalan-beijing-disember-2009.html

    ReplyDelete