Thursday, May 31, 2012

Umrah ku pada kali ini

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah masih lagi memanjangkan masa untuk bertaubat kepadaNya. Namun persoalan untuk diri ini, adakah diri ini menggunakan masa yang alllah berikan ini untuk bertaubat atas segala dosa yang lalai? hhhmmm :(

Firman Allah, " wamakaru wamakarallah. wallahu khoirul makirin." Kite merancang Allah merancang, Namun Allah lah sebaik-baik perancang. Insyaallah minggu depan ana bersama abi akan ke Mekkah untuk menunaikan umrah. Rindu sangat kat mekka kali terakhir pi sana tahun 2ooo. Harap dapat mardhotillah segala amalan di dunia ini insyaallah. Semoga Allah pilih ana sebagai tetamuNya kali ini. Aminnnn.



"If you fail to plan, you plan to fail", begitulah kata2 pepatah Inggeris yang menitik beratkan kepentingan dalam merangcang sesuatu.  Perancangan terhadap ibadah umrah adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran ibadah tersebut agar setiap masa terisi dengan aktiviti-aktiviti yg bermanfaat. Selain daripada perancangan ibadah umrah, perancangan untuk beriadah atau berehat perlu juga dilakukan bg memastikan keperluan dan kesihatan fizikal terjaga sepanjang perjalanan ibadah umrah supaya kosentrasi terhadap ibadah2 fardu dan sunat dapat dijaga semaksimum mungkin. Semoga segala berjalan lancar insyaallah :D


2 comments:

  1. ana suke ayat lah ni.. ~Firman Allah, " wamakaru wamakarallah. wallahu khoirul makirin." Kite merancang Allah merancang, Namun Allah lah sebaik-baik perancang...

    Bestnya dapat ke sana kn..Bile lah ana dpt pergi..hehe
    mge slmt pergi dan pulang..
    selamat menunaikan ibadah umrah...:)
    moge redha Allah sntiasa brsme enta..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sue, ana sgt gembira dpt pi sana lagi.
    ala jgn sedihnye insyaallah jike ada rezki ada la nanti sue akan pi gak huhuhu :)

    ReplyDelete