Sunday, January 22, 2012

Kesyukuran terhadap Nikmat

Dengan nama Allah yang Maha berkuase tiada makhluk yang berkuase melainkan diri-Mu Ya Allah. Alhamdulillah diri ini dikurniakan seorang anak buah yang baru dilahirkan seminggu yang lalu. Moga diberkati. Comel, cute, dan pelbagi sifat positif yang disebutkan mengenai anak buah ana ini. Putih berseri suci daripada dosa. Itu diri kite bilekite baru dilahirkan dulu. Namun pada mase sekarang diri ini terutamanya sentiase melakuakn kemungkaran terhadap Yang Esa. Diri in terlupa betapa nikmatnye dilahirkan dalam keadaan Islam.


anak sedara dinamakan aisyah humaira' gabungan nama dua adik perempuan ana plak :D

Menggunakan nikmat akal yang berikan dapatlah manusia memandu untuk membezakan dua perkara yang bertentangan. Ada yang tidak mahu menggunakan akal yang dikurniakan Allah itu untuk menentukan garis pertimbangan kehidupan mereka seharian. Hidup kite dipengaruhi oleh hawa nafsu dan terpedaya dengan godaan syaitan.

Ada satu anugerah yang jarang disyukuri manusia terutama diri ini. Biasa yang kita dengar. Si pelajar seperti kita semua bersyukur dengan markah peperiksaan yang cemerlang. Si suami soleh bersyukur mendapat isteri solehah. Si ibu bersyukur di kurnia anak-anak yang bijak pandai. Si peserta Akademi Fantasia juga bersyukur apabila bergelar juara. Pendek kata, di dunia ini manusia akan bersyukur apabila mendapat perkara yang diingini. Namun satu perkara yang mungkin lupa disyukuri oleh kebanyakan manusia adalah nikmat lahir sebagai seorang Islam. Apabila lahir saja, kita diazankan, nama pula diberi berbin dan berbintikan bapa, tandanya kita seorang yang beragama Islam.

Namun adakah semua manusia mengamalkan gaya hidup sebagai Islam? Adakah semua manusia mengamalkan gaya hidup seiring dengan penyaksian shahadah yang menjadi kunci keislaman mereka? Lihat, dengar dan renunglah dengan hati, adakah ada sedetik tanda kesyukuran kita dengan anugerah dilahirkan sebagai seorang Islam.

Keindahan Islam itu jelas dan nyata. Kita punya Allah, Tuhan yang Maha Esa sebagai tempat mengadu. Tidakkah kita renung kembali. Walaupun setiap hari melakukan dosa, setiap hari membuat Allah murka, tapi jika kita menadah tangan berdoa dengan yakin, Allah pasti kabulkan permintaan kita. Kita sedih, Allah memujuk. kita gembira Allah mengingatkan.

Sanggupkah kita bersyukur walaupun diberikan nikmat setitis air, ataupun kita merungut? Apabila hari terik, kita merungut panas, Allah berikan titisan hujan, kita merungut hujan menyusahkan. Bahkan kita membezakan apabila cuara cerah kita kata "Cuaca harini sangat baik", apakah apabila hujan ia bukan cuaca yang baik? kita banyak mementingkan diri sendiri dari mengutamakan kepentingan Allah Swt.


Semoga menjadi keluarga sakinah dalam naungan mardhotillah insyaallah :D

No comments:

Post a Comment