Monday, December 5, 2011

Kenangan daku di KSP :D

Dengan nama Allah daku mulakan warakah ini. Tanpa keizinan Allah mana mungkin daku dapat mengarang warkah ni. Tanpa kekuatan yang dipinjamkan oleh Allah kepada daku mana mungkin daku dapat melakukan amalan yang baik mahupun buruk. Namun berapa kali daku sering kali mendustakan nikmat yang sering diberikan dengan gagal metaati perintah Ilahi. Moga semua umat NAbi Muhammad termasuk diriku sentiasa berada dalam rahmat serta keredhaan Ilahi.

Setelah bersama sahabat2 kendalikan program remaja bawah naungan Khalifah Institute di BAngi, daku diminta jadi fasilitator Kem Smart Success di PLKN Kem Seri Perkasa, MAntin . Masyaallah tak daku sangka berpeluang kembali dating ke kem ni setelah bertahun lamanye. Banyak Kenangan yang terpahat dalam minda ini mengenai KSP. ANtara entah bagaiman tiba2 mase pagi Maal Hijrah selepas Subuh ana tiba2 nak ke depan bagi tazkirah ringkas.

Kashmini……nama yang sangat unik. Diriku kebingungan seketika bile teringat KSP mesti nama yang pertama Kashmini menjelma. Kehebatan serta keazaman yang tinggi membuatkan diri ini malu semasa berada di KSP. Beliau adalah seorang muslimat yang mualaf baru masuk islam ketika di KSP. Ana begitu kagum dengan kesungguhannye dalam melakukan ibadah sbeagai seorang muslim.

aktivviti riadah semalam menyanyikan lagu BILA DIRI DISAYANGI
teringat lagu ni pada cikgu Jely yang selalu dendangkan mase PLKN dulu

Satu hari daku dalam perjalanan pi ke surau untuk siap2 solat subuh. Tiba2 daku lihat ade muslimat dalam perjalanan ke surau juge. Daku amati lembaga itu dan daku terkejut Kashmini rupenye. Daku melihat jam lagi sepuluh minit lagi baru masuk waktu subuh. Masyaallah begitu komited sekali beliau dengan agama Islam datang awal ke surau pada waktu SUBUH!!!!! Nak dibandingkan malu diri ini yang main-main dalam menjalankan ibadah kepada Ilahi. Tambahan pula ade muslimat yang katekan beliau tolong kejutkan subuh kat bahagian Muslimat.

Setelah habis kem, daku, ustazah, cikgu jely dan sahabat daku Arif Jusril pi melawat KAsmini. Daku terkesima bile sampai rumah beliau. Macam tak percaya ape yang diriku melihat dnegan mata kepala ini. Rumahnye di corner lot perumahan. Di kawasan halaman ade suatu kuil mini yang dibina. Semasa menziarahi beliau, keluarga Nampak tak berapa suke dengan kunjungan kami. Mungkin sangkaan daku salah. Aduan KAshmini beliau susah nak solat lima waktu sebab halangan daripada keluarga beliau. Beliau rindukan PLKN sebab beliau leh solat fardhu berjemaah berbanding kat umah. Beliau dilarang peluk agama Islam dan dilarang sambung belajar sebab takut “terjebak” masuk agama Islam.

Daku serta cikgu pernah adukan kat Persatuan Kebajikan Islam namun tidak diendahkan malahan terlampau banyak sangat prosedur yang menyukarkan serta membebankan. Pelik diri ini kenapa masuk Islam susah sangat berbanding agama Kristian yang begitu senang je tanpa perlu prosedur malah terus disediakan wang saguhati. Sehingga hari ini daku lost contact dengan beliau. Daku hanya mampu berdoa semoga Beliau dan semua umat Islam termasuk diri ini dapat kekal dalam Islam.


Pada hari ini umat Islam tak merasai kesusahan sebagai Muslim malahan amik enteng mengenai Islam. Disebabkan itu diri ini terutamanya tidak melasai halwatul Iman yakni kemanisan Iman dalam mentaati perintahNye. Daku ingin meneruskan warkah ini juge untuk menceritakan tentang seorang lagi sahabat daripada agama Buddha yang berminat tentang Islam. Mungkin Ceritanye ana bawa masa MAulidur Rasul bagaiman ia bermula pada saat Maulidur Rasul Disambut di KSP. Semoga diri ini dapat mengambil ibrah daripada lipatan sejarah hidup di KSP ini. Waallahuaalam. :D

No comments:

Post a Comment