Tuesday, January 3, 2012

Gelaran Idaman Ramai

Pada kali ini ana ingin berkongsi kisah benar yang berlaku dalam keluarga daku. Semoga kite sama-sama mendapat ibrah dalam kisah daku pada kali ini. Pada bulan yang lalu, bapa saudara ku mendapat suatu title yang sangat menjadi rebutan dalam kalangan rakyat Malaysia. Nak tahu apa??? Title tu adalah anugerah title “Datuk” oleh Yang Pertua Negeri Melaka.


p/s: sekadar gambo hiasan jew

Bapa saudara ku ini orang kuat Ketua Menteri Melaka. Beliau juga adalah Timbalan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka. Wow, memang hebat kan!!!! Bayangkan baru umur dalam 40-an dah jadi jawatan yang terpenting dalan sesebuah institusi pendidikan di Malaysia. Insyaallah tahun depan beliau akan naik jadi Canselor KUIM ekoran persaraan Canselor sekarang pada tahun 2012. Wah, tahniah!!!! Semoga beliau dapat memartabatkan institusi pendidikan berteraskan Islam ini yang akan bertukar nama kepada Universiti Islam Melaka Malaysia insyaallah.



Pada pendapat ana tidak menjadi suatu kesalahan la kalau dapat title tu. OK je kan. Kalau dah orang nak bagi terima je la. Bile ana dengar cerita bapa saudara ku dapat title Datuk yang menjadi rebutan ramai, tiba-tiba ana terfikir. Ya Allah, bestnye dapat title “Datuk” tapi apa yang daku dapat imbuhan di akhirat jika dianugerahkan title tersebut.

Ana rasa cemburu dengan para anbiya’ dan sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga dan mendapat title “Radiyallahuanhu” yang bermaksud redha Allah ke atasnya. Betapa lemahnya diri ini yang cemburu title tu tapi tak ikut cara para sahabat camne nak dapat pangkat “Radiyallahuanhu”. Itu lah yang Ustaz Hasnan selalu sebut bile mengaji dengan beliau iaitu kempen lah diri ini nak buat bukan sekadar nak tahu. Diri ini lemah dah tahu macam-macam fadhilat amal tapi malas nak wat untuk mengejar ganjaran yang Allah janjikan itu.

Akhir kalam, semoga ana dapat amalkan dan mafhum hadith Nabi Barangsiapa yang menghidupkan sunnah di kala kerosakan ummat akan mendapat pahala 70 kali mati syahid. Waallahua’alam.

No comments:

Post a Comment